Wednesday, December 6, 2017

Setelah sabar menunggu...

Siap sudah kerja-kerja mengubah dan membesarkan ruang tamu. Setelah 'begitu sabar' menunggu... akhirnya aku berpuas hati dengan hasilnya. Pekerja Indonesia yang aku upah benar-benar memahami apa yang aku inginkan. Kerja mereka kemas dan teliti. Mereka juga membantu aku memilih warna cat dan turut memberikan pandangan juga idea. Malah fedback dari jiran-jiran juga memuji 'ketelitian' dan hasil kerja mereka.

Sepanjang sebulan lebih mereka melakukan renovation ini, kawasan sekitar tempat mereka melakukan kerja bersih dan kemas. Tiada barang-barang pertukangan, sisa-sia konkrit, simen dan kayu-kayu bertaburan, Setiap kali mereka selesai melakukan tugas, kawasan sekitar, terutamanya yang melibatkan jiran sebelah menyebelah akan dikemas bersih dan di cuci.

Kini yang tinggal tugas aku mengemas dan membersihkan habuk-habuk. Rasa tak cukup tangan aku melakukan semuanya. Masa pula seakan-akan berlari pantas.

Hanya ada beberapa minggu saja masa yang ada untuk aku menyelesaikan kerja-kerja mengemas dan menyusun semula perabut-perabut sebelum datangnya tahun baru.

Kenapa aku risaukan kedatangan tahun baru... dan rumah tak siap lagi dikemas? 

Owh! awal Januari ini aku akan melakukan satu lagi 'kembara'. Itu sebabnya, kalau boleh sebelum berangkat, aku nak pastikan rumah kemas dan teratur. Anak-anak pula rasa tenang bila pulang ke rumah dan selesa berehat-rehat melepaskan lelah setelah seharian menghabiskan waktu di tempat kerja. 

Dan bila pulang dari kembara nanti aku juga rasa seronok tengok rumah kemas dan cantik!

Aku telah menukar pintu masuk dari pintu gelongsor 
kaca ke pintu kayu. Serik dengan sliding door... selalu sangat
 rodanya jatuh dari rel. Selamat tinggal pintu gelongsor.

Warna cat dinding, bingkai tingkap dan rekabentuk
luaran gabungan idea aku dan tukang rumah. Pekerja 
Indonesia yang aku upah memahami citarasa dan 
konsep yang aku mahukan.

(nota sweetie: InsyaAllah! 'kembara' kali ini bersama seorang kawan  blogger .

23 comments:

  1. Alhamdulillah selesai juga ya sweetie. cantiklah bila dah siap, saya pun nak tukar juga sliding rumah ke pintu kayu macam tu, tapi kena tunggu bajet ada dulu lah.

    oh nak kembara lagi ye januari nanti, bersama rakan blogger, siapa tu? moga Allah permudahkan segala urusan sweetie dan sahabat untuk kembara nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya serik dah guna sliding door mama aryan. Kerap sangat jatuh dari rel dan rodanya pecah. Lagipun pintu kayu lebih senang nak jaga dan bersihkan.

      InsyaAllah kalau diizinkan Tuhan dan diberikan kesihatan yg baik serta dipanjangkan umur... nak main teka teki lagi ke? hehhehe.

      Delete
  2. Replies
    1. Terima kasih atas pujian Nieda. Ramai juga jiran-jiran saya yg berkenan bila tengok.

      Delete
  3. Cantik pilihan warna cat...lembut je.
    Beruntung sweetie pilih pekerja ,kalau tak mahu pwngsan nk bersihkan persekitaran.
    Selamat bercuti lagi sweetie..tentu banyak cerita boleh dikongsi kelak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Saniah. Mulanya saya pilih gelab sikit cat luarnya, tapi tukang rumah saya ni telah menukar kepada yg cerah sikit. Cat dalam pula mmg pilihan saya... pale winter green, dulux pearl glow. Saya suka warna hijau sebab ia tak jemu di pandang.

      Betul Saniah, setiap petang bila habis saja waktu bekerja, mereka akan kemaskan semua peralatan pertukangan dan disusun kemas, sampah2 di kutip dan di buang. Mana yang comot mereka cuci... Merekalah yg mengangkat dan menyusun pasu-pasu bunga saya.

      InsyaAllah kalau dipanjangkan umur kita 'bercerita' lagi sekembalinya saya dari 'percutian' nanti.

      Delete
  4. cantik..sejuk mata memandang, suka tona kaler luar & dalam...bila kerja dh siap, rasa tenang nak travel..ingatkan nk buat kenduri kawin..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya saya suka menata kediaman dengan warna hijau sebab pada saya ia memberi ketenangan dan tak menjemukan.

      Sapa pulak yg nak kawin... hehehe... Ojet sambung belajar. Abg pun gitu juga... belum ada di sebut2 nak kawin lagi.

      Delete
    2. oo..dua2 sambung belajar..bagus2,,dalam negara ke oversea..

      Delete
    3. Dalam negara je nohas. Belajar dan dalam waktu yg sama juga bekerja.

      Delete
  5. Sejukkkk pilihan warna, sweet. Mck pun rumah terbongkang renovation. Flooring bawah tapi habis satu rumah berhabuk..... Pengsan la nak cuci nanti...ehhh nak pi mana tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah McK... Yang 'dikerjakan' secoet je depan tapi habuknya masyaAllah! Adik saya dah tolong carikan tukang cuci... so kita cuci dgn RM jelah... cepat sikit.

      Hmmm! biarlah rahsia dulu... :)

      Delete
  6. Cantik.........
    guna sliding door mula-mula oklah, dah lama, ya ampun, berat sungguh nak menolaknya sampai sakit bahu dibuatnya......... semua angkara rodanya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Zana... pernah terjadi rodanya tersangkut dan terkeluar dari rel... saya try angkat... sakit bahu saya beberapa hari... sejak kejadian tu saya mmg nekad utk menukar pintu sliding rumah... serik.

      Delete
  7. Salam Julia... insyaAllah nanti saya ikut dan singgah di blog Julia.

    Terima kasih sudi menjemput dan jadi teman blog saya.😊

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah dah cantik.ye sweetie..kemana kembara.kali.ni sweetie

    ReplyDelete
  9. Cantik2x, wah seronoklah beraya taun depan ni, hihi.
    Jauh berjalan mengutip pengalaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Nor kalau panjang umur... kalau ajak adik beradik berbuka di rumah nanti selesalah sikit, ruang dah luas.

      Perjalanan dan pengalaman yang bakal di kutip dalam kembara ini pasti hundred percent berbeza dari kembara2 sebelum ini. InsyaAllah!

      Delete
  10. Salam owner blog Sweety Girl Memory.
    Mohon update blog list tuan dengan blog Rahsia Melancong. Saya sudah masukkan blog tuan dalam blog list saya di Top 55 Blog Travel Malaysia 2017.

    ReplyDelete
  11. tak der entry baru sweetie ;)
    sudah pulang dari kembara kah?

    ReplyDelete