Friday, May 15, 2015

Semakin pasti...

Lama... hampir sejam berbual dengan abang di talipon pagi tadi... katanya tengah study untuk final exam dua minggu lagi. Nada suaranya gembira dan yakin. Itulah yang aku sering harapkan. Menjelang exam, moodnya bagus, sihat dan gembira. Tiada apa yang mengganggu fikirannya. Tumpuannya seratus peratus terarah pada peperiksaan yang akan di tempuhinya.

Seminggu dua ni aku sendirian dirumah. Ojet nampaknya agak sibuk. Walaupun cuma baru intern tapi dia juga terlibat dalam temuduga pemilihan pelajar-pelajar lepasan SPM 2014 yang memohon tajaan Petronas selama tiga hari dan tinggal di tempat penginapan yang telah di sediakan. Malam selasa lepas aku pergi menjemputnya di GTower hotel. Dan Rabu kelmarin dia berlepas ke Perth, Australia.

Kata sorang kawan lama, “anak-anak ini ibarat tetamu dalam hidup kita...dia datang dan pergi. sampai masanya mereka akan punyai kehidupan sendiri...dan hidup kita berakhir sendirian juga...”

Aku akur... anak-anak telah dewasa dan mempunyai perancangan untuk mengatur kehidupan mereka. Setelah berbincang dan berbincang... Abang nampaknya semakin pasti menyahut cabaran dan menerima tawaran untuk bekerja disatu syarikat minyak yang beribu pejabat di Calgary, Kanada. Walaupun aku sedikit sebanyak di buru kerisauan... tapi bak kata suami adik aku, “dia bukan baby lagi”.

Ojet juga sudah menerima tawaran kerja. Tapi buat masa ini biarlah aku simpan berita gembira ini. Ada banyak perkara yang harus di selesaikan dulu oleh Ojet. Janjinya pada aku, “mak, kita bincang lepas Ong balik dari Australia...”

(Nota mak: *Ong - cara Ojet membahasakan diri.)

18 comments:

  1. Tahniah....ibu boleh tersenyum gembira.

    ReplyDelete
  2. bertuah sweety anak2 sudah pun punyai pilihan kerjaya walaupun belum abis belajar.
    ialah sweety anak2 memang datangnya bagai tetamu tanpa sedar mereka pergi juga dengan kehidupan sendiri.Saat pertama kali anak masuk asrama dulu dah mula terasa diri semakin jauh dari mereka .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah saniah! sejujurnya saya akui, mmg saya dalam mood happy jugak sekarang.

      Delete
  3. tahniah utk ONg aka Ojet ya wah mmg happy bangat mommy kan
    untuk abg jugak mesti keputusan nya cemerlang tu nanti, maktok tumpang happy dgn Abg dan Ojet ya Sweetie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tentu sekali kak Noor, Hari Ibu tahun ni saya 'menerima berita gembira' dari anak-anak... harapannya begitulah, result exam spring abang ni cemerlang.

      Delete
  4. Alhamdulillah..anak2 akak berjaya dgn cemerlang..

    saya selalu jadikan anak2 akak sebagai contoh bila bos saya ckp sekrg susah nak dpt kerja, graduan lepasan U ramai yg menganggur..ada exceptional case..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terharu saya dengan komen nohas ni... terima kasih! Tiada yang istimewa pun pada anak-anak saya ni... persekitaran dan pengalaman buat mereka berusaha gigih... dan dari dulu lagi saya sering mengingatkan mereka, "jadilah yang paling terbaik dari yang terbaik..."

      Delete
  5. Syukur dan tahniah. Tentu sweety gembira kan. Anak2 berjaya lepas tu mendapat pekerjaan yang baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak Zai! Mmg saya gembira... tidak dinafikan. Ibu mana yg tak gembira melihat kejayaan anak-anak. kannn...

      Delete
  6. tahniah kpd kedua-dua anak sweetie yg berjaya dlm pelajran n miliki kerjaya cemerlang...sweetie pun akn kmbali spt mula tinggal berdua saja setelah anak2 bz dgn khdupn mrk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih PI... betul saya bakal honeymoon balik... hehehheh...

      Delete
  7. Tahniah kepada kedua-dua anak akak.......

    ReplyDelete
  8. suka baca kisah oket n abang

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah senang hati sweetie..risau tu tak boleh nak kata apa..hati ibu kan sweetie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu acik! Cuma yang mampu kita buat berdoa jelah yang baik-baik untuk mereka.

      Delete