Selesai sunat terawih lapan rakaat termasuk witir tiga rakaat aku terduduk lama atas sejadah. Tak mampu bangun. Sampaikan beberapa orang rakan jiran menawarkan bantuan untuk membantu aku berdiri. Teruk betul rasanya kali ini. Berpuasa dalam usia semakin menuju senja aku berharap akan dapat meneruskan ibadah dan menunaikan solat terawih pada malam-malam sepuluh yang terakhir ini. InsyaAllah!
Saranan anak lelakiku, kalau tak mampu, berbukalah. Tapi aku tak mahu mengalah. Cuma lesu... Aku beritahu dia, aku ingin jadi seperti oyangnya iaitu nenek aku yang masih kuat menjalani ibadah puasa ketika usianya telah menjangkau 80 tahun. Kemudian meneruskan dengan berpuasa enam hari di bulan syawal. Lagipun setakat ini kesihatan aku berada dalam keadaan baik. Dan masih mampu memasak dan menyediakan juadah berbuka dan bersahur.
Benarlah kata, di kala diri semakin di mamah usia, kita semakin kehilangan upaya dan tenaga untuk melakukan banyak perkara. Awet muda macam mana pun rupa dan fizikal kita, hakikatnya dalaman diri dan perasaan kita tetap tua mengikut peredarannya.
moga diberikan kesihatan yang baik, ialah cuaca pun agak panas sekarang ni kan, mungkin itu yang membuatkan kita letih lesu sebab tak cukup air. saya pun begitu juga kadang rasa melayang2 je letih
ReplyDeleteSelalunya waktu berbuka dan sahur memang saya minum banyak mama aryan.
DeleteMOGA ALLAH BERI KEKUATAN KPD KITA YG BERUSIA I UTK JALANI IBADAHNYA..TABAH YA SWEETIE
ReplyDeleteInsyaAllah kak PI.
DeleteBila dah yua semua kendur termasuk otot. Bila otot kendur itu yg tak larat.
ReplyDeleteHeheheh... betullah tu.
DeleteSalam kenal Kak sweetie, moga puasa kita dikira sbg puasa yg ada roh agar kita jadi hamba yg bertaqwa, Amin.
ReplyDeleteSaya follow disini
DeleteSelamat berkenalan Nor. Terima kasih sudi singgah di blog saya.
Delete