Wednesday, February 18, 2015

Ada sebab untuk tersenyum...

Hari ini mungkin aku ada sebab untuk tersenyum lebar dan makan nasi dengan banyak hingga mengah. Sungguh kenyang. Tak pernah aku makan nasi begitu banyak seperti hari ini. Aku sungguh gembira sebenarnya.

Pertamanya, result exam Sem 5 Ojet dah keluar... keputusannya sungguh cantik. Jadi completelah lima semester Ojet menerima anugerah dekan. Aku macam nak berteriak satu alam beritahu semuanya A. Ada enam subjek semuanya.

Keduanya, tadi Ojet telah hadiri satu temuduga untuk tempat dia buat praktikal, research dan siapkan tesisnya nanti di salah satu syarikat GLC Malaysia. Kedudukannya di tengah-tengah bandar dan berhampiran dengan rumah. Hanya lima stesen LRT untuk sampai.

Menurut Ojet, antara soalan yang ditanya oleh penemuduga, “bagaimana awak membahagikan masa untuk study dan mengekalkan keputusan exam awak dengan pointer yang tinggi ini pada setiap semester di samping tugas-tugas sebagai ahli MPP dan menjadi wakil itu dan ini di universiti?”

Sementara itu pada sebelah pagi tadi, abang call dan beritahu tarikh graduation daynya. Untuk itu aku telah pun menempah tiket penerbangan untuk ke United Kingdom dan baju untuk dipakai pada hari bersejarah itu.

(nota mak: Kejayaan anak-anak adalah kebahagian aku... kerana itu aku suka menulis tentangnya. Maaf jika ada yang merasa ianya sebagai berlebih-lebihan tapi aku tidak dapat menyembunyikannya bersendirian... TAHNIAH! wahai permata-permata hatiku.)

28 comments:

  1. Assalammualaikum kak sweetie.. Senyummmm... senyum selaluuu.. Tahniah buat akk dan ojet..alhamdulillah lyza pon tumpang gembira bila baca article kat atas.. tahniah sekali lg kak sweetie..8)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih lyza...terima kasih!

      Delete
    2. Tahniah sweetie dan anak2 ojet dan abang..

      Delete
    3. Terima kasih acik! Setelah bertahun-tahun saya menantinya, Alhamdulillah saat yang ditunggu2 tu hampir tiba.

      Delete
  2. tahniah dari kaknoor jugak utk Ojet dan Abang, alhamdulillah mmg sama lah kita Sweetie kalau anak2 berjaya mcm nak pakai speaker berkuasa tinggi supaya seisi alam dpt dengar kegembiraan se orang ibu, normal tu tkyah fikir bukan2 kita serupa, kalau nak survey barang UK jom gi dgn kaknoor dulu bulan Mac nanti jom!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Noor, ... sebab saya ni sekolah tak pandai, itulah yg seronok sgt bila anak2 dpt result bagus.

      Kalaulah boleh... nak je saya joint kak Noor ke UK Mac ni, tapi saya ni orang bekerja... cuti yang ada tu nak simpan pergi masa abg grad nanti.

      Delete
  3. Bukan senang nak score dekan tu..hanya tuhan yang tahu kerja keras mereka..sebagai ibu yang jauh dari mata, tentu happy tak terkira...takpe sweetie..berteriaklah!! kejayaan itu hak kamu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalaulah boleh berteriak mmg saya nak berteriak che mid...

      Delete
  4. Replies
    1. Iya Kopiolimauice.. kejayaan anak-anak adalah sebahagian kebahagiaan ibu bapa.

      Delete
  5. tahniah..ibu yg paling bahagia mekihat kejayaan ank2

    ReplyDelete
  6. Salam pkenalan...snggah sini n terus folow...

    Tahniah pd anak...tahniah pd emaknya...hermmm kalau bukan mak siapa lg nk bangga kan...?heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sham, saya pun dah singgah di blog Sham, sedih saya baca kisah yang menimpa diri Sham, apa yg boleh saya ucapkan cuma "sabar".

      Terima kasih atas ucapan, pasti... saya sebagai mak mmg teramat gembira dan bangga dengan kejayaan anak2 setelah bertahun menunggu.

      Delete
  7. Tahniah buat keduanya...tiada ibu yang tak bangga melihat kejayaan anak2nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih KN... KN pun dah merasai dan melaluinya lebih dahulu dari saya kan, apabila anak KN grad dulu.

      Delete
  8. Tahniah buat kedua-duanya...... bila nak terbang???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih zana... lambat lagi nak terbang baru book tiket dulu... skrg MAS kan tgh promotion... ambik dulu tiket takut nanti kehabisan.

      Delete
  9. TQ Diana, Iya mmg seronok dan happy!

    ReplyDelete
  10. tahniah ojet..n mamanya sweetie kita mmg bangga kalau anak kita lulus cemerlang n mndapt anugerah dekan peluang perkerjaan stlh graduate amat mudah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih PI... sememangnya saya berharap anak-anak senang mendapat pekerjaan setelah graduate nanti walaupun mereka terikat dengan penaja.

      Delete
  11. Alhamdulillah, tahniah untuk dua2 anak akak..berjaya dgn cemerlang..

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah tahniah wat ojet dan abang ye. Moga mereka kekal cemerlang lg gemilang dalam karier mereka nnti..tahniah juga wat ksweetie n hubby! Seronoknye kan kak..my son kt pusrawi college & doter yg kt uitm tu pun so far dpt anugerah dekan. Moga diorang dpt kekalkn prestasi mereka..insyaallah.! amiiinn!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ina, mudah-mudahan begitulah sampai bila-bila.

      Ada jugak anak yang mengikut jejak langkah ina menceburi bidang perubatan ya... anak2 saya langsung menyimpang jauh dari dunia karier saya suami isteri. Anak yang kat uitm tu dalam semester berapa? InsyaAllah, kita doakan yang terbaik buat mereka

      Delete
  13. kejayaan anak2 adalah kebanggaan ibubapa...Tahniah Sweetie

    ReplyDelete