Cemas betul senja tadi... selesai solat Isya' tak semena-mena satu pembesar suara di ruang perempuan tiba-tiba jatuh. Mujurlah tiada sesiapa yang duduk di situ. Kemudian imam membuat pengumuman mengajak jemaah mengadakan majlis tahlil.
Belum pun majlis tahlil selesai tiba-tiba lampu terpadam. Keadaan dalam surau gelab gelita. Aku spontan bangun dan agak terpinga-pinga dalam kegelapan. Hati dah mula berdebar-debar... seolah dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena.
Dalam keadaan gelab gelita itu terdengar teriakan dari jemaah lelaki menyuruh semua keluar dengan segera. Dan jeritan "kebakaran". Dalam suasana cemas dan panik semua bertempiaran ingin menyelamatkan diri. Apa lagi dalam keadaan gelab masing-masing meluru ke arah pintu.
Setelah semua jemaah keluar baru nampak api sedang menyala di suis utama yang terletak di ruang solat lelaki. Patutlah pembesar suara yang di letakkan berhampiran jatuh kerana wayar pengikatnya putus sebab terbakar. Dan aku terdengar kemungkinan suis yang terbakar akan meletup Tindakan pantas ahli jawatan kuasa surau akhirnya dapat memadamkan kebakaran. Tapi solat sunat tarawih berjemaah malam tadi di batalkan.
Esok Sabtu dan malam 17 Ramadan. Harap-harap kerosakkan itu akan di perbaiki belah pagi dan malamnya kami penduduk kawasan ini akan kembali dapat berjemaah di surau. InsyaAllah!
Mujur semuanya selamat...memang dah tentunya cemas bila dh berlaku seperti itu.Tentu jadi kenangan yang tak mudah dilupakan Ramadhan kali ni ya sweetie
ReplyDeleteYa Saniah... dikenang sampai bila2...
Deletemoga segalanye selamat dan urusan seterusnye dipermudahkan olehNya sepjg ramadhan ni ye ksweetie. Insyaallah..
ReplyDeleteMudah2an kita sama2 mendapat keberkatanNYA di bulan yg mulia ini.
DeleteAlhamdulillah, semuanya selamat..
ReplyDeleteAlhamdulillah nohas, rasanya sayalah org perempuan yang mula-mula sekali keluar sebab dekat dengan pintu dan takut sangat.
Deletealhamdulillah semua selamat, semoga segera diperbaiki
ReplyDeleteHarap2nya macamtulah Raihanah.
DeleteMujur tak ada orang duduk bawah tu dan mujur jugak kebakaran dapat dinpadam cepat- alhamdulillah
ReplyDeleteYa, kalau tak tahulah, mungkin ada yang cedera.
DeleteKita selalu kata nasib baik. Nasib baik berlaku waktu jemaah ada. Kalau berlaku tengah malam, terbakar masjid fu.
ReplyDeleteBukan masjid Adam cuma surau kecik je di kawasan taman tempat tinggal saya ni.
Deletenasib baik tak ada yg tercedera
ReplyDeleteNasib baik nieda
DeleteAlhamdulillah semuanya selamat
ReplyDeleteSemua sempat keluar menyelamatkan diri sebelum api marak acik.
Delete