Tuesday, June 9, 2020

Senang Naik Dan Gebu...

#covid-19
#PerintahKawalanPergerakanPemulihan
#Dudukrumah
#Stayathome
#syawal1441H

Harap tak adalah yang bosan singgah di blog mak ni yer... memang sekarang mak rajin update resepi dan aktiviti masak-masak di blog sweet memory ni. 

Jumpa je resepi dalam blog... youtube... dan tengok macam mudah... memang mak try. Bila jadi dan sedap... rasa seronok sangat.

Resepi apam tepung beras ni mak copy dari blog Rasa. Sedap kuihnya. Lembut... kenyal dan kemanisannya sedang elok saja. Masa untuk menyediakannya pun tak lama dan tak renyah. Mak kalau banyak sangat step memang malaslah nak cuba. 

Yang penting buat apam atau kuih-kuih yang menggunakan penaik ni...ialah jenis yis/ibu yang kita guna. Dan mak memang suka menggunakan 'satu jenama' tu... sebab ia memang tidak pernah menghampakan... senang naik dan kejadian kuih-kuihnya gebu.

Apam tepung beras... sedap di makan begitu sahaja atau 
di gaul dengan kelapa parut masin.

Oleh kerana kejadiannya elok... cantik dan sedap mak catat dan simpan resepinya disini... Mana tahu satu hari nanti kot-kot berada di luar negara... dan teringin nak buat kuih-kuih boleh refer resepinya di blog ni... hahahaha..

Bahan-bahan:
1 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
secubit garam
1/2 peket yis kering
2 cawan air

Cara-caranya:

1. Gaul semua sekali dan perap lebih kurang 30 minit. Jika suka bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letak warna.

2. Oles acuan dengan sedikit minyak. Tuang 3/4 adunan ke dalam acuan dan kukus hingga masak (dalam 15 - 20 minit).

3. Tabur/gaul dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam (Seeloknya kukus sekejap kelapa tersebut untuk mengelakkannya cepat basi.)

(nota mak: kredit untuk Rose Rosnah dari blog Rasa yang share resepi apam tepung beras ini.)

16 comments:

  1. CANTIK N SEDAP APAM TEPUNG BERAS

    ReplyDelete
  2. Bukan senang nak buat apam..kalu dia merajuk tak naik la apam.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Nieda, sebab tu saya guna satu jenama tu untuk 'ibunya'... dah biasa dan tindakbalasnya elok.

      Delete
  3. cantik kejadiannya mak...takpe share resepi boleh saya pun cuba juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah mama Aryan. tak rugi dan rasanya sedap. Sekarang ni nak simpan resepi tak perlu tulis2 dalam buku lagi dah... catatkan je dalam tnet.. blog, FB dan youtube. Satu dunia 'boleh bawah berjalan' buku resepi ni. Bila nak guna bukak je talipon...

      Delete
  4. tak bosan sweetie..suka tengok gambar masakan yg cantik, sedap2..

    cantik kejadiannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah macam tu... tapi saya dah jarang on tnet... sebab sakit bahu skrg ni... nak menaip pun tak boleh... sakit sangat. ditambah mata pulak sedikit rabun... cermin mata pulak patah... ha... macam2 masalah...

      Delete
  5. Replies
    1. Kan Zana... yang membuatkan lagi cantik tu kaler pink dan hijau tu... menonjol sangat rupanya.

      Delete
  6. Sedap nih.. dulu masa kecik2 selalu makan apam tepung beras ni.. opah buat kann..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Diana... saya baru jumpa resepi ni... selalu buat guna nasi sejuk yang di blend.

      Delete
  7. hi..cantik blog.. bw here done follow, follow me back :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ, saya mmg dah lama follow Acuyuhan... siap letak dalam list sweet friends lagi kat tepi tu.

      Delete
  8. Sedap nie, masa kecik kecik dolu selalu gak makan, yg selalu dibuat apam gula melaka yg color coklat tuw... Makan ngan kelapa parut๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

    ReplyDelete