Saturday, March 31, 2018

Awak tak cakap 'innalillah...!"

Ekoran dari kemalangan yang berlaku semasa dalam perjalanan ke Ja'ranah, group kami agak lewat dari masa yang ditetapkan kembali semula ke Kota Mekah dan memulakan tawaf. Malah ketika sampai di Ja'ranah kami semua tidak turun dan bersembahyang sunat di masjidnya. Jemaah lelaki pula menukar pakaian ihram mereka di dalam bas di bahagian tempat duduk belakang.

Syukurlah ketika di Jabbal Rahmah aku sempat mengambil wuduk malah sepanjang berada di Mekah wuduk aku kekal lama.

Jangan silap sangka, gambar ni dirakamkan 
setelah selesai melakukan saie.

Selesai tawaf dan atas persetujuan semua sembilan belas orang group kami masing-masing bersetuju untuk bersaie dengan menaiki skuter. Setiap orang di kenakan 50 riyal. Tidak di nafikan aku awalnya agak takut juga bersaie dengan skuter... takut tertinggal dan tercicir dari group. Tapi alhamdulillah, segalanya dipermudahkan.

Elok saja kami menghabiskan tujuh pusingan dan sampai di bukit Marwah, azan asar berkumandang.

Sejujurnya, bagi aku, melakukan saie lebih seronok dan lebih 'feel' jika berjalan. Walaupun letih tapi rasanya kita lebih menghayati apa yang telah dilakukan oleh Siti Hajar dulu. Itu pada pendapat aku.

Ketika berjalan pulang ke hotel kumpulan kami berpecah. Aku berjalan sendirian melalui jalan di hadapan Al Safa Royal Palace. Udara nyaman dan hembusan angin lembut membuat aku rasa seronok berjalan sambil memerhati sekumpulan jemaah Turki melangkah penuh semangat menuju ke pintu masjid.

Kemudian tidak semena-mena tiba sebuah lori kecil diikuti buggy dengan di atasnya ada beberapa orang lelaki Arab berhenti di sebelah aku. Ketika aku menoleh terlihat sekujur tubuh yang sudahpun siap dikapan terbaring di atasnya. Dan aku spontan terjerit kecil "ei! orang mati." Lama aku berdiri di situ memerhatikan jenazah berkenaan di bawa masuk ke dalam masjid.

Sampai di hotel aku ceritakan apa yang aku nampak dengan seorang rakan group. Dia tanya "awak tak cakap 'innalillah...!" Aku cakap tak... aku cuma cakap.."ei orang mati!" Apalagi, kawan tu ketawa bila dengar aku cakap macam itu.

(nota sweetie: Maaflah, sebenarnya ketika melihat jenazah berkenaan di sebelah aku, fikiran aku ketika itu kosong dan blur. Tergamam pun ya juga.)

15 comments:

  1. Ye kan kadang2 sesuatu perkara tu berlaku secara spontan dan kadang kita lupa apa yg sepatutnya kita ucapkan.

    Saya pun rasa begitu jika saie secara berjalan lebih bermakna dr menggunakan skuter,tp ye lah kan ianya disediakan utk kemudahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab kejadian2 yg sebegitu jrg berlaku dan kita jumpa.

      Delete
  2. Mck pun pernah sekali ternampak buggy bawa jenazah... Tergamam sambil fikir, yg ikut jenazah tu kaum keluarga, rakan sejemaah atau org2 tempatan yg tolong urus... Perasan bercampur baur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pulak cuma berdiri memandang hinggalah jenazah tu hilang dari pandangan dibawa masuk ke dalam masjid. Dlm fikiran masa tu kosong.

      Delete
  3. tergamam la tu..bukan selalu jenazah lalu tepi kita di tanah air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguh nieda... Tak menyangka berhadapan dgn situasi begitu walaupun selama di Mekah tiap waktu ada je solat jenazah tp jenazahnya tak nampak kat mana.

      Delete
  4. Kematian di makkah, oh indahnya.
    Rasanya kalo sakit lutut elok gak naik skuter kan. Sbb kt sana dah tentu2 kena byk sgt berjalan kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Nor, untuk tawaf tujuh kali keliling kaabah, kita berjalan sejauh 3.5 meter dan saie pula dari safa ke Marwah jaraknya 370 meter. Lengkap tujuh kali ulang alik jauhnya ialah 2690 meter. Tapi insyaAllah segalanya itu dipermudahkan dan tak sakit lulut... kalau adapun sakit lutut masa kat M'sia, sampai sana jadi sihat walafiat.

      Delete
  5. Replies
    1. Untuk yang kurang upaya dan uzur mmg elok naik skuter ni kak PI dan menjimatkan masa juga.

      Delete
  6. mesti meriah kwsn saei bila ada skuter2 ni, takde kot yg merempit, tertib je..hihi....dah lama tinggalkan kota Mekah, banyak sungguh perubahan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ramai yg menggunakan skuter... tp musim haji mungkin ramai kot. Acaner nak merempit... kalau boleh nak berlama2 saie tu... banyak doa dan hajat yg nak disampaikan.

      Delete
  7. Terkejut barangkalikan? Untung kak Sweetie sah sampai sana. Moga saya pun berpeluang sampai Mekah satu hari nanti. Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Nora... suatu hari nanti akan sampai juga jemputan utk bertamu di rumah-NYA

      Delete