Friday, April 10, 2015

Berlagak?...

Lama rasanya tak buat catatan di blog ni.  Akhir-akhir ni aku jadi malas nak menulis dan lebih suka berangan. Tapi bukanlah berangan nak jadi kaya ke... atau berangan nak jadi superstar dan glamour. Oh! tidak.

Kawan-kawan mungkin dah baca entry aku sebelum ni. Itu kisah dalam satu temuduga yang di lalui oleh abang di London baru-baru ni. Panjang lagi kisahnya... yang aku catitkan itu hanya sebahagian sepertimana yang di ceritakan oleh abang pada aku.

Abang berjaya dalam interview tu dan insyaAllah, tamat pengajian Julai nanti abang akan masuk lapor diri dengan company tersebut. Maknanya, walaupun belum tamat belajar dan grad, jawatan dan kerja sudah menanti.

Cerita abang,  awalnya si interviewer agak serius dan masam saja mukanya bila dia menyoal abang, “apa yang awak tahu tentang syarikat kami”. Abang jawab dia tak tahu apa-apa. Si interviewer tanya lagi, “habis kenapa awak masuk interview ni?” Jawapan abang sebab dia isi borang dan di panggil.

Si interviewer cakap, abang cuma membuang masa dia saja. Kemudian dia tanya abang, macam mana sekiranya abang di suruh oleh orang atasan menguruskan satu projek tapi projek tu tidak mengikut rules yang di tetapkan. Abang cakap dia akan buat, sebab siapa dia untuk menasihat dan memberitahu orang atas tentang perkara itu tidak betul. Dan tahu apa yang abang cakap dengan si interviewer yang membuatkan si interviewer tu ketawa.... “cepat saya dapat naik pangkat!”

Bila dengar cerita abang, aku pun terjerit. Beraninya abang cakap macam tu dalam satu temuduga kerja. Memang berderai gelak kami dalam talipon. Abang cakap itu adalah satu taktik... tapi beranikah kita mengucapkan kata-kata seperti itu dalam temuduga kerja. Tentulah tidak kan. Lebih-lebih lagi kalau kerja yang kita pohon tu memang kita betul-betul nak.

Kemudian bila si interviewer bertanya tentang kejatuhan harga minyak dan kesannya kepada syarikat itu. Abang mengaitkannya dengan politik dan senario yang berlaku di Britain. Abang berikan hujah-hujahnya macam dalam berdebate. Itulah sebabnya si interviewer cakap,  ".."The way you speak, you ll make a lot of enemies that way. You should realize only select few will be able to comprehend your views. Some may think you're arrogant"

 "So, it seems you have no idea at all what our company does?"

 "When I asked you how the slumping oil price would impact us you talked about how it would boost the Tories' chance in the coming election and even went to explain their budget. Not the answer I was expecting" Komen si interviewer, "...kalau CEO yang dengar hujah awak, pasti dia suka."

Di pengakhirnya, abang di beritahu, dia berjaya dalam temuduga tu. Aghh! lega, sekurang-kurangnya abang tak perlu lagi mencari-cari peluang pekerjaan lepas tamat belajar nanti. Dan abang cakap, dia masih mempertimbangkan tawaran itu. Masih 50 - 50. Dalam hati masih teringin nak sambung belajar. Tapi dalam waktu yang sama dia terfikir juga, lama sangat belajar sedangkan kawan-kawan yang seangkatan dengannya sudahpun tamat pengajian dan ada pengalaman bekerja.

Malah sebelum tawaran ini abang juga sudah mendapat tawaran kerja di Kanada. Tapi abang menolaknya sebab memikirkan jauh sangat di Kanada.

(nota mak: Berlagak (arrogant)? ...buat aku berfikir dan membayangkan diri abang. Seorang yang berlagak ke anak lelaki ku ini. Ini bukan kali pertama aku mendengarnya...?)

18 comments:

  1. bukan berlagak tu tapi yakin diri..tahniah pada abang yg berjaya dlm temuduga tu...slmt bertugas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Risau saya PI, sebab dah banyak kali sangat saya dengar perkataan tu dari orang2 yang berlainan, bukan saja dari kawan2 malah guru2 sekolahnya dulu.

      Delete
  2. Tahniah...semoga abg dapat menjalankan tugas dengan baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Zai, harap2nya begitulah.

      Delete
  3. tahniah dan selamat maju jaya..

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Terima kasih Nohas. Hati mak ni dah lapang sikit dengar tempat dah 'reserved' utk dia.

      Delete
  5. tahniah ...belum habis belajar dah ada kerja yang menunggu...alhamdulilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Saniah, tajaan belajar anak saya ni tak ada 'bon'... mcm tajaan JPA. Tu yang buat saya risau jugak, takut kalau balik M'sia nanti tak da kerja.

      Delete
  6. berlagak??? biaq lah asal dapat kerja...lepas tu pandai2 lah dia simpan lagak dia, kan?? :)) tahniah abang dah dapat kerja,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi ini bukan pertama kali McK. Sejak dia dari pra-sekolah sampailah masuk menengah dan bording school... ada saja komen yang mengatakan dia berlagak. Saya pun tak fahamlah kat mana sisi lagaknya tu.

      Delete
  7. keyakinan nya tinggi tu kak..sebab tu dia berani bersuara dengan yakin..itu sebenarnya satu cara untuk mempengaruhi orang lain tu kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ke Diana... saya risau jugak, takut nanti dia tak ada kawan pulak. Setakat ini sepanjang dia membesar si abang ni mmg tak ramai kawan pun. Selama tempoh dia belajar di UK, masanya banyak di habiskan di library dan ketika cuti semester dia buat kerja amal di pusat asuhan kanak-kanak di Sheffield.

      Delete
  8. tahniah utk si abg ye kak...bukn senang nk lulus dlm temuduga..

    ReplyDelete