Friday, April 17, 2015

Bertuahnya rasa...

Hati tersentuh bila abang cakap: “abang pergi kerja dua minggu... lepas tu abang balik (M’sia) semula pada mak dua minggu. Macam tulah... abang ulang alik...”

“Abang larat ke... jauh tu... 24 jam penerbangan. Bulan pertama bolehlah abang buat, lepas tu mesti tak larat... penat.”

“Dah kerja nak buat macam mana. Mak tak nak ikut..”

Aku bukan sedih sebab dia pergi kerja jauh, tapi rutin yang dia nak buat tu.. demi aku. Bertuahnya rasa diri memiliki anak lelaki yang aku panggil Abang ni...

Jika diizinkan Allah, abang memilih karier dalam bidang oil and gas sebagai jurutera di pelantar minyak. Itulah cita-citanya sejak di bangku sekolah lagi.

Tapi hati emak ni tidak dapat tidak tetap risau. Sering aku berfikir, boleh ke dia menghadapi segala macam cabaran di tempat kerja. Yelah aku pun tak tahu macam mana pekerjaan seorang jurutera petroleum. Lebih-lebih lagi suasana di pelantar minyak... Dan aku kalau boleh tidak ingin berjauhan lagi dengan dia.

14 comments:

  1. tahniah..kalau dah minat, mesti boleh buat...doakan yg terbaik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih nohas. abg pun belum buat keputusannya lagi. Ini yang kami bincangkan dalam talipon pagi tadi.

      Delete
  2. TAHNIAH...DEMI MASA DEPAN ANAK SWEETIE DOAKAN KESELAMATN N KEJAYAANNYA SETERUSNYA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. PI kami baru berbincang. Abang masih mempertimbangkan tawaran yang dtg padanya.

      Delete
  3. tahniah utk abang ya, wah bestnye abang sekarang tak payah susah2 cari kerja lagi after grad, kerja dha menunggu ya, alhamdulillah, sweetie, memang ibu yang beruntung, ojet pun berjaya dan abang pun tak lama lagi akan kerja, nanti senang2 dtg brunei ya hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Noor pun beruntung jugak, kesemua anak2 berjaya dan cemerlang.

      Saya mmg berdoa dan berharap habis belajar nanti abg terus kerja... tapi bukan jauh-jauh sangat kak Noor. Ni yg kami tgh bincangkan sekarang.

      InsyaAllah ada rezeki... ingin juga makan angin ke Brunei.

      Delete
  4. Tahniah abang dan ibunya.
    doa restu ibu akan membawa ke syurga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nieda. Selagi hayat masih di kandung badan, mmg doa kita sentiasa mengiringi anak-anak...

      Delete
  5. sweety memang bertuah mempunyai anak sebaik abang...bertuah juga dapat melihat anak memulakan kerjaya selepas gred..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang ni anak yang sulung saniah... saya banyak berkongsi rasa dengan dia. Apa saja yang nak di buatnya... dia akan beritahu dan minta pendapat saya.

      Delete
  6. Doakan je semoga Allah permudahkan kerja nya tu..lagipun dia dah minat..kan?kita sokong je la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah Diana, itu sajalah yang mak ni dapat buat untuk menenangkan kerisauan di hati dan mendoakan keselamatannya walau di mana dia berada.

      Delete
  7. In shaa Allah doa ibu kan yang terbaik.

    Anak buah kak zai dua orang kerja oil n gas. Kasar masyuk hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum ni pun saya pernah dengar jugak org cakap, kalau offshore... kasar masuknya...

      Delete