Award dan trofi yang abang menangi dalam SIDEO 2014.
Aku tak tahu tang mana seronoknya berdebate dan joint aktiviti ni. Maksud aku masuk pertandingan ni. Masa sekolah dulu adalah sekali cikgu pilih aku sebagai peserta untuk pertandingan bahas antara kelas-kelas. Siang-siang aku tolak sebab malu. Tapi anak aku si abang minat sangat. Dari sekolah sampailah masuk universiti dan dua tahun lepas di letakkan dalam kedudukan sepuluh debater terbaik di Manchester. (link entry)
Tiga hari ke Ipoh rupanya bukan setakat jumpa rakan-rakan sekolahnya yang study di RCMP tapi menyertai pertandingan Seri Iskandar Debate Open 2014 (SIDEO) di UTP.
Abang dan rakannya (student RCMP) yang menamakan kumpulannya It's A Rainbow menjuarai pertandingan tu. Malah abang sendiri memenangi final's best speaker award.
Sampai je di rumah hari Ahad malam tu bukan main suka lagi dan tayang dengan Ojet trofi yang di menangi dan duit hadiah yang dia dapat.
Cerita abang dia popularlah kejap lepas pertandingan tu. Ramai student dan audiens termasuk sorang lecturer di UTP jumpa dan tanya abang ni student universiti mana sebab slanga english abang bunyi lain dan fasih sangat.
Mendengar ceritanya teringin pulak aku menengok dia berdebate. Tunggulah bila ianya di postkan di You Tube nanti.
Tapi aku berpesan juga dengan dia, dah lupakan debate-debate tu semua... tumpukan pada study tahun akhir... dan abang pun cakap macam tu jugak. Study pun makin susah katanya... dah tak ada masa nak ikuti latihan... dan mungkin menolak jika di calonkan sebagai wakil universiti.
Tahniah..sempat lagi tu, bagus mcm ni..cuti2 pun ada aktiviti yg berfaedah..
ReplyDeletejadi debater ni kena banyak membaca,organise & berfikir..nanti masuk alam pekerjaan, jadi rebutan majikan..sebab company perlukan pekerja yg ada technical and soft skills..
Ooo iya ke nohas... Ingatkan takat aktiviti riadah je... tapi memang abang ni suka membaca... ekonomi, politik, philosophy dan novel... malah komik katun Doraemon pun... Tak tahu pulak org2 macam ni jadi rebutan majikan...
DeleteTapi mcm tulah dia... katanya dia tak mahu otaknya 'tumpul' kalau tak buat apa-apa.
Tahniah sweetit dan abang.nanti kalau dah ada video kongsikan disini ye sweetie..acik pun teringin nak tengok
ReplyDeleteBoleh acik! selama ini saya emaknya pun tak pernah tengok dia berdebate... cuma dengar je dia cerita.
Deletetahniah...yg bijak berdebat ni banyak kelebihannya...
ReplyDeleteTerima kasih paridah! saya menerima ucapan itu bagi pihak abang!
Deleteada bakat dlm berdebat ni, kalau saya suruh bercakap pun dah kecut perut
ReplyDeletesaya bukan takat kecut perut Nieda... suara pun mungkin tak keluar... tak yakin dan malu bila semua mata tertumpu pada saya.
DeleteTahniah abg...seronok dgr anak2 yg rajin belajar ni...berdebat ni bukan calang2 org boleh buat..
ReplyDeleteTerima kasih kak Sarah. si abang ni memang suka bercakap sejak dari kecik... kalau dah bercakap tak berhenti2... senyapnya bila tido je.
Deletetahniah....semoga terus sukses...ini yang kita harap dari anak-anak malaysia
ReplyDeleteTerima kasih Zila...
DeleteTahniah sekali lg Sweety...abg dpt the best debater!
ReplyDeleteSo abg debate di UTP ya; tempat anak saya yg kedua belajar tapi sekarang ni dh bekerja diPetronas.
Semestinye lepas grad nanti abg akan ditawarkan kerja yg bagus!
Terima kasih Leez... kerja di Petronas mesti best dan banyak banefitnya... kalau boleh semua org nak kerja di sana kan...
DeleteHarap-harapnya macam tulah... dapat kerja...
Sesetengah org, debate ni dah macam makanan depa...bersemangat...bagi yg ada talent lah...kalau tak, tak menjadi gak...apa2 tahniah...
ReplyDeleteBetul Yan, kalau saya mmg takkan keluar suara sebab malu dan tak yakin nak berhadapan dgn audiens... ala senang cakap bukan 'line' sayalah...
DeleteTahniah Sweety....bangga nya saya.. doakan abang terus berjaya. sampaikan salam tahniah kepadanya.
ReplyDeleteTerima kasih Mak Wardah!. insyaAllah akan saya sampaikan salam tu pada dia...
Deletebila akak bercerita ttg abang, rasa macam saya pun ada kat sebelah
ReplyDeletehihi
InsyaAllah! saya doakan si abam pun akan tunaikan dan realisasikan impian Irfa suatu hari nanti.
DeleteSeronoknya ... tahniah abg... kagum dgn org2 yang boleh berdebat ni... insyaAllah akan jadi org hebat satu hari nanti...
ReplyDeleteTerima kasih Nora...
DeleteSweetie, jgn lupa ya kongsikan youtube debate abang tu...
ReplyDeleteInsyaAllah! pihak penaja (SIDEO) tu tak upload lagi. Saya pun tertunggu-tunggu jugak ni.
Delete