Friday, May 29, 2020

Apa Yang Ada Saja...

#covid-19
#PerintahKawalanPergerakanBersyarat
#Dudukrumah
#Stayathome
#syawal1441H

Hari ini dah 6 Syawal... sekejap saja masa berlalu... diam tak diam hari ini dah enam hari kita merayakan Syawal dalam PKPB. 

Kalau di tahun-tahun sebelum ini... disaat inilah suasana semakin meriah dengan sambutan raya dan rumah terbuka di sana sini. Namun untuk raya kali ini aktiviti kunjung mengunjung hanya di benarkan pada hari raya pertama sahaja.

Memandangkan ketupat segera masih banyak dalam stok dan kuah kacang yang anak dara mak buat masih berbaki lagi... mak bercadang nak buat kuah lodeh untuk di makan bersama kuah kacang tersebut. Kebetulan kuah kacang tu agak pedas sedikit.

Resipi kuah lodeh mak simple saja... tak banyak bahan cuma guna apa yang ada saja.

Lontong simple dengan kuah kacang.

Bahan-bahannya:
1 sudu besar udang kering (rendam untuk lembutkan)
4 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
(kisar ketiga-tiga bahan hingga halus)

1/4 biji sengkuang
1/2 batang lobak merah
1/4 biji kobis
3 tangkai kacang panjang
1 keping tempe (rebus dulu kemudian potong ikut suka)
1 keping tauhu (kalau suka boleh goreng dulu dan potong kiub 6 bahagian)
2 batang serai
soohon dan fucuk (rendam dalam air biar kembang)
6 ekor udang hidup
500 ml santan

Caranya:
1. Panaskan periuk... masukkan bahan kisar, santan dan serai. Biarkan mendidih sebentar.

2. Masukkan udang juga sayur-sayuran. Biarkan sayur-sayur layu sedikit baru masukkan soohon, fucuk dan garam.

3. Akhir sekali masukkan tempe dan tauhu.

Tips: Tempe jadi makin sedap, gebu dan harum apabila di rebus dahulu kemudian baru di masak/digoreng.

16 comments:

  1. sedapnya lontong..

    thanks for the tips..selalu goreng terus je tempe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya nohas, saya pun dapat tips tu dari tauke cafe tempat kerja saya dulu.

      Delete
  2. Wahhh.. sedap lontong..

    Jemput join segmen jika sudi..

    https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah! tapi saya ni tak reti buat ucapan yang menarik-menarik tu

      Delete
  3. Replies
    1. Saya memang penggemar lontong zana... jadi sedaplah pada saya... hehheh

      Delete
  4. SEDAP SGT TU XMUDAH JUGA NK BUAT

    ReplyDelete
  5. SELAMAT HARI RAYA, menarik entry ini btw done follow, follow me back thanks http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya, I dah lama follow U... U je yang tak perasan...

      Delete
  6. SHRMZB K.Sweetie. Kita pun masak kuah lodeh gak semalam..hihi

    ReplyDelete
  7. Raya hari tu pun buat lontong juga..selamat hari raya sweetie maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah dua kali buat kuah lodeh dan lontong ni Nieda.

      Delete
  8. sedapnya..tahun ni tak makan lagi kuah lodeh,biasanya hari raya dapat makan kuah lodeh nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya buat cara simple je mama Aryan, alhamdulillah! sedap jugak. Dah dua kali buat lepas raya ni. Selang dua hari kot.

      Delete