Friday, August 7, 2015

"Nasib baik mak ada..."

Abang ada hobi suka mengumpul tin-tin 
biskut. Ini sebahagian dari koleksinya. Semua ni 
mahu di bawanya balik M'sia.

Dah tiga minggu aku di Sheffield. Suasana sunyi dan lengang. Kebanyakkan yang tinggal di kawasan rumah sewa abang ini adalah pelajar universiti. Masing-masing ada yang sedang bercuti dan ada juga yang dah grad dan balik ke negara masing-masing.

Ada hari-harinya aku anak beranak keluar berjalan-jalan. Kalau tak ke mana-mana kami hanya duduk saja di rumah. Setakat ni banyak juga tempat-tempat yang aku dah pergi dan tengok. Tapi belum sempat nak buat catatan di blog.

Aku tolong abang kemaskan barang-barangnya. Dan pilih-pilih mana yang nak di bawa balik dan yang mana nak di tinggal dan di dermakan di tempat kebajikan. Dan sebahagian besar baju-baju musim sejuk, t-shirt dan kemeja, abang cakap nak dermakan kepada orang-orang di Syria.

Koleksi majalah dan novel abang masih berlambak dan belum di kemaskan. Belum di 'packing'. Bila aku tanya... katanya tunggu dulu. Aku pulak yang risau. Tiket penerbangan balik pun belum di tempah. Yang buat aku risau tu, ramai rakan-rakannya yang sama-sama datang ke UK ni empat tahun dulu semuanya dah balik ke M'sia. Cuma tinggal dia dan rakan serumahnya.

Dari pagi tadi sampai sekarang aku masih berkemas. Peralatan skrin kumputer dan printer semuanya dah di masukkan ke dalam kotak asalnya. Nasib baik abang simpan kotak-kotak tu.

Tengah hari tadi land lordnya datang dan beritahu, Kalau boleh mulalah berkemas sikit-sikit sebelum keluar hujung bulan ni. Dan sampah asing-asingkan dan masukkan dalam plastik hitam dan buang sikit-sikit. Jangan longgokkan. Kalau tunggu nanti... banyak sangat dan susah nak buang. Di UK ni sampah yang di buang dalam tong biru dan tong hitam di kutip pada hari yang berlainan.

Dapur sudah aku kemaskan minggu lepas. Rempah-rempah masakan yang dah di buka aku kumpulkan dan dah di buang oleh kawan serumah abang, Joseph. Joseph ni budak cina asal dari Kuantan. Familynya dah balik Malaysia minggu lepas.

Sayur dan makanan dalam peti ais yang dah rosak, semuanya di buang oleh adik aku. Yang tinggal periuk belanga dan pinggan mangkuk... tak tahu nak buat macam mana. Joseph nak agihkan pada rakan-rakan dari Malaysia yang masih lagi menuntut di universiti Sheffield ni.

(nota mak: Abang cakap, "nasib baik ada mak... kalau tak, tak tahu abang nak buat macam mana. Tak reti abang nak kemaskan!" :)...)

10 comments:

  1. masih di london lagi ya...setelah siap dikemas semuanya bolehlah pulang ke tanahair dgn lega...
    siapa la yg nk tolong anak kalau bukan ibunya kan sweetie.

    ReplyDelete
  2. oh sweety masih di sana lagi rupanya ...takpelah boleh jalan2 lagi sebelum balik ke malaysia .
    ialah bagus juga sweety ada dapatlah tolong abang mengemas barang kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Saniah, saya masih lagi di UK... cadangnya begitulah, nak berjalan-jalan dulu melihat tempat orang.

      Delete
  3. lamanya sweetie bercuti...puas makan angin tempat org.
    cantiknya tin-tin koleksi abang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebulan lebih Nieda... Tin2 biskut mcm tu hanya boleh dapat pada musim krismas je..

      Delete
  4. cantik2 tin-tin biskut tu...boleh digunakan semula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai M'sia nanti saya nak masukkan dlm almari perhiasan nohas.

      Delete
  5. mak saya pun kalau dtg umah, ada je benda nak kemas
    anak pompuan tu, haha

    abang sama hobi cm saya, suka kumpul tin biskut yg cantik@ dr oversea

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun berkenan Irfa... kat M'sia susah nak jumpa tin2 biskut cenggini.

      Delete