Dalam hati sekarang ada debaran. Bermacam-macam rasa datang bertandang menjentik pintu perasaan. Tak pernah rasa begini. Malah ketika pertama kali menjenguk abang di United Kingdom [link] empat tahun dulu pun tidak begini hebat getarannya.
Kembara kali ini lain dari kembara-kembara terdahulu, Kembara kali ini memenuhi 'jemputan dan undangan' bertamu ke rumah Allah. Dan 'menziarahi Rasulullah di Madinah. Rasanya 'jemputan' ini sampai ketika aku berada di lapangan terbang Perth ketika penerbangan untuk pulang ke M'sia bulan Julai tahun lepas. Tidak semena-mena aku tiba-tiba beritahu adik di talipon aku ingin ke Mekah.
Sejak itu selama beberapa bulan ini memang aku sengaja menyepikan diri. Mempersiapkan diri untuk menjadi tetamu-NYA. Menghadiri kursus umrah setiap hari minggu. Dan sebelah malam pada hari-hari biasa dari Maghrib membawa ke Isya' selain solat berjemaah di surau aku juga menyemak kembali bacaan al-Quran dengan seorang ustaz tahfiz.
Impian aku, sepanjang tujuh hari di Mekah aku ingin menghabiskan sebilangan besar waktu di masjid dengan aktiviti membaca al-Quran, sembahyang sunat dan menqada'kan sembahyang yang tertinggal... Mudah-mudahan impian ini terlaksana.
Siapa yang tidak mahu 'merebut' 120 rahmat yang turun di Kaabah setiap hari. Hanya tengok saja kita sudah mendapat 20 rahmat. Dan bila kita sembahyang di depan Kaabah 40 rahmat lagi akan diperolehi. Dan bayangkanlah kalau kita berada di situ sepanjang waktu dengan membaca Al-Quran.
Moga kehadiran aku di rumah-NYA di terima dan mendapat umrah yang maqbul. InsyaAllah.
(nota sweetie: kepada rakan-rakan blogger, ampun dan maaf aku pinta andai kata ada tutur bicara dan komen yang di tulis selama ini menyinggung perasaan. Dan saat coretan ini aku post... aku sudah berada jauh berpijak di Tanah Haram, bumi anbiya.)
Selamat menjalani ibadah umrah, semoga beroleh umrah yg mabrur
ReplyDeleteSelamat menjalani ibadah umrah, semoga mendapat umrah yang mabrur
ReplyDeleteSELAMAT MENGERJAKAN UMRAH DAN MENDAPAT UMRAH YG MABRUR. DOAKAN KAMI DI SINI JUGA DENGAN DOA YANG BAIK-BAIK. SEMOGA KAMI DAPAT KE SANA JUGA.
ReplyDeleteAlhamdulillah..selamat menjalani ibadah umrah, semoga beroleh umrah yg mabrur..
ReplyDeleteTAHNIAH SWEETIE SLMT BERIBADAH UMRAH..MOGA PEROLEH UMRAH MABRUR SLMT PRGI N KMBALI
ReplyDeleteAlhamdulillah...semoga dipermudahkan segala urusan dan mendapat umrah yang mabrur
ReplyDeleteSelamat menunaikan ibadah and please pray for me, sis..hee.. Have a safe journey... :)
ReplyDeleteAssalammualaikum Kak Sweetie... Lama liza x singgah ke sini..alhamdulillah moga dipermudahkan segala urusan dan moga mendpt umrah yg mabrur..
ReplyDeleteal-hamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah.
ReplyDelete