Kerja-kerja pengubahsuaian rumah sedang di lakukan sekarang. Boleh di katakan seluruh rumah berhabuk. Sepanjang hari aku duduk berkurung dalam bilik. Makan minum semua di kedai. Dengan anak-anak pun sudah di beritahu... sebelum pulang ke rumah... usai urusan di tempat kerja... makan dulu sebab mak gantung periuk selama mana kerja pengubahsuaian ini berjalan.
Cuma membesarkan sedikit ruang tamu... dengan tambahan lebih kurang tujuh kaki ke hadapan, Menaikkan tembok serta menukar pintu dan pagar rumah. Dan mengubahsuai tingkap-tingkap.
Mengecat dan memasang lantai.
Tingkap di bilik tengah telah di ubahsuai dan
di rendahkan. Sekarang dah boleh nampak ikan-ikan berenangdi kolam kecil berhampiran yang dibina dengan tujuan untuk
memberikan ketenangan dan kehijauan dalam rumah..
Tak sabar rasanya aku menantikan siapnya. Dengan cuaca yang sekejap panas dan sekejap hujan banyak kerja-kerja di luar rumah terpaksa di hentikan. Menjadikan peruntukan masa untuk menyiapkannya berlarutan.
Sepanjang hari aku duduk di tingkap ini memerhati
kerja-kerja yang dilakukan.
Wah ....renovate umah
ReplyDeleteYa cik Bunga. Sebulan dah masanya, lum siap lagi.
DeleteBest nyer sweety
ReplyDeleteRuang tamu untuk sekeluarga duduk santai2 dan luas sikit.
Deletedofollow blog nie
ReplyDeletemmg betul, time renovate rumah time yg paling membosankan, nak keluar banyak habuk, nak dok dlm bilik je bosan sgt2... nasib badan ler...uwaaa
Mmg takde keje nak buat. Duk menong perati je. Penat duduk baring. Itu jelah aktiviti saya sepanjang sebulan ni.
DeleteSaya dah folow.
rasa tenang tengok ikan2 berenang...seronok bila renovation dh siap nanti tapi tu lah, nk menunggu yg letih..sabar menanti..
ReplyDeleteKolam ikan tu kedudukannya antara bilik belakang dan dapur. Saya bela beberapa ekor ikan emas. Skrg saya tengok ada beberapa ekor anak ikan dah menetas.
DeleteBesarkan rumah ye sweety..tak pe lepas siap nanti boleh turunkan semua periuk yang digantung tu
ReplyDeleteMak tu kalau boleh nak gantung terus buat perhiasan acik. hehehhehe.
DeleteMesti tak sabar nak tengok rumah siap.macm menanti ruma baru pulak
ReplyDeleteBetul Nieda.
DeleteWah bestnya dpt tengok ikan berenang2 dari tingkap rumah kan, menenangkan perasan gitew.
ReplyDeleteBetul Nor... dan ikan2 tu ada yg bertelur dan dah menetas pun.
DeleteKolam ikan tu kedudukannya di ruang tengah antara bilik belakang dan dapur.
bestlah ada kolam ikan kecik macam tu, rasa macam nak buat jugalah. Oh patutlah lama tak bersiaran rupa2nya rumah sedang diubahsuai. lepas dah siap nih tentu dapat semangat baru untuk menulis. boleh share tentang hiasa rumah pula ke. seronok nak tengok ni kot2 saya boleh dapat idea untuk hiasa umah pula. haaa salah satunya kolam kecil tu rasa macam nak bagitahu suami untuk buat macam tu juga
ReplyDeleteIye mama aryan. Ni belum habis lagi... ada lagi nak tachup2 sana sini.
DeleteSetiap sudut berabuk... itu yg malas nak buka laptop.
InsyaAllah dah siap nanti saya kongsikan gambar mcm mana gupher nyer. Hehe.
waaaah seronok nanti rumah makin cantik. hehe..
ReplyDeleteInsyaAllah Siti.
DeleteDah siap renovation? Makcik dah rasa dulu renovate hampir keseluruhan....sebulan setengah....seksa hidung mata telinga...:) abuk, bau cat and bunyi tools.
ReplyDeleteSetakat ini yg 'besar2' dah siap, cuma tinggal nak tacup sikit2 mana yang patut.
ReplyDeleteBetul, bunyi2 tools tu semua buat hati gundah gulana dan tak tenteram... risau jiran2 komplen bising.
renovate rumah..bestnya...
ReplyDeleteInsyaAllah sarah... besarlah sikit ruang tamu... dan seronoklah utk bersantai2 seisi keluarga dan melayan rakan2 yg dtg berkunjung.
Delete