Sunday, January 28, 2018

Inilah Ujian Pertama...

Taklimat dari mutawif sebelum berlepas.

Sudah lima hari kembali dari mengerjakan ibadah umrah. Badan kurang sihat. Batuk dan selsema yang agak teruk. Bila batuk sampai terkencing-kencing. Untuk lima hari yang berlalu ini aku hanya berehat dan berbaring saja di katil. Namun hati masih teringat-ingat dan bayangan saat-saat ketika berada di Tanah Haram sentiasa berlegar-legar difikiran... malah terbawa-bawa hingga kedalam mimpi setiap kali tidur.

Kembali mengingati perjalanan umrahku... bermula dari hari untuk berlepas malam Khamis 11 haribulan itu sudah ditandai dengan ujian pertama. Saudia Airlines yang sepatutnya membawa kumpulan jemaah dari Malaysia dan Indonesia terpaksa membatalkan penerbangan malam itu kerana kerosakan teknikal.

Tidaklah diketahui apa sebenarnya yang berlaku tetapi sebaik masuk  ke dalam kapal, suasana terasa panas. Hampir sejam kami semua berada dalam keadaan tersebut. Masing-masing sudah mula mengeluh... kemudian barulah pengumuman di buat mengarahkan semua penumpang keluar. Sementara menunggu aircond kapal di baiki setiap penumpang di beri boarding pass dan kupon makan.

Jemaah dari Indonesia ada yang sudah tertidur di boarding 
hall. Mereka ini transit satu hari di KL dari Jakarta.

Dua jam berlalu, sepanjang menanti itu, bermacam-macam andaian dan spekulasi yang aku dengar. Ada yang kata tukar kapal lain... di sebelah lain pulak kata, tunggu kapal lain yang 'di datangkan' dari Arab Saudi dan tak kurang juga mengandaikan penerbangan kami malam itu di tangguhkan.

Saat waktu hampir dua belas malam kedengaran pengumuman di buat mengarahkan penumpang SV835 masuk semula ke dalam kapal. Suasana di dalam kapal tiada yang berubah... masih terasa berbahang. Tak sampai sejam sekali lagi pengumuman 'dilaungkan'... semua penumpang diarahkan keluar semula dan sah penerbangan malam itu di batalkan.

Dan kami semua di hantar dengan beberapa buah bas ke Palace of the Golden Horses hotel di Mines Resort City, Seri Kembangan untuk bermalam. Kos penginapan malam itu di tanggung Saudia Airlines

Palace of the Golden Horses hotel.

Pagi Jumaat 12 haribulan... Selepas sembahyang jumaat, semua penumpang SV835 yang menginap di Palace Golden Horses di beritahu agar bersiap sedia untuk kembali semula ke KLIA. Setiap wajah sudah mula kelihatan berseri-seri dan kembali ceria walaupun agak keletihan dan mengantuk kerana ada diantara kami sampai di hotel pukul lima pagi. Dan kami berharap agar hari ini kami benar-benar terbang dan tiada penangguhan lagi.

Bas-bas yang membawa jemaah ke KLIA semula.

Alhamdulillah selepas segala urusan selesai hari Jumaat malam Sabtu itu kami terbang menuju ke Jeddah.

Kejadian yang menimpa kami ini mengingatkan aku tentang perjalanan Rasulullah untuk mengerjakan umrah pertamanya pada tahun 6 hijrah... dimana niat Rasulullah dan rombongannya untuk mengerjakan umrah pada tahun itu tidak dapat di laksanakan dan tertangguh selama setahun kerana di halang dan tidak dibenarkan memasuki Mekah oleh kaum kafir Quraisy. Bila di fikirkan apalah sangat kalau hendak dibandingkan dengan penangguhan aku yang cuma sehari sahaja.

(nota sweetie: sebelum berlepas aku sempat bertanya dengan salah seorang pramugari... adakah kapal yang kami naiki itu adalah kapal yang rosak semalam. Dia kata "ya" ... dan dalam senyum dengan nada perlahan dia berbisik 'kita berdoa agar selamat").

12 comments:

  1. al-hamdulillah selamat pergi dan balik ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah! Tp rasa tak puas... mcm sekejap sgt kat sana.

      Delete
  2. Alhamdulillah selamat pergi dan kembali, setiap ujian yang diberikan pasti ada hikmahNya kan, kapal terbang rosak dapat pula bermalam di hotel walaupun sebentar.

    moga diberikan kesihatan yang baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun dpt menginap di hotel 5 star tp hati dah tak ada di situ.

      Delete
  3. dah selamat kembali sweetie..tak sabar nak baca kembara umrah sweetie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada beberapa insiden lagi yg terjadi nieda...

      Delete
  4. Wah Tak sabar nak baca pengalaman seterusnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah pengalaman pertama kali saya mengerjakan ibadah umrah Nor... walau berhadapan dgn ujian pertama tapi setelah selesai semuanya bila di kenangkan semula manis sekali. Pasti akan saya catatkan di blog ini sebagai kenangan terindah dlm hidup saya.

      Delete
  5. ALHAMDULILLAH UJIAN DIATASI DG SABAR MSTI ADA HIKMAH DISEBALIK APA YG BERLAKU

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak PI, hanya DIA yg mengetahui di sebalik ujian yg didatangkan.

      Delete
  6. Apa juga yang berlaku ada hikmahnya yang kita tidak ketahui... Apa pun alhamdulillah selamat semuanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya notie... Hanya Allah saja yg tahu, sekiranya berangkat juga mlm itu entah apa musibah yg menunggu dihadapan.

      Delete