Bila semua cuti serentak... Masing-masing ada keperluan. Aku selalunya tiada masalah bila tiba cuti sekolah. Dari dulu sampai sekarang. Aku ok je kalau kawan-kawan nak bercuti waktu itu dan tak kisah ambil alih kerja mereka.
Masa anak-anak bersekolah dulu kalau cuti semester aku memang tak ada rancangan untuk bawa anak jalan-jalan... kerana ketika cuti itulah mereka menghabiskan masa mengulangkaji kembali pelajaran, menghadiri kelas tuisyen dan ke perpustakaan. Malah ketika cuti sekolah itulah guru tuisyen akan datang dua kali seminggu di rumah.
Tapi hari ini tidak... aku bertegas dan tak boleh mengalah. Minggu depan cuti sekolah... ramai kawan-kawan sepejabat dari bahagian aku ni nak ambil cuti. Malah ada tu, setiap cuti sekolah dia mesti cuti. Geram pulak aku... asyik dia je. Ada saja programnya dengan family.
Aku tak peduli kali ini sama ada dapat cuti atau tidak. Ada orang nak ganti kerja aku ke atau tak ada... bukan penghalang. Aku dah nekad... aku tetap mahu bercuti minggu depan. Tiada kompromi.
Minggu depan Ojet ada present thesis / researchnya (viva). Tiket keretapi, bas dan kapal terbang dah habis di booking. Terpaksalah aku menghantarnya balik dan menunggunya di kolej. Kerana ini aku beritahu kawan-kawan sepejabat, aku tidak boleh mengalah kali ini.
Ini penentu kejayaan Ojet selama menuntut di universiti. Dia pun dah berazam mahu dapat 4 flat. Ingin meraih ANC. Dan semestinya aku memberikan sokongan padanya walau apapun halangan. Seboleh-bolehnya aku tidak mahu fikirannya terganggu sehingga hari present thesisnya. Malah baju yang hendak di pakai Ojet pada hari itu pun sudah di pilih dan aku siapkan. Biarlah aku kena marah atau dapat surat tunjuk sebab dari majikan sebab bercuti tanpa ada orang ganti tempat aku. Dengan Ojet pun aku dah cakap, "take your time, kita datang sehari lebih awal pun tak apa. Mak nak adik relax dan betul-betul bersedia."
(nota mak: Demi anak, aku redah semua rintangan dan halangan. Aku mahu lihat mereka sentiasa senyum...)
ya, betul tu..asyik kita je nak mengalah, tapi bila ada kes yg penting mcm ni, no kompromi anymore..good luck to Ojet, semoga dpt ANC..fighting..
ReplyDeleteSemangat...semangat... Terima kasih nohas, saya dah sampaikan ucapan tu pada Ojet... InsyaAllah semoga apa yang di hajati tercapai.
Deletewah dah berkeras noo sekarang ni haha
ReplyDeleteoklah tu demi anakanda Ojet kan
bila lagi nak beri sokongan kan
go go sweetie insya allah cuti dalam tangan dah kan hee
kaknoor doa kan yg terbaik tuk Ojet
Haaa... batu api ye... hahahha!
DeleteTerima kasih kak Noor atas doa dan sokongan.
sesekali perlu bertegas dlm soal ini ya sweetie demi anak tersayang tiada tolak ansur lagi.
ReplyDeleteBetul PI... tapi apapun saya cuba untuk menyiapkan tugas saya sebelum bercuti... masih juga berlembut dan tak sampai hati buat macam tu. Mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya.
DeleteSesekali kan sweetie.bukan selalu.demi anak..semoga ojet berjaya cemerlang sweetie
ReplyDeleteTerima kasih Acik... Mudah-mudahan.
Deletesemoga dipermudahkan sweety dapat cuti tanpa halangan...juga semoga ojet dapat 4 flat seperti yg diinginkan....kagum dengan sweety yang begitu prihatin pd anak2 sendirian.
ReplyDeleteInsyaAllah Saniah... begitulah harapan dan cita-citanya. Seingat saya sepanjang anak-anak belajar beginilah... bila perkara-perkara yang berkaitan dengan anak-anak, mmg tiada kompromi.
Deletexpe kak utk ank perlu di perjuang kn
ReplyDeleteTerima kasih Kopiolimauice... semangat ni...
DeleteKak zai sokong sweety anak is first priority. Semoga semuanya dipermudahkan dan kak zai doakan ojet beroleh kejayaan yang cemerlang.
ReplyDeleteTerima kasih kak Zai atas sokongan dan doa... begitulah harapannya.
Deletemesti sweetie pun berdebbar2 bila ojet nak berviva....
ReplyDeleteberdebar, gementar, risau.. eh semualah Nieda.
DeleteInsyaAllah, semoga dipermudahkan untuk kejayaan Ojet...
ReplyDeleteMudah-mudahan KN... Ojet berjaya dan mendapat keputusan seperti yang diingininya.
DeleteSinggah ...salam isnin ..
ReplyDeleteTerima kasih KN.
DeleteHello dongmei pan!
ReplyDeleteAsyik kita je mengalah...mn blh tahan kan Kak. Sesunnguhnya Allah tahu niat baik kita.
ReplyDeleteItu yg buat geram tu mardiana...
Delete