Hubby pernah membebel dan melarang aku memandu jauh-jauh bersendirian di lebuh raya. Tapi aku yakinkan dia supaya jangan risau. Tahulah aku jaga diri.
Selama ini aku hanya membaca berita tentang kejadian kereta di rosakkan atau di pancitkan oleh pembawa trak tunda apabila berhenti di RnR. Paku-paku sengaja di taburkan di jalan raya oleh pihak-pihak tertentu semata-mata untuk meraih keuntungan.
Sejujurnya, aku sekadar membaca sekali lalu saja dan tak pernah ambik ‘pot’ pun... sehinggalah kejadian itu betul-betul berlaku pada diri aku minggu lepas.
Aku dalam perjalanan ke Arau menghantar Ojet. Kali ini aku ditemani oleh kakak. Begitulah selalunya, kalau bukan kakak, adik atau hubby yang temankan. Kebetulan sekarang cuti sekolah... aku jugak turut membawa anak saudara, Aidiel dan Aleesya sama.
Kami agak lambat keluar rumah. Memang dah rancang dan congak-congak... aku bercadang nak berhenti sembahyang zuhur di RTC Gopeng sebab suraunya ada aircond.
Sampai di RTC Gopeng, orang agak ramai. Walaupun tempat letak kereta masih banyak tapi petak parking yang berhampiran dengan food court atau pun surau semua sudah penuh. Terpaksalah aku meletakkan kereta jauh sedikit.
Lama jugak masa yang aku ambil berhenti dan berehat di situ. Yelah, masa aku solat... Ojet tolong perhati dan mengawasi Aidiel dan Aleesya. Kakak aku pulak masuk ke Mydin sekejap membeli selipar kerana kasut yang dipakainya rosak dan tercabut tapaknya.
Selesai aku solat, Ojet dan kakak aku pulak solat. Giliran aku pulak mengawasi Aidiel dan Aleesya. Selesai semuanya solat... kami ke kereta dan bergerak keluar meninggalkan kawasan rehat Gopeng. Kerana dah biasa apabila keluar dan kembali semula ke kereta aku akan terus saja masuk dan duduk di bahagian pemandu. Tak pernahlah aku pusing keliling kereta memeriksa tayar atau bahagian-bahagian lain... walaupun pernah diingatkan oleh hubby.
Aku tidak merasakan apa-apa kelainan pada kereta dalam perjalanan selepas keluar dari kawasan RTC Gopeng. Semuanya rasa macam biasa. Ketika mendaki dan menurun di terowong Menora semuanya ok.
Aku memandu dengan kelajuan 100 km/jam. Sesekali memotong jugak sehingga melewati RnR Sungai Perak dan menghampiri RnR Taiping Utara... aku terdengar bunyi seakan-akan tayar pancit. Ketika itu aku berada dalam jarak lebih kurang 2 kilometer lagi untuk sampai di hentian Taiping Utara.
Sebaik saja aku memasuki RnR Taiping dan berhenti... dalam waktu yang sama juga sebuah trak tunda yang di pandu seorang lelaki dan kelindannya bangsa India berhenti sangat rapat di sebelah aku. Bila aku keluar dan memeriksa tayar hadapan sebelah kiri sudah leper, rosak dan panas. Yelah, bayangkan sudah berapa kilometer jauhnya aku memandu dengan keadaan tayar begitu.
Melihat trak tunda yang berhenti di sebelah aku tetiba terfikir bagaimana mereka seolah-olah tahu yang kereta aku sedang menghadapi masalah. Mujurlah aku tak panik dengan situasi yang berlaku dan langsung tidak menoleh atau meminta bantuan mereka. Aku talipon pihak insuran dan beritahu masalah yang sedang aku hadapi. Dalam waktu yang sama juga aku beritahu tentang kewujudan trak tunda yang dipandu oleh lelaki India dan berhenti di sebelah aku.
Operator lelaki yang menyambut panggilan talipon menyuruh aku masuk ke dalam kereta. Hidupkan enjin dan kunci kereta. Apa-apa pun jangan buka pintu atau cermin tingkap sehingga orang dari workshop yang di hubungi oleh pihak insuran sampai.
Aku kira setiap sepuluh minit pihak insuran menghubungi dan menanyakan keadaan aku. Adakah pihak workshop sudah sampai dan tayar kereta aku sudah di tukar. Sehinggalah semuanya selesai dan ketika keluar dari RnR Taiping itulah sebuah lori yang di pandu laju mendekati seolah-olah menghimpit aku dari belakang. Dalam hati Tuhan saja yang tahu. Sedaya upaya aku cuba lari dan menjarakkan diri dari lori tersebut. Pihak insuran dan workshop tetap menghubungi dan bertanyakan keadaan aku sehingga aku beritahu semuanya ok dan sudah pun melepasi tol Juru, Penang. Dan selamat sampai di Arau.
Kebetulan jiran homestay yang aku sewa anggota polis bahagian jenayah di Kuala Kangsar. Dia pun menghantar anak lelakinya balik ke kolej jugak. Kami berbual dan aku beritahu tentang kejadian yang menimpa aku. Dan dia berandaian, kereta aku telah di pancitkan ketika aku berhenti di RTC Gopeng.
Berkemungkinan ketika aku masuk ke kawasan rehat itu, trak tunda tersebut sudah ada di situ dan memerhatikan kenderaan yang keluar dan masuk. Apabila mereka ternampak aku satu kereta semua perempuan mereka 'attack' kereta aku. Kemudian pemandu trak tunda tersebut mengekori kereta aku sehingga sampai di RnR Taiping.
Bila aku periksa kembali tayar kereta yang pancit... tidak ada paku yang terlekat tetapi ada kesan tusukan dengan benda tajam.
Syukurlah tidak ada apa-apa kejadian buruk yang berlaku. Kata kawan-kawan sepejabat hari ini, niat dan tujuan perjalanan itu baik. Menghantar anak balik ke kolej dan membawa anak-anak saudara untuk berjalan-jalan sempena cuti sekolah. Aku pulak baru lepas solat dan doa lepas solatku agar di selamatkan sepanjang perjalanan pergi dan balik.
(nota mak: Kawan-kawan sepejabat juga berandaian, pemandu trak tunda dan pemandu lori yang menghimpit kereta aku memang mempunyai link sesama mereka.)
TAKUT JUGA MEMBACA PENGALAMAN SWEETIE NI...KALAU MEMANDU SENDIRIAN N CUMA DITEMANI KITA-KITA SAJA PEMBULI JALANAN NI AKAN AMBIL PELUANG SBB MRK FIKIR MUDAH NK DIKENAKAN...MUJUR SWEETIE BERTENANG N TAHU JLN SELESAI MASALAH YG DIHADAPI...LAIN KALI TENTU BERINGAT N HATI2...SYUKUR ALHAMDULILLAH DILINDUNGI ALLAH DRPD MUSIBAH YG XDIINGINI.
ReplyDeleteBukan perempuan saja PI... semua pemandu dan pengguna jalanraya perlu berhati2.
DeleteAlhamdulillah sweetie selamat pergi dan balik.
ReplyDeleteAnak acik pernah kena masa hantar adik bongsunya balik..masa tu acik tak sihat nak hantar.
Mereka ni ada di mana-mana saja acik... selalulah kita berpesan dengan anak-anak supaya berhati2 selalu.
DeleteAlhamdulillah sweety selamat dari musibah. Kak zai rasa memang sudah dirancang kena berhati2 bila pemandu dan orang dalam kereta semuanya perempuan.
ReplyDeleteNasib baik cuma tayar saja di pancitkan, kalau di 'usiknya' bahagian2 lain tak tahulah kak zai apa yang bakal terjadi.
DeleteAlhamdulillah, semuanya OK. kalau tayar kena tusuk dgn benda tajam, memang perbuatan kianat tu, mcm2 cara org nak cari duit sekrg ni..
ReplyDeleteTakut jg saya mendengarnya sbb selalu berenti di RTC Gopeng, shopping kat Mydin, selalu berdua dgn kakak..
Hati-hati dan beringat-ingat selalu bila singgah di situ nohas.
Deletebagus sungguh operator pihak insurans tu sentiasa call tanya keadaan..
ReplyDeletebiasa je dgr citer2 dari org lain, tp bila kena kat diri sendiri..maunya tak cuak kan.. mujurlah sis masih bertenang..
Saya masih boleh cool lagi Mun... sebab pihak insuran yang saya ambik ni dah pesan dan lekatkan no phone mereka di cermin kereta saya supaya senang saya hubungi mereka kalau ada apa-apa masalah... dan mereka akan sentiasa menghubungi kalau saya beritahu jika ada apa2 masalah. Lama dah saya guna insuran ni...
DeleteAlhamdulillah selamat..eiii bahaya jugak ye mcm2 helah depa ni guna utk attack kaum wanita ni
ReplyDeleteBukan wanita saja... mereka ni akan attack sesiapa saja kalau tak berhati-hati. Mmg kegiatan mereka ni memeras ugut pemandu dengan cara merosakkan kereta kita.
DeleteDiana, kalau kita minta tolong dari mereka ni, mau cecah ribu jugak di charge-nya.
ReplyDeleteAduyai rs mcm xselamat je kita ni kan...mnta dijauhkanlah...
ReplyDeleteBetul Sham, dulu saya tak ambik endah perkara ni... tapi bila dah kena ni saya jadi takut. Berhati-hati sentiasa...
DeleteAlhamdullillah semuanya selamat....... kenapa tak ambil gambar lori / no plate yang himpit kereta akak tu? Viralkan....... kalau tak buat cam tu nanti sampai bila-bila dia orang ni akan buat kerja jahat tu.......
ReplyDeleterasa-rasanya kalau report tak jalankan???
Saya tak ingat nak ambik gambar Zana, lagipun dalam ketakutan. Jiran homestay saya tu pun cakap macam tu jugak. Dlm fikiran masa tu nak lari dan jauhkan diri dari mereka. Kalau dapat no plate rasanya boleh buat report.
DeleteSeram juga mendgrnye...
ReplyDeleteTp operator insuran tu rajin pula di followup yer. Insuran mana tu?
Lepas ni kena hati2..
Jom join Segmen Terbaru Saya ini
Segmen Communities Blogger : Berkongsi Pelbagai Ilmu Menarik
Blogwalking Sini..
Jombaca artikel baru saya
Travelog:Water RaftinG Di Sabah
Ahmad Hasif, trak tunda yang kerjanya merosakkan kereta pengguna jalan raya ni di kenali sebagai "longkai". Mereka ni ada di mana-mana saja... hati2 bila berada di jalan raya.
ReplyDeleteSelalunya bila dah ambil polisi mana2 insuran, mereka akan sedia memberi bantuan apabila kita menalipon... Tapi tak ramai orang tahu rasanya. Percuma mengikut jarak2 yg ditetapkan.
Saya tak boleh nak masuk pun link yang anda kasi tu....
kecut perut juga kejadian ini.. mencari rezeki cara mudah.
ReplyDeleteswetie guna insuran apa? .bagusnya layanan mereka.
MSIG Nieda.
DeleteAlhamdulillah...semoga selamat semuanya...
ReplyDeleteSalam Ramadhan Al Mubarak...
Salam Ramadan al Mubarak juga buat KN sekeluarga.
DeleteSELAMAT BERPUASA SWEETIE
ReplyDeleteSalam Aidul Fitri buat Sweety sekeluarga..
ReplyDeleteTakutnya... sbb tu kalau saya nak drive kereta jauh2, saya akan pastikan ditemani abang atau adik lelaki. Mujur sis tak panik dan tak diapa2kan...
ReplyDeleteMasa saya beli kereta dan ambik insurans, salesman tu dah pesan, kalau apa-apa berlaku talipon mereka dan lekatkan no tel pada cermin kereta saya...
Delete