Thursday, August 7, 2014

Ojet pulak demam...

Pagi semalam, “Abang! mak pergi kerja ya... Adik Da (Ojet) demam. Abang tolong tengok-tengokkan!

"Hmm!”

Ojet demam pulak.  Badannya panas. Kelmarin pergi berenang di rumah aciknya dengan abang. Membebel jugalah aku... tengah-tengah hari dalam cuaca panas sekarang pergi berendam dan berjemur di kolam renang.

Payah! membebel lebih-lebih kang sentap pulak... tapi dah besar-besar masih tak boleh nak fikir buruk baik... Aku ni tak boleh tengok anak-anak sakit... Biar aku sakit jangan mereka sakit. Kalau aku sakit, aku boleh duduk diam-diam dan baring atas katil. Tak ada orang nak jaga pun tak apa. Tapi kalau anak-anak sakit aku tak senang hati meninggalkan mereka sorang-sorang di rumah. Mahunya tak senang duduk di tempat kerja nanti!

Pagi tadi aku talipon adik suruh pergi tengokkan Ojet dan ambik bawak balik rumah dia pasal abang tak ada di rumah. Risau membiarkan dia sendirian di rumah. Dah pergi klinik dan ambik ubat tapi tak di makannya. Pagi tadi sebelum pergi kerja dah di kejutkan bangun dan makan ubat pun tak bangun juga. Risaulah... ni kan musim denggi. Pegang dan belek-belek juga lengannya...

Abang ke Ipoh bertemu beberapa orang kawan-kawan sama sekolahnya dulu yang study di Royal College of Medicine (RCMP) Ipoh. Dah ada kat M’sia dia ambik peluanglah nak bertemu dengan rakan-rakan lamanya. Lusa baru balik KL.

12 comments:

  1. semoga cepat sembuh... berendam lama kut sbb tu demam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan apa saya risaukan kot denggi.

      Delete
  2. Mudah2an Ojet tak dijangkiti denggi...tapi Sweety kene lah monitor temperature dia. Kalau demamnye berlarutan sampai 3 hari...Sweety kene lah bawak Ojet for blood test. Minum byk2...cuaca sekarang ni lain macam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang saya monitor... tulah saya minta aciknya ambik sebab saya kerja... aciknya lepas kawin jadi surirumah sepenuh masa... bolehlah tengok2an.

      Delete
  3. Semoga ojet cepat sembuh..dah besar pun kena tunggu juga msa dia makan ubat tu sweetie..jangan risau sangat ye..

    ReplyDelete
  4. semoga Ojet cepat-cepat sembuh ya..kesian pula..bila anak demam ni, emak ayah memang risau sangat..mau tak tidur di buatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Zila... tapi anak-anak ni je yang tak paham... kalau kecik2 tu ok lagi, ni dah besar panjang mcm Ojet ni pun masih tak reti apa yg boleh dan tak boleh di buat... geram tul saya.

      Delete
  5. Cepat sembuh Ojet. Mak mana yang tak risau nasib baik ada abang yang jaga. Moga cepat sembuh ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau anak dah demam dan tak sihat mak mana yang tak risau Mak Wardah!

      Delete
  6. Sweetie samalah dengan bunda...kalau apa2 masaalah anak2 risaunya tak tau nak cakap...walaupun dah besar panjang...

    Kadang sampai tak nyenyak tido...maklumlah dulu apa2 masaalah keluarga boleh berbincang dsn share dengan arwahnyer...Sekarang ni kia sorang nak hadap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni pun gitu jugak KN, hal anak-anak mmg saya handle sorang... sebab itu kalau apa2 yg berlaku pada mereka mcm sakit, saya 'bising' sebab ia akan membantutkan urusan saya yg lain.

      Delete