Thursday, May 16, 2013

Cikgu...!

Selamat pagi cikgu! Hehehe... dah lama benar tak mengucapkan perkataan tu. Berpuluh tahun dah meninggalkan sekolah. Kalau pun ada kalangan cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku dulu masih hidup lagi sekarang pun aku dah lupa rupa mereka. Aku bersekolah di banyak tempat... merata... sebab mengikut abah yang berkerja sebagai askar... yang kena berpindah ke merata negeri. Masa darjah satu aku bersekolah di Temerloh Pahang... lepas tu bertukar ke Negeri Sembilan. Waktu darjah enam berpindah lagi dan bersekolah di Kuantan Pahang.

Masuk sekolah menengah aku pindah semula ke Negeri Sembilan. Setahun lepas tu masuk tingkatan dua abah berpindah ke Kuala Lumpur... dan aku bersekolah di Sekolah Menengah Perempuan Kampung Baru (sekarang ni dah tukar nama Sekolah Menengah Puteri Wilayah). Aku belajar di sekolah ni selama dua tahun. Selepas keputusan peperiksaan SRP (sekarang ni PMR) aku dihantar ke Sekolah Aminuddin Baki sampailah tamat tingkatan lima. Bayangkan berapa ramai cikgu yang mengajar aku. Rasanya kalau jumpa pun tak kenal.

.... dan pada cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku dulu.... walau pun tak pernah jumpa lagi... Terima Kasih cikgu!... dan pada rakan-rakan blog yang bertugas sebagai cikgu..., cikgu-cikgu yang blogwalking di Sweet Memory ni.... terimalah...."SELAMAT HARI GURU!

9 comments:

  1. hari ini memang hari gembira buat warga guru

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Guru...
    Walaupun saya bukan seorg guru tapi...tiap kali saya kekedai...pekedai tu selalu panggil i chegu. Entah kenapa ya...yg pelik tu bukan sorang n pekedai2 ni ada yg india, cina n melayu. Agaknya muka i ni macam chegu kut....hehehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya lah kot... kadang2 ada org yang airmukanya mcm cikgu-cikgu.

      Delete
  3. Terima kasih Sweetie..
    Saya hanya bertukar sekolah dari sekolah rendah ke sekolah menengah je. Jadi, guru-guru saya tak ramai macam Sweetie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tulah Sal... Dah nak buat macam mana, abah saya tentera kena berpindah randah ikut kat mana dia dipostingkan... tp nasib baiklah saya tak tercicir dalam pelajaran...Alhamdulillah!

      Delete

  4. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete
  5. Kak, sy bolehla jgk igt cikgu2 di sekolah sy sbb sy xbyk sekolah pon. Sek rendah n sek menengah smua sekolah yg sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenari, saya ni banyak sekolah sebab merantau kesana kemari mengikut abah saya yang bekerja sebagai askar masa tu... Saya pun pernah duduk di S'pore juga.

      Delete