Abang: "What's your name sweetheart?"
Kid: "Wobbert"
Abang: "Wobbert?"
Kid: "No, Woooobbert"
Abang: "Wobbert???"
Kid: "No! Wooobbert"
Abang: "Robert?"
Kid: "Hmmm..." and he nodded.
Abang: "Alright, I've got to go. You won't mind eating alone won't you Wobbert?"
Kid: "It's Wobbert!!!"
Seronok dengar cerita abang yang jadi volunteer Pusat Asuhan kanak-kanak di Sheffield sepanjang cuti musim panas lalu. Abang kata mereka comel-comel saja dan pelat. Kebanyakannya yang abang jaga dalam lingkungan umur 7 tahun.
Betul-betul aku tak sangka. Abang boleh melakukan kerja tu. Selalunya tak ramai kaum lelaki yang sanggup dan suka dengan kerja-kerja begitu. Apalagi melayani kerenah kanak-kanak yang pelbagai ragam.
Dan pada hari last abang bertugas dia telah membeli dua kotak coklat untuk dibagi-bagikan pada budak-budak tu. Abang cakap dengan aku, "mak mintak maaf ya, abang dah gunakan duit pembayar cukai rakyat Malaysia (biasiswa tajaan) untuk beli coklat dan bagi pada anak omputih kat sini" he..he sempat lagi abang melawak dengan aku. Pengetua Pusat Asuhan tu pulak telah menjemput abang ke rumahnya pada krismas nanti. Katanya dia ingin pekenalkan abang pada anak perempuannya... pelajar perubatan di salah sebuah universiti di sana.
Tapi aku tak nafikan... anakku abang memang penyayang orangnya. Dari kecil lagi bila bermain dengan adiknya Ojet... jarang dia bergaduh, memukul dan membuli adiknya. Apa-apapun dia akan mengalah. Dia memang boleh di harap.
Ketika umurnya baru setahun... belum pandai bercakap aku pernah minta dia tolong ‘jaga’ adiknya, Ojet. Dia angguk tanda memahami kata-kata aku. Aku tinggalkan saja dia berdua sementara aku mengemaskan bilik di tingkat atas.
Sesekali aku intai mereka... memang abang duduk saja memerhatikan adiknya Ojet terkuis-kuis bermain. Padahal pernah aku dengar kanak-kanak seusia abang ketika itu yang pijak adiknya sendiri. Tapi aku memang percaya abang boleh jaga adiknya walaupun usianya baru setahun namun telah faham tanggungjawab yang telah digalas atas bahunya.
Aku harap sikap penyayang ini akan terus subur dalam jiwa abang. Aku percaya semua ini hasil dari apa yang telah aku lakukan pada dia masa kecik-kecik dulu.
Wah!....untung menantu u nanti dpt suami penyayang yg macam
ReplyDeleteabang....rajin melayan anak2.
Mudah-mudahan begitulah Leez... Tak sempurna pembesaran anak-anak tanpa kasih sayang.
DeleteSeronok acik baca sweetie..acik pulak terasa2 macam berada disitu melihat abang yang penyayang melayan adik2
ReplyDeleteSaya pun sama... Saya suruh abang ambik gambar ngan budak-budak tu... tapi Pengetuanya tak bagi... Itu law nya. Mungkin ada sebablah tu....
Deletesweetie , org putih tu dah berkenan kat abang kut
ReplyDeleteAgaknyalah Nieda... Ada kawan kat office ni pun cakap mcm tu juga... maksud kawan tu bukan berkenan untuk buat menantu tapi berkenan dan suka dengan orang yang pandai buat kerja... Saya cuma harap abang akan dapat ramai kawan dari bangsa apapun.. tak kesah... Itu bagus untuk alam pekerjaannya nanti.
Deletewahhhh bestnya abang, sayang pada adiknya..... kalau my hero tu, asyik membuli adiknya ajer.......kejap2kang dah terjerit si adik..... pening dibuatnya........
ReplyDeleteAbang ni pulak zana, terbalik... adiknya tu pulak yang buli dia... Tapi saya akui.. bukanlah memuji atau masuk bakul angkat sendiri... abang ni memang baik Zana... Dari kecik dan zaman persekolahannya di asrama dulu... dia memang tak suka mengusik atau menyakat budak2 yang bawah umur dia. Ini diakui sendiri oleh guru sekolah.
DeleteKak sweetie,
ReplyDeletesweet jer dgr cerita pasal abang ni..bgslah klu ramai kwn2..sng klu nk berurusan ape2 nnt..
Don! masa dia nak 'fly' dulu... ada dia membayangkan kat saya... katanya, "bestnya kalau ada mat saleh yang pelawa dtg rumah mereka masa krismas, nak jugak tgk mcm mana omputih sambut krismas." Setakat ni dia dah pernah menumpang tidur di rumah sorang mat saleh, student Durham universiti masa dia menyertai debete di universiti tu.
DeleteOh, untungnya menantu akak nanti..Baik betuk si abang ni..
ReplyDeleteTerima kasih U! Eh! I nak panggil U apa ye!
Deletepanggil zila je..:) Selamat berkenalan..
Deletepayah nak jumpa org lelaki cam abg ni...
ReplyDeletekak..mcm mana buat blog header cam kat atas tu. buatlah entry tutorial pulak..hehehe...serius saya nak tahu...
Yati, saya tak pandai buat tutorial... bukannya kedekut ilmu tapi seriusly memang saya tak reti. Tapi senang je nak buat header cam gitu. Ini saya guna ilustrator. Kalau Yati nak saya boleh tolong buatkan... Yati bagi je gambar dan lakarkan macam mana yang Yati nak... Free je...
DeleteSalam Sweetie :)
ReplyDeletei suka tengok hsil kerja graphic u .
Bagus abang...untung u.
Terima kasih ummisara... Saya dah jenguk blog resipi ummi tu... cantik gambar2nya. Yalah kan... kalau blog resipi gambar mesti cantik baru menarik kan... saya tunggu blog Bila Wanita Berbicara beroperasi.. ingin tahu apa pengisiannya.
DeleteBagusnya...bukan senang nak jumpa ank bujang yg sukakan budak2... lbh2 lagi nak melayan kerenah anak kecik hari2.. Tahniah buat Abang, Semoga sifat penyayang tu kekal selamanya.. :)
ReplyDeleteInsyaAllah Ratu.
Delete