Salam! Tiba-tiba seperti dikejutkan dari tidur yang lena. Seolah tersentak dari lamunan yang tak bertepi. Rupanya 2018 sudah sampai ke penghujungnya.
Terlalu banyak peristiwa yang di lalui sepanjang tahun ini. Tapi dibiarkan berlalu seolah-olah tiada apa yang berlaku. Keinginan untuk berblog seperti mati. Idea untuk menulis seakan tumpul. Hari-hari yang berlalu terbiar kosong begitu saja tanpa pengisian.
Berita pemberhentian (VSS) kakitangan sebuah syarikat akhbar aliran perdana beberapa minggu lalu seakan mengetuk keras pintu hati. Dan membuat aku seakan terjaga dari mimpi. Tiba-tiba terasa sayu dan hiba. Aku mengenali kebanyakan mereka. Airmata begitu murah ketika bertemu pada hari terakhir di perkarangan bangunan pejabat akhbar tersebut. Masing-masing kini keluar membawa haluan sendiri.
Kembali ke rumah seluruh ruang terasa sunyi, Saat itu aku merasakan seolah rakan-rakan yang aku kenali selama ini telah pergi jauh. Seakannya aku pulak yang kehilangan pekerjaan. Hakikatnya telah dua tahun aku bersara dari dunia pekerjaan.
Hai sweety...
ReplyDeleteSemoga diberi kemudahan dalam setiap urusan yer
Hai cik bunga.
DeleteTue... lama tak dengar berita
ReplyDeleteIngat dah berhijrah ke overseas
ReplyDeleteSemoga sweety akan terus menulis nukilan disini yer
ReplyDeleteasssalamualaikum.
ReplyDeletewelcome back sweetie
W/salam. Nieda kenapa saya takleh enter dan baca blog Nieda... block saya ke ape ni .. hehheh... tpi serius dah dua kali saya try tpi tak boleh.
DeleteTULAH SWEATIE MMG AMAT DUKACITA DLM KEADAAN EKONOMI GAWAT KWN2 KHLANGN PEKERJAAN PULA..MOGA ALLAH MERAHMATI MRK SPT KATA PEPATAH SATU PINTU TERTUTP ADAPINTU LAIN TERBUKA...UTUSAN MENGULANGI SEJARAH KEJATUHANNYA TAPI INSYAA ALLAH AKAN BANGKIT DGN LEBIH BERGAYA
ReplyDeleteSekarang ni orang baca berita melalui telepon je... era baca suratkhabar tu dah berlalu kak PI.
DeleteTerbangkit dari lena terus menulis entri yek, hehe..gurau kak sweety yg sweet,
ReplyDeleteTakpe..yakin rezeki tu di tamgan Allah..bukan di tgn manusia..
Iya Noor.
Deletesemoga sihat dan bergembira disamping keluarga..mmg sedih bila tengok kawan2 kehilangan kerja secara tiba2..teringat famili mereka, semoga mereka tabah & ada rezeki yg lebih baik..
ReplyDeleteBetul tu. Allah dah aturkan segalanya. Mungkin ada yang lebih baik menanti di hadapan.
DeleteMemang sedih... moga mereka dipermudahkan segala urusan di luar nanti.
ReplyDeleteYa Nora... masing2 ada anak2 yg masih bersekolah lagi. Dalam usia yang dah menjangkau 40an mmg payah nak dapat pekerjaan. Terutama perempuan.
Delete