Wednesday, February 1, 2017

1000 cup cakes...

Hari-hari pandang Ojet pergi kerja. Tak tahu kenapa tapi aku rasa seronok sangat tengok dia pakai cantik-cantik, berkasut tumit tinggi dengan handbag dan memandu 'kereta kecilnya' menuju ke tempat kerja. Kalau sempat aku akan siapkan bekal untuk dia. Simple je... nasi dengan telur goreng kicap pun jadi. Letak timun sekali. Dia suka.

Dah setahun lebih dia kerja. Ingat lagi sebulan lepas dia dapat gaji pertama dia beli kereta. Aku tak masuk 'campur'. Segala down payment semua dia yang sediakan. Tau-tau dia cakap "mak, ong nak beli kereta". Aku iyakan jelah. Dalam hati risau jugak. Waktu itu aku masih belum yakin dengan kemampuannya. Tapi bila dengar macam mana dia mengatur kewangan dan perancangan hidupnya aku pelan-pelan rasa yakin dan harapkan yang terbaik saja untuknya.

Baru-baru ni Ojet dapatkan aku satu 'job'. Buat cup cakes. Seribu biji. Terkesima aku kejap. Banyaknya... Kawan sepejabat Ojet... baya-baya aku jugak nak mengadakan majlis kawin anak perempuannya. Dua hari aku menyiapkan tempahan tu. Sorang-sorang... dengan oven kecik aku tu.., alhamdulillah berjaya jugak aku laksanakan.


Inilah cup cakesnya... Ada enam kotak semuanya...

Bila balik kerja dan tengok kek-kek yang dah siap tu... Ojet seronok sangat. Dialah yang mengira kek-kek tu dan menyusunnya kemas-kemas dalam kotak. Hari penghantaran tu Ojet tolong aku. "Mak kalau tiap minggu mak dapat order macam ni... banyak 'masuknya'." 

Tapi aku taknaklah serius sangat dalam baking ni. Tak larat. Suka-suka je..


(nota mak: Dan selepas tolong hantar 
kek-kek tu mak belanja Ojet minum dekat cafe.
...'kenaaaa' jugak mak kan...)

24 comments:

  1. Alhamdulillah anak sweety dah boleh berdikari...dah matang kan semua dilakukan sendiri.
    Dengan kemahiran sweety buat cup cake dapat juga hilang kan kebosanan sweety di rumah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok dan bangga dlm diri sendiri tengok dia 'jadi' seperti yg kita ndakkan.

      Bosan tu tak Saniah... cuma sunyi jer.

      Delete
  2. Alhamdulillah sweety..bila kita sihat dan ada kemampuan memang seronok bila buat kerja2 yang kita suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul acik. Tapi saya kekadang ikut mood jugak.

      Delete
  3. Wah next time boleh order ni kak..........

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah boleh... kalau saya larat... ok jer zana.

      Delete
  4. bestnya mak...dok rumah pun masyuk.rezeki jangan di tolak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikit2 je Nieda... taklah banyak mana pun. Sekadar utk ringan2kan badan. Nanti kalau duduk jer tak buat apa2 sakit2 sendi.

      Delete
  5. Beli oven barulah Sweetie. Boleh ambik business besar sikit.
    Tulah kan, nak meniaga ni kena minat. Terer dah terer tu hihi..
    Dah masyuk kan.... haruslah kena pau ye Sweetie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hajat nak beli oven besar tu ada...tp takut nanti dah beli nanti tak guna pulak. Sebab kalau dah ada yg besar kena rajin buat marketing klau tak job tak ada.

      Taklah terer sgt Nom... takat boleh2 jer.

      Kena pau sudah semestinya pastu demand mesti stabak...

      Delete
  6. Wahh..masyuk ksweetie wat bisnes cupkek lak ye. Alhamdulillah ojet pun dh selesa dan matang dlm kerjaya. Moga kita semua dipermudahkn Allah swt dlm semua urusan dunia juga akhirat. Aamiinn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh tak la Ina... kadang2 je ambik tempahan ni.

      InsyaAllah segala urusan kita di permudahkan olehNYA.

      Delete
  7. bagus anak sweetie ya. sangat menjaga ibunya. ibu pun murah rezeki betul. dapat order sampai 1000 biji cupcakes.mesti sedap tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fedback yg saya dapat customer kata sedap!

      Tulah... dua hari saya menyiapkannya.

      Delete
  8. Replies
    1. Tak banyak pun murah je saya bagi KN.

      Delete
  9. kena pau starbuck..takpelah kan, sekali-sekala..hihi..mesti ada repeat order ni, sbb sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah... apa nak buat... alhamdulillah kalau ada repeat order.

      Delete
  10. Ojet anak yang baik... santai2 boleh la buatkan... kalau larat ambil order... kalau tak, tak payah la... tapi nampak sedap cupcake tu... alhamdulillah dapat siapkan amanah 1000 cupcakes tu... 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun Nora, walaupun dapat duit tapi saya tak mahu serius sangat. Badan dah tua... tak larat... hehehe.

      Delete
  11. bestnya pandai membaking, sedap nampak cupcake tu

    ReplyDelete