Sunday, February 5, 2017

Kerana Aleesya dan DLP ...

Mungkin aku agak ketinggalan tapi terus terang inilah first time aku dengar tentang DLP... itupun kerana anak buah aku Aleesya terpilih dan terlibat dalam program ini. Baru tahun ini pelaksanaannya. Itupun tidak semua sekolah yang terlibat. Pemilihan murid-murid pula di buat selepas ujian menentukan kelas tahun satu awal Januari lepas. 

Dari ujian itu, tahap pencapaian murid ketika di tadika dinilai dan mereka di asingkan mengikut kelas... A, B, C dan seterusnya. Murid yang dimasukkan kelas 'A' akan diberikan satu lagi ujian Bahasa Inggeris untuk melayakkan mereka mengikuti Program Dual Language. Dan murid-murid yang lulus ujian BI tersebut diasingkan dalam satu kelas khas untuk program ini.

Dan sebelum di laksanakan atau di ajar pada murid-murid yang terpilih ibu bapa diminta menandatangani satu surat persetujuan. Sebabnya, apabila telah mengikuti program ini ibu bapa tidak boleh berundur dan mengeluarkan anak-anak mereka dari program tersebut... walau macam mana pun kena teruskan. Andai kata terpaksa berpindah dan anak pulak harus bertukar sekolah... kena pastikan sekolah baru itu juga ada melaksanakan DLP... sebabnya anak yang dah ikut program ini tak boleh keluar dari DLP sampailah ke peringkat sekolah menengah.

Cerita tentang DLP ini, ia adalah satu program pengukuhan Bahasa Inggeris di mana sekolah diberi peluang menawarkan pengajaran dan pembelajaran matapelajaran sains dan matematik serta beberapa subjek lain dalam dua bahasa, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Bagusnya pada aku, selain dari guru-guru peranan ibu bapa juga di perlukan untuk memastikan anak-anak tidak tercicir. Senang cerita, kalau anak kita tak pandai berbahasa Inggeris, kita sebagai ibu bapa kenalah juga mengambil inisiatif lain supaya mereka tidak ketinggalan. Taklah ibu bapa lepas tangan begitu saja. Sekurang-kurangnya ambik tahu tentang pelajaran anak-anak. Nak anak pandai... sama-sama usaha bukan harapkan seratus peratus pada guru-guru di sekolah saja.

Ketika kami sekeluarga dapat tahu Aleesya terpilih, perkara yang kami fikirkan, macam mana nak tingkatkan penguasaan bahasa Inggerisnya. Abang pula bila dapat tahu... perkara pertama yang dia cakap, teruskan dan tandatangan surat persetujuan itu. Katanya banyak manfaat dan kelebihannya nanti. Aku dapat tahu ramai juga ibu bapa yang tak memberikan persetujuan untuk anak-anak mereka mengikuti program DLP ini. Sebabnya itulah... Aku suka dan setuju matematik dan sains di ajar dalam bahasa Inggeris. Tapi DLP ini bukan PPSMI.


Kerana tak mahu Aleesya tercicir... kami daftarkan dia untuk mengikuti kelas bahasa Inggeris di British Council. Yuran pengajian di tanggung oleh untienya (adik aku). Urusan menghantarnya ke kelas setiap minggu terletak dibahu kak ngahnya (Ojet). 

Dan untuk memudahkan Ojet mengambil dan menghantar Aleesya ke British Council dia dijaga oleh kakak aku. Sebabnya rumah kami berdekatan. Selain dari itu boleh juga jadi teman kakak aku sebab kakak aku tinggal sendirian. Dia tak ada anak. Suaminya pun dah meninggal lima tahun lepas. Pendek kata kami sama-sama terlibat untuk memastikan kejayaan Aleesya dalam program ini. Setelah tiga minggu kami nampak perubahannya. Dia lebih berani dan yakin bertutur dalam bahasa Inggeris. Bila dia dah pandai berbahasa Inggeris tak ada masalah padanya untuk memahami dan belajar sains dan matematik dalam BI.

(nota mak: Aleesya anak adik lelaki aku yang bongsu. Apa yang aku tulis ini adalah dari apa yang di lalui oleh Aleesya ketika pemilihan untuk DLP dilaksanakan di sekolahnya. Mohon maaf kalau aku silap dan tolong betulkan).

22 comments:

  1. UNTUNGNYA DI SEKELILING ALESYA ADA ORANG YANG SANGAT MENGAMBIL BERAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami adik beradik mmg gitu Nieda. Bab2 duit ni mmg untienya tulah yg support sejak dari zaman abg dan ojet lagi...

      Delete
  2. Bagus program DLP tu sweety.Mungkin pada murid2 tahun 1 skarang ni agaknya.Masa Iman dulu takde pula dengar pasal ni.Lagipun Iman ni sekolah kampung je mana nk sama dengan sekolah di bandar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. DLP ni mmg baru tahun ni dilaksanakan utk tahun 1, 4 dan tingkatan 1... tp mmg tak semua sekolah boleh buat program ni... sebab ada syarat2 juga pada sekolah yg bercadang nak adakan DLP. Terutamanya guru2nya. Mmg guru2 khas utk program ini saja.

      Delete
  3. baru tahu jgak pasal DLP ni. anak baru masuk tadika. lagi 2 tahun dah darjah 1. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. DLP ni mmg baru 2017 ni pelaksanaannya...

      Delete
  4. semoga Aleesya berjaya mcm kak ngah & abg long nya..suka tengok keluarga akak, saling bantu-membantu..Alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya adik beradik jadi rapat lepas mak meninggal. Harap2 begitulah... saya kalau boleh teringin sangat nak tengok Aleesya belajar tinggi-tinggi sampai keluar negara macam abangnya.

      Delete
  5. Alhamdulillah.. Semoga Alesya terus berjaya. Bagusnye, dikelilingi oleh aunty2 yg baik. Bertuah Alesya.

    Lady pun baru tahu tentang program ni kak. 😍😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayah dia sibuk... kadang2 Sabtu dan Ahad pun kerja. Baru lagi program ni dilaksanakan LB.

      Delete
  6. Alhamdulillah...semoga Aliya terus berjaya..

    ReplyDelete
  7. Kak Zai memang ketinggalan dan tak tahu apa2 program ke pembaharuan tentang pembelajaran ke. Anak dah tak ada diperingkat sekolah lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita kak Zai, hal-hal sekolah.. bila cuti.. bila mula sekolah.. semua dah tak tahu.

      Delete
  8. Ooo first time dge pasal program ni... bagus juga. Sekurang2nya tidak diapply kepada semua pelajar... sbb macam dulu kan pernah apply pada semua pelajar. Subjek maths dan sains dalam English. Tapi kesian pada pelajar yang tak mahir English & tercicir. Yang ni selected, kira oklah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, DLP ni dia bagi pilihan jugak kalau terpilih tapi tak mahu ikut boleh tarik diri... dan bila dah sertai tak boleh jugak suka-suka nak keluar.

      Delete
  9. Assalamualaikum...lama dah tak singgah sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. W/salam... yelah lama betul zila tinggalkan blog.

      Delete
  10. i pun first time dengar. walaupun dolu2 cikgu .heeee
    hopefully anak2 masih suka nak communicate in English..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru start tahun ni Yan. So far anak-anak I kat rumah bercommunicate dlm dua bahasa sebab ada sorang uncle depa American.

      Delete
  11. Semoga Alesya berjaya seterusnya penguasaan bahasa inggeris mmg penting

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah2an begitulah harapan kami sekeluarga.

      Delete