Sunday, March 1, 2015

Momen indah...

Pagi ini aku keluar rumah seawal 8 pagi untuk ke tempat kerja. Selalunya pukul 9.30 baru aku keluar. Waktu tu jalan dah tak jammed. Dalam masa 20 minit sampailah ke tempat kerja. Tapi pagi ini special sikit dan merupakan satu momen indah dalam hidup aku.

Dua puluh tahun dulu tak pernah aku terfikir akan melalui saat seperti pagi ini. Sukar untuk gambarkannya. Tapi terasa macam diri kembali muda...

Sebenarnya pagi tadi aku menghantar Ojet ke tempat kerjanya. Hari ni dia dah mula buat latihan industri. Tak sangka kan... pada hari ini aku merasa keluar bekerja bersama dengan anak. Dan bila aku keluar bergandingan dengan dia pagi tadi terasa macam kawan serumah pulak... hahaha.

Kami sama-sama bersiap, sarapan dan keluar bersama. Aku tumpangkan dan turunkan dia betul-betul depan ‘officenya’. Walaupun jarak antara rumah dan tempat dia buat latihan tu dekat je dan boleh naik LRT tapi aku sengaja menawarkan diri untuk menghantarnya sebab hari ini banyak benda yang dia nak bawak. Kesian pulak tengok tertonggek-tongek dengan kasut tinggi dan menjinjit beg berjalan ke LRT station. Lepas turunkan Ojet aku memandu pulak ke tempat kerja aku yang jaraknya cuma lima belas minit untuk sampai.

Ojet buat praktikal di Petronas. Macam yang aku cerita dalam entri sebelum ini. Hanya lima station LRT dari rumah untuk sampai ke Menara Berkembar tu. Ada empat syarikat dia dapat buat praktikal sebenarnya. Dua syarikat GLC dan dua lagi syarikat multinasional. Dan salah satunya beribu pejabat di London.

Tapi nampaknya Ojet memilih Petronas. Sebab syarikat luar negara tu mahu Ojet teruskan praktikalnya sehingga hujung tahun ini atau sekurang-kurangnya sampai bulan Julai. Tentulah tak boleh sebab Julai ini kami akan terbang ke UK untuk menghadiri majlis konvokesyen abang dan bercadang jalan-jalan di beberapa buah negara Eropah selama sebulan.

(nota mak: Teringin pulak nak keluar lunch date dengan Ojet nanti...and good luck Dikda! Sungguh-sungguh ya dan dapatkan markah A.)

34 comments:

  1. assalam...wah ibu n anak bergandingan ke office ya ..momen yg indah tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu kenangan yang tak akan saya lupakan PI, tak tahu camana nak cakap... dia yang saya lahirkan, besarkan, hantar ke sekolah akhirnya pergi pulak bekerja sama-sama.

      Delete
  2. Replies
    1. Terima kasih nohas! baru praktikal je, belum kerja betul-betul.

      Delete
  3. Berbunga bunga hati ibu kan sweetielepas ni ngan abang pulak..mungkin juga dapat bertiga keluar sekali..Alhamdulillah bahagia sweetie

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah acik... mudah-mudahan tapi dengan abang tak kot sebab abang lebih berminat jadi jurutera di pelantar minyak.

      Delete
  4. Lambat lagi nak pi makan angin tu Diana... takda apa persediaan pun... kot ada pun nak kumpul duit sikit buat belanja kat sana nanti.

    ReplyDelete
  5. tahniah utk Ojet dan mama Ojet ya bestnya gi kerja sama2 insya allah nanti dpt lunch sama2 mama yg belanja tu makan sedap2 bersama anak kan Sweetie, worry lambat singgah maktok ni fanin pusing sana sini//

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Noor!

      Mak dah selalu belanja, kali ni dialah pulak kena belanja mak... elaun yg dia dapat tu boleh tahan jugak... hehehhe.

      Yelah, saya tgk sampai 'rumah' CMG kak Noor merayau.

      Delete
  6. TAHNIAH Ojet...memang momen yang tak dapat dilupakan...mak dan anak bergandingan bersama pergi kerja....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih KN, mmg momen yang akan saya kenang selagi hayat di kandung badan.

      Delete
  7. hihi, best moment si ibu dan anak dara
    harap sy ada kesempatan merasai moment ni bersama si kakak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best Irfa, tak tahu nak citer camana perasaannya... tapi sekiranya suatu hari nanti Irfa berkesempatan dapat melalui saat seperti yg saya lalui skrg, irfa akan tahu sendiri mcmana.

      Delete
  8. Wah Petronas....cerah masa depan Ojet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Praktikal je Nieda... lepas grad nanti belum tahu lagi dapat kerja di mana... lagi pun Ojet tajaan JPA... ada bon terikat lima tahun dengan kerajaan.

      Delete
  9. sweety,
    seorg ibu seharusnya bersyukur apabila anak yg dikandungnya selama 9 bulan 10 hari membesar menjadi zuriat yg baik & berjaya. Sweety layak rasa muda semula. Tahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah, kita lahirkan, susukan... hantar sekolah... beri pendidikan... dan dah keluar universiti pun, tak pernah terfikir akan keluar bekerja dengan dia...

      Bila kita masih lagi bekerja anak-anak habis belajar dan bekerja.. itu yang buat rasa muda tu. Dia rapikan pemakaian kita... tlg ikatkan tudung dan buatkan gaya... itu yg seolah-olah rasa cam sebaya... pendek kata dlm tak sedar, bersaing dlm penampilan....hahhaha

      Delete
  10. salam kak. selama ni sy silent reader je. tp hr ni trpanggil pulak nk komen. tahniah utk kejayaan akak mndidik anak2 selama ini. moga ojet & abang brjaya dlm hidup masing (akak too). sy pn d petronas. if ojet rajin blh cari d L14, T2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W/salam y[o]n. Terima kasih atas ucapan... mudah2an Allah sentiasa memberkati perjalanan hidup kami sekeluarga. Oh di Petronas juga... staff ke atau buat praktikal jugak...

      Delete
    2. saya staff sini. dh 7 tahun kerja. nasihat utk ojet:
      1. jgn malu brtanya kalau ade yg x faham. sini byk guna technical jargon
      2. mnta nk belajar dr staff utk bnda2 baru & challenging
      3. beranikan diri volunteer
      4. nk makan murah pegi BSN or wisma central haha. dlm klcc semua mahal

      Delete
    3. Terima kasih y[o]n... dah senior rupanya di Petronas... InsyaAllah saya beritahu Ojet. Tapi dia cuma praktikal saja sampai Jun ni... Bab makan murah tu mmg 'awal-awal' lagi staff2 kat level tu beritahu.. hehehe..

      oh ya, saya dah 'selongkar' blog y[o]n.

      Delete
    4. oh maiiii tu blog lamaaaaa duluuu hahahaa!!!address pn pn dh x ingat. nk delete x reti haha. nanti2 saya selongkar jugak how to delete haha

      Delete
  11. sweetie, berapa pointer utk dptkan biasiswa Petronas? sekarang ni belanja sendiri dulu (foundation) setahun ...bila nak degree harap2 dapatlah pinjaman atau biasiswa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nieda, apa-apa biasiswa/tajaan pun pihak yang berkenaan inginkan keputusan grade puratanya 3.7 keatas. InsyaAllah! Ain boleh buat tu.

      Delete
  12. kejayaan anak adalah tanda kejayaan maknyer juga !

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'berjaya meleteri' anak-anak nayfatimah.... hehhehhe

      Delete
  13. Salam Sweety...
    Jalan2 sini....jengok2 entry baru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w/salam KN. terima kasih bertandang ke 'rumah' saya ni. Rajin KN merayau...

      Delete
  14. Tahniah Ojet... best nya satu jalan jerr

    ReplyDelete
  15. Datang jalan2 merayau2 kerumah Sweetie lagi..

    ReplyDelete
  16. Tahniah Ojet...gembira dengan kejayaannya..

    ReplyDelete
  17. Tahniah buat ibu dan anak.

    Seronoknya makan angin Europe sebulan pulak tu.

    ReplyDelete