Thursday, February 23, 2017

Nak try sebulan...

#misiturunkanberatbadan

Beberapa minggu kebelakangan ini aku cuba mengubah cara pemakanan. Bukanlah nak cantik atau slim macam anak dara tapi nak turunkan sikit berat badan. Sejak bersara ni memang terasa sangat badan berat-berat and one of the part tu macam dah terlebih saiz. Ada juga beberapa helai baju yang terasa macam ketat dan sendat.

Tak tahulah sampai bila boleh bertahan makan 
makanan macam ni. Heheheh... kuat betul cabaran nak 
turunkan berat badan ni...

Diet yang aku buat ni tak follow mana-mana pun. Makan macam biasa tapi kurangkan kuantitinya dari biasa. Kurangkan minyak dan minuman manis. Itu saja. Sayur-sayur aku rebus dan lauk-lauknya seperti ikan dan ayam cuma di panggang. Kalau boleh tak mahu lagi goreng-goreng. Dapur pun bersih takde percikan minyak. Aku nak try buat dalam masa sebulan ni. And no more makanan ringan bila tengok tv.

(nota mak: "cuba" untuk mengurangkan berat badan sebanyak 5 kg.)

26 comments:

  1. Good luck ya! semoga sentiasa konsisten. fuhhh bukan senang ni nak sekat nafsu makan hehe.

    ReplyDelete
  2. Semoga berjaya sweetie..acik dah malas dah nak diet..yang acik harapkan cuma sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsaAllah acik... mcm saya kata, bukan nak lawa tp bila berat badan naik nak solat pun rasa payah. Nak bangun dari sujud tu... Allah saja yg tahu siksanya saya.

      Delete
  3. Kuat kan semangat sweety... Insyallah boleh.... Hihiii saya pandai cakap je ๐Ÿ˜† saya sendiri sukar nak lakukan , apatah lagi ada makanan febret.... Laju je .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tengah cabar diri saya skrg ni Saniah. Mmg sukar sgt nak melawan nafsu makan tu. Tapi saya akan cuba. Bila berat badan bertambah bukan lutut je sakit... tekanan darah pun naik dan sakit kepala pun menyerang.

      Delete
  4. in shaa Allah, boleh, sambil2 tu buat exercise di rumah..5kg..byk jg tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul nohas, 1kg pun payah... tp saya akan cuba juga. Tunggu lepas sebulan... kalau tak ada n3 pasal ni maknanya saya tak berjaya...

      Delete
  5. Mogajaya seweetie dgn usha berterusan demi lshtn yg baik,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga2 yer PI. Kite tengok jaya ke tak lepas sebulan ni.

      Delete
  6. Replies
    1. Bukan nak kurus Yati sebab mmg takkan dapat kurus tp saya nak turunkan sikit berat badan.

      Delete
  7. Semoga berjaya sweety.. Insyaa Allah blh klau kuat disiplin. Doktor pun suruh kak Zai berdiet makan nasi satu senduk bykkan sayur dan buah katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah! Semangat ni bila kawan2 blog bagi sokongan. Saya pun dah lama doktor cakap suruh kecikkan tang perut ni kak Zai. Tp saya tak kisahkan... bila dah sakit baru ingat nak buat... jaga makan dan senam2 sikit.

      Delete
  8. moga dapat berat idaman..semoga berjaya Sweetie

    ReplyDelete
  9. I pun mencuba..turun naik x habis2..heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang paling payahnya dalam usaha utk menurunkan berat ni ialah disiplin Yan... asyik terbabas dan 'tak apa' tu yg tak turun2 tu.

      Delete
  10. Replies
    1. Hehehe.. kita tunggu hasilnya lepas sebulan ni ye cik Bunga.

      Delete
  11. Good luck... saya pun sedang mencuba ni... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mari kita sama-sama lipat gandakan usaha agar keinginan untuk mendapatkan berat badan idaman itu berjaya Nora.

      Delete
  12. Saya pun selalu berangan nak turunkan berat badan Sweetie. Tp tulah kalau bab makan tak pernahnya berangan hihi...

    Pantang jumpa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun macam tu jugak... PANTANG JUMPA... disiplin nak kena kuat... tapi kadang2 saya terbabas jugak..hehhehe.

      Delete