Tuesday, October 22, 2013

Berhentilah menyanyikan lagu Bangau Oh Bangau!....

Puan A: Kadang-kadang kesian melihat remaja-remaja kampung yang tersesat bila keluar dari kepompongnya....

Puan B: Kerajaan pun memainkan peranan jugak. Bila kerajaan jahil rakyat makin jahil. Kerajaan jugak macam ibubapa. Contoh yang terdekat himpunan jutaan belia. Cikgu pening kepala anjur program sana sini nak memperelokkan akhlak anak-anak didiknya, ibubapa berhempas pulas hantar ke tuisyen dan program motivasi untuk membentuk sahsiah anak-anak. Akhirnya kerajaan sendiri yang merosakkan akidah anak-anak muda hari ni.

Puan A: Dijemputnya kpop menari sampai nampak spender.

Puan B: Ape kejadahnya Malaysia hari ni.

Puan C: Itu namanya culture shock! Kalau anak-anak silap langkah kenapa nak salah pihak lain... Pernah tidak kita renungkan apa yang telah kita lakukan selama ini terhadap anak-anak sepanjang membesarkan mereka. Ikhlas kah kita terhadap mereka.

Puan B: Ekstrem sangat pandangan puan C tu. Faktor banyak sebenarnya. Yang puan C bagi tu satu faktor. Saya pula bagi satu faktor. Bukan masalah tuding jari. Tapi masalah tetap masalah.

Puan A: Ada ibu bapa kampung beranggapan anaknya yang 'tersesat' itu sebagai sudah maju apabila anak mereka mula berubah menjadi lebih 'kebaratan' dari orang barat. Salah tanggapan.....jahiliah dianggap maju. Menanamkan keimanan yang mantap itulah yang utama bagi ibu...

Puan C: Puan A dan puan B, saya bukan ekstrem tapi tak suka menuding. Tak siapa yang tahu tentang anak-anak kita selain dari diri kita sendiri sebagai ibu bapa. Mereka itu anugerah tuhan yang di datang pada kita ibarat sehelai kain putih.... so apa lagi... kitalah yang mencorakkannya...


12 comments:

  1. Ya, betul tu, jika anak-anak diberi didikan yg betul dan mempunyai pegangan agama yg kukuh, InsyaAllah, jika berada dimana-mana pun, mereka sentiasa beringat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang sebenarnya Nohas... selain dari didikan pemakanan mereka juga harus di jaga... berikan makanan yang diberi dari sumber yang halal sebab makanan itu menjadi darah daging... supaya mereka tak bebal dan senang di bentuk...

      Delete
    2. sy setuju dgn semua komen2 di atas..sy pernah melalui saat2 mcm ni..tp dlm kepala sy sentiasa igt pada ibu bapa sy dlm apa yg sy buat..n setiap kebebasan yg dorg berikan tu sy sgt hargai..

      bab2 pemakanan tu mmg betul sgt..klu dh sumbernya haram, maka yg jd darah dgg pun haram..

      Delete
    3. Bagus Don...bertuah ibu bapa Don.

      Delete
  2. Situasi yg x pernah berubah sejak dulu lagi (maaf, bukan semua). Kalau anak2 rosak, pantas je jari menuding ke arah orang lain. Sebaliknya, jika anak berjaya/ cemerlang semua tu atas usaha/ susah payah sendiri.
    Bagi saya jika jati diri/ asas agama kuat, Insyaallah tidak mudah utk mereka terpengaruh.
    Tak dinafikan pemakanan adalah antara aspek terpenting dlm pmbentukan sahsiah anak2.

    ReplyDelete
  3. pokok pangkal balik kepada agama pasti selamat.

    ReplyDelete
  4. Setuju sangat dgn entry ni ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kita asyik menuding jari dan menyalahkan pihak lain sampai bila-bila pun masalah tak akan selesai ya Linda!

      Delete
  5. bagus cerita sweetie ni...ada pengajaran..anak-anak kita, kita yg corak, jangan suka-suka tunding jari kat orang

    ReplyDelete