Banyak perkara yang tidak boleh di lakukan. Kalau dulu aku sentiasa terfikir untuk melakukan itu ini apabila bersara, tapi nampaknya hanya tinggal angan-angan. Tenaga dan keupayaan diri itu telah banyak berkurangan. Walaupun aku cuba namun akhirnya aku kalah dengan kemampuan diri. Betullah, walaupun zahirnya nampak muda tapi dalamannya telah tua. Ya, aku akur... aku tidak lagi selincah dulu.
Apapun kegemaran mencuba resipi membuat kek masih lagi menjadi aktiviti memenuhi masa lapang. Malah ada antaranya aku tak makan pun kek yang aku buat. Aku cuma seronok mencuba. Tengok resipinya ringkas dan bahan-bahan pula ada dan lengkap semuanya... Apa lagi kita cubalah kan!
Kek Pandan
(Sumber resepi dari buku:
Kek Lazat Norzailina Nordin)
Kek Lazat Norzailina Nordin)
Bahan-bahan:
250 gram mentega
220 gram gula kastor
3 biji telur
300 gram tepung naik sendiri
1 sudu teh soda penaik
150 ml santan pekat
50 ml jus pandan
Sedikit pewarna hijau
Cara-cara mengadunya:
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul sebati. Masukkan separuh dari tepung yang diayak ke dalam adunan dan gaul lagi.
2. Satukan dan kacau jus pandan dan pewarna hijau dalam santan.
3. Tuangkan adunan santan kedalam adunan tepung dan gaul lagi. Masukkan lebihan tepung dan gaul biar semuanya benar-benar sebati. Tuang adunan ke dalam loyang 8 inci yang dialas kertas kek.
4. Bakar pada suhu 160C selama 50 minit atau sehingga masak.
(nota sweetie: dalam buku Kek Lazat Zailina, adunan ini dituang dalam cawan-cawan kertas dan masa membakarnya cuma 30 minit sahaja tapi aku tak ada kerajinan pulak untuk itu... hehehe...)
Kann sekejap je masa berlalu.Saya ni walaupun tak bekerja tapi terasa pencen juga lah dari menjaga anak2 kecil dan orangtua.
ReplyDeleteMinat sungguh sweetie buat kek...kalau dekat selalu lah saya bawa piring depan pintu rumah sweetie....hihii.
Tq share resepi sekali ,boleh simpan untuk anak dara saya ni.
Eh! Apa pulak bawak piring... kita duk sama2 sambil borak2 masa saya mengadun... masak je kek kita ngaplah sama2.
DeleteSEDAPNYA KEK PANDAN SWEETIE..DULU2 MMGSUKA BUAT KEK LA NI PENCEN SEMUA
ReplyDeleteKek pandan ni sedap makan bila dah simpan satu hari dlm peti ais.
DeleteSaya dah tak ada apa nak buat skrg ni kak PI. Dari duk bosan je sensorang, saya buat kek.
Wahhh nampak sedap kek tu sweetie..
ReplyDeleteSedap atau tak tu bergantung pada citarasa dan kegemaran masing2. Kalau tanya pendapat saya, kurang sikit... cuma baunya tu agak mengancam... bau keharuman daun pandan.
DeleteJika hobinya membaking ia akn terus membaking di msa lapangnya
ReplyDeleteSampai saat nanti, akan berenti juga Nieda.
Deleteaktiviti yg menggembirakan...boleh bersedekah pd jiran2 & surau..
ReplyDeleteYer nohas, bila tengok kek yang dicuba tu menjadi cantik mmg seronok dan mengembirakan. Ia akan jadi tak mengembirakan bila tengok badan sendiri naik... hehehhe
DeleteBestnya..
ReplyDeleteKalau dekat dah boleh duduk borak2 mkn kek tu..
Sebab kak sweetie masak jer..
Kita yg mkn ye😆
Ya Tie... kalaulah boleh buat mcm tu... kan seronok. Masa kerja dulu... kek2 yg saya buat mmg saya bawa ke office bagi kengkawan rasa.
DeleteWaktu anak2 tinggal diasrama pun cam tu jugak... saya buat kek dan bagi pada kengkawan mereka.
saja seronok mencuba tapi hasilnya tak menghampakan, kadang kita tak suka makan tapi kalau ada yang suka mesti kita pun rajin nak buatkan
ReplyDeleteBetul mama aryan... setuju sangat dgn kata2 tu.
Delete