Sunday, June 2, 2013

Tentang mimpi... abang hilang!...

Beberapa malam lepas aku bermimpi. Aku mimpi abang hilang. Didalam mimpi itu dia telah dicuri dari aku oleh seseorang yang tidak dikenali.

Aku menangis, merayu dan berdoa supaya abang dikembalikan semula pada aku. Seingat aku dalam mimpi itu juga aku berkata "anakku, enginer tu kena curi!"

Sebaik terjaga aku termenung memikirkan maksud mimpi yang aku alami. Aku jadi tak tenang. Risau dan takut apa-apa terjadi pada abang. Lebih-lebih lagi dia berada jauh dari aku.

Sebenarnya ketakutan aku ini ada asasnya. Beberapa minggu sudah abang ada beritahu, bulan Julai ni dia nak ke Rom. Aku benarkan walaupun dalam hati ada sedikit risau... tapi takkanlah kerana itu aku nak melarang dan mengongkong pergerakkannya... lagipun dia dah dewasa.... cuma aku berpesan jaga diri dan berhati-hati.

Untuk meredakan kerisauan aku talipon dan beritahu adik tentang mimpi yang aku alami. Adik pulak turut sama risau.

Sekali lagi aku tegaskan, kerisauan kami berdasarkan pengalaman lalu. Suatu ketika dulu, waktu itu abang dalam pra-sekolah.... aku pernah mengalami mimpi yang serupa. Abang hilang.

Sehari lepas itu, kejadian seperti dalam mimpi itu benar-benar terjadi. Abang hilang ketika aku bawa dia berjalan-jalan di Taman tasik Titiwangsa. Dan kejadian yang berlaku benar-benar serupa seperti dalam mimpi aku. Itulah sebabnya aku fobia dan takut bila mengalami mimpi yang serupa. Lebih-lebih lagi kalau ianya bersangkut-paut dengan abang.

Tetapi dari sisi lain pula aku percaya dengan gerak hati dan naluri aku. Naluri sebagai seorang ibu yang punya anak bujang.

Mimpi aku kali ini membawa aku berfikir dan merasakan, "abang dah ada girlfrend kot!" Itulah maksud dia 'dicuri' dari aku.

Untuk mententeram perasaan dan menenangkan hati kami semua, adik menalipon abang dan cakap tentang mimpi aku itu pada dia.

Abang kata, belum confirm lagi nak pergi ke Rom tu. Kalau kami semua risau takpalah dia batalkan hajat nak berjalan tu.

Adik beritahu juga abang tentang firasat aku tentang mimpi tu....

Abang ketawa besar dan mengaku memang ada 'seseorang' yang cuba 'menjentik' hati dan mendekatinya. Tapi gadis itu bukan gadis Melayu.

Abang cakap tak perlu risaulah, dia belum lagi terfikir ke arah itu. Abang nak fokus pada study dulu!

Huh!..kan... perasaan, naluri dan gerak hati emak benar belaka. Apapun aku dah lega dan tak risau lagi memikirkan tentang mimpi aku. Doaku "semoga abang selamat di perantauan. Janganlah ada sesiapa yang cuba 'mencurinya' dari aku sebelum tiba masanya.

16 comments:

  1. Sweetie..hati ibu..kalau acik pun risau jugak.tapi doakan yang terbaik buat abang.semoga abang selamat walau dimana pun abang berada.

    ReplyDelete
  2. salam sahabat... dh besar dh anak2.. doa ibu terhebat ... insyaallah... xda apa... tapi hati ibu ni tuhan ja yg tahu tahap mana syg kita pd amak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kedua-duanya dah masuk U dah Bidadari. sorang di UK sorang di M'sia.

      Delete
  3. assalamualaikum Sweetie
    alahai kesian sampai termimpi2 ke abang hilang, insyaallah semua nya akan ok tu, don worry sangat,lagipun skrg ni kan senang, whatssup ada, msg ada, fb, ig, kalau sdg risau tu boleh msg abg, akak pun sama jugak,bila dua tiga hari tkde kabar anak2 mesti dok msg, rupa nya anak2 sibuk dok belajar sbb nak exam tulah hati seorang ibu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Noor, si abang tu pernah hilang masa dia umur 6 tahun. Sebelum dia hilang tu saya ada bermimpi dia hilang... tapi saya tak kisah... sebab cuma mimpi saja... tapi rupanya betul-betul terjadi dan kejadiannya sama mcm dlm mimpi saya tu. Sampai skrg kalau saya kenang2kan balik menggeletar badan saya. Sebab tu bila saya bermimmpi baru-baru ni dia hilang saya takut.

      Haah! si abang pun tgh exam skrg ni.

      Delete
  4. Insyaallah, tak ada apa-apa.... doa ibu terhebat....

    ReplyDelete
  5. Hi Sweety...
    Mana tau yg tak suka tu....mungkin membawa rahmat.
    Lagi pun abang pasti tau yg mana sesuai utk nya...Jangan stress kan diri.
    Doa ibu yg sangat menyayangi anak pasti dimakbulkan.....insyallah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Leez, I tak kisah pun siapa pilihannya, tapi kalau boleh tu biarlah orang Melayu dan rakyat M'sia, sebab yang cuba 'mengorat' dia tu gadis UK. Plesssss!

      Delete
  6. Ya....betul tu!
    Biarlah bangs a n ugama kita kan.....tapi... Kalau mak saleh pasti cantik cucu2 you!......hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Leez, susah nak jelaskan kat sini. Dia pergi belajar tu jauh-jauh di UK sana atas tajaan dan duit rakyat M'sia. Dah jadi enginer nanti secara kasar tentulah gaji besar dan hidup senang kan. Kalau boleh sharelah kesenangan tu dgn orang Melayu jugak. Kenapa pulak dan senangkan bangsa lain. Macam tulah lebih kurang.

      Delete
  7. Naluri dan gerak hati ibu selalunya benar belaka. Jangan susah hati ya Sweetie. Sentiasa doakan yang terbaik buat Abang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Sal, skrg ni saya dah tak risau sangat sebab dah talipon dan dengar suaranya. Alhamdulillah dia sihat dan selamat. Tengah exam skrg!

      Delete
  8. sy penah dgr seorang pandai agama berkata
    kalau mimpi buruk/tak elok..jgn citer kat orang
    tp ambik wuduk dan solat hajat minta perkara itu tak terjadi
    sejaj itu sy igtkan diri takkan citer mimpi buruk saya pd orang..hehe

    # mgkin benar kot mimpi hati di curi tu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke Irfa... tapi bagi saya kalau saya mimpi buruk saya akan cepat2 ceritakan pada ahli keluarga saya supaya perkara tu tak menjadi... wallahualam!..

      ... tapi memang betul pun ada yag cuba men'curi' hatinya... hihihi.

      Delete