Monday, February 20, 2017

Blogwalking cari puding karamel...

Puding karamel memang kegemaran kami siisi keluarga. Rasanya yang pahit-pahit manis itulah yang menambat selera. Selain dari itu aku suka ianya lembut dan halus macam tofufah.

Walaupun dah selalu buat tapi resipi yang selalu aku guna pudingnya agak 'padat' dan berlubang-lubang di dalamnya. Resipi tu aku ambil dari satu majalah. Dalam berkira-kira nak buat puding karamel... teringat satu pemilik blog yang banyak buat entri tentang puding karamel ni. Dan aku terus pi selongkar lemari resepinya.


Puding Karamel
(sumber resipi dari blog Azie Kitchen
Ikut resepi ni boleh dapat 20 bekas plastik
 kecil-kecil macam dalam gambar)


Bahan-bahan:
1 tin susu pekat manis (jika tak 
suka manis guna 3/4 tin sahaja)
1 tin susu cair
1 tin air
5 - 6 biji telur - buang mata/tali pusat
Esen vanilla

Gula Hangus:
1 1/2 cawan gula pasir
3 cawan air


Cara-caranya:

1. Cairkan gula hingga perang. Bila bertukar warna, baru masukkan air. Masak sehingga menggelegak dan gula hangus menjadi cair semula. Tutup api dan biarkan sejuk.

2. Telur dipukul tetapi jangan sampai berbuih. Masukkan semua bahan lain. Kacau sehingga sebati dan tapis.

3. Tuang ke dalam bekas kecil yang telah diisi dengan air gula hangus.

4. Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Kukus selama 10 minit atau sehingga masak. Sentiasa di lap penutup pengukus supaya permukaan karamel menjadi cantik.


Dari nota Azie, kalau nak sedap, seeloknya air gula hangus di simpan semalaman dalam peti ais sebelum di gunakan. Ojet pun puji dan suka rasa puding dari resipi ini yang lemak-lemak manis.

Resipi-resipi masakan ni, walaupun nampak simple dan mudah... kadang-kadang kita kena tahu jugak teknik dan tips-tips yang membuatkan rasanya berbeza dan sedap walaupun resipi yang kita guna sama.

26 comments:

  1. perghhh daapnye kaksweetie. Saya pun pernah try resipi puding kak azie ni..mmg ummphh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak cukup satu bekas kecik tu kalau makan puding ni. Anak-anak suka kalau gula hangusnya tu terasa pahitnya.

      Delete
  2. sedapnya puding bila disejukkan..nyaman rasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa-apa puding pun kena sejukkan dulu dlm esbok baru sedap makan.

      Delete
  3. saya pun selalu ikut resepi dari blog Azie Kitchen. biasanya sy yg tak berapa terer masak ni pun boleh masak jadi sedap. Awww :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak terer tapi suka mencuba. Bila dah selalu buat lama-lama jadi terer jugak Ain.

      Delete
  4. Lama tak buat puding karamel ni kak sweetie..
    Udah teringin tapi skrg tengah sibuk kita buat masa singgang lah nanti..
    Minta satu bekas boleh kan ehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambil berlari keluar kedalam je mengadun resipi puding ni Yatie... hahahha..

      Alamak! lambat cakap! dah habis pun...

      Delete
  5. Mudah resepi nya ya sweety.Bubuh dalam bekas2 kecil gitu mudah budak2 nak makan.Teringin nak buat tapi anak2 xde kat rumah pulak .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahannya pun tak banyak kan Saniah...susu pekat manis dan susu cair. Cuma yang leceh sikit nak buat gula hangus tu... kena hati-hati kalau biarkan anak-anak yg buat.

      Delete
  6. Nampak sedap dan cara pembuatan pun simple.. Boleh cuba buat.. Letak bekas kecil senang bawa ke office.. Thanks sweety for sharing this recipe.. 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm mmg simple dan mudah nak buat puding ni LZ. Sama-sama... saya pun ambik resipi ni dari blog orang jugak tapi saya catatkan semula di blog saya sebagai rujukkan di masa akan datang.

      Delete
  7. acik pun suka ni sweetie..tapi acik buat tak ikut resepi..ikut apa yang kakak acik pernah buat je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next time cer acik ikut resipi Azie ni... Tapi resepi Azie ni tak boleh kukus dalam loyang besar kena buat dalam bekas kecik-kecik... sebab ianya lembut sangat.

      Delete
  8. pernah cuba hari tu..memang lain rasa pudingnya , sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada mcm rasa lemak-lemak sikit kan Nieda.

      Delete
  9. Hmmm...dap ni.. kak sweetie. Masuk list dulu ye...nnt klu arajin lyza pon nk cuba gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai lyza, saya baru je nak skodeng blog lyza... saya dah dah berkenan satu resipi tu. Nanti kalau jadi buat saya postkan n3-nya ya.

      Delete
  10. rajin sweeti sedap tu..boleh cuba bila2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh simpan dalam peti ais dan dimakan pada bila-bila masa PI.

      Delete
  11. wahhh kalau untuk orang bujang lelaki pass tak nak buat puding ni? hehehe.

    saya singgah dan follow blog ni ya. jemput melawat blog saya jika berkelapangan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti lulus... senang je nak buat... sambil pejam mata pun boleh.

      InsyaAllah saya akan ke blog anda dan baca apa kisahnya yer..

      Delete
  12. saya pun suka puding karamel ni sweetie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap makan time duk santai2 sambil tgk TV.

      Delete