Thursday, December 25, 2014

Misteri chiffon berbau plastik...

Chiffon coklat yang membongkar misteri chiffon 
pandan berbau dan rasa plastik.

Akhirnya misteri terbongkar juga. Kerana tak puas hati dengan apa yang terjadi pada chiffon pandan aku tempoh hari, semalam sempena cuti krismas, aku buat sebiji lagi chiffon.

Sebab aku syak jus pandan tu yang bawa masalah kali ini aku buat chiffon coklat. Tapi dalam hati was-was juga. Ketika memecahkan telur untuk mengasingkan putih dan kuningnya... aku hidu-hidu juga bau telur tu. Tapi ok saja dan tak ada apa-apa bau yang kurang menyenangkan pun.

Lepas adunan kuning telur dan gula kembang aku masukkan tepung dan bancuhan coklat. Ketika menyukat minyak untuk di masukkan ke dalam adunan entah macam mana aku tetiba tercium bau minyak tu macam bau plastik... Macam bau chiffon pandan tu.  Tak jadi aku guna minyak tu dan tukar minyak lain.

Inilah minyak yang buat kek chiffon pandan aku jadi rasa 
dan bau plastik. Sebab aku letakkan botolnya tu atas peti ais.

Minyak tu aku beli dah lama juga. Tapi masih belum expired lagi. Mungkin bau dan rasanya bertukar sebab aku letakkan botolnya atas peti ais. Peti ais kan panas, mungkin itulah yang menyebabkan rasa dan bau plastik bekas minyak tu timbul.

Ketika sedang dalam oven, satu rumah semerbak bau kek. Sedap dan lemak-lemak manis baunya.  Chiffon ni aku suka sebab ia lembut dan pada perasan aku rasanya macam kuih bahulu.

Bila di kenang-kenangkan balik, sayangnya sekotak tepung superfine dan sebotol jus pandan tu aku buangkan ke dalam tong sampah.

26 comments:

  1. kak sweetie,

    akhirnya misteri terungkai....heheheh wahhhhh sedapnyaaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kesian jus pandan dan tepung yang jadi suspek utama, rupanya minyak punya hal.

      Delete
  2. minyak jadi puncanya ya...lain kali tntu thu bila nk buat kek kena cek semua bhn yg nk dgunakn....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah semestinya paridah, minyak tu dah rosak sebab di letakkan atas peti ais.

      Delete
  3. Replies
    1. Ya Kopiolimauice! tak pasal-pasal jus pandan, tepung dan telur disabitkan dengan kesalahan.

      Delete
  4. sedapnya kek guebu sweetie....mai sebiji

    ReplyDelete
    Replies
    1. Camna hantar, banyak jalan tutup... hehehheh... Kawasan rumah Nieda ok ke? dengarnya Perak pun teruk juga banjir sekarang.

      Delete
  5. MCK ....pi la hadyai best. 2 malam pun dah cukup nak teroka satu hadyai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun teringin jugak nak ke Hadyai Nieda... tapi takut... baru je beberapa hari sudah saya borak-borak dengan tauke homestay yang selalu saya sewa kat Arau... dia kata ok... tak ada apalah yg nak di takutkan.

      Delete
  6. eh...silap parking hhehehh
    nak hantar ke MCk pi kat sweetie pula...sorry

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun selalu juga 'tersilap parking' ni Nieda. Sebab kadang2 bila kita buat komen... dan bila 'send' komen tu tak 'appear'... kena copy... paste dan send kali kedua baru masuk... tapi sesekali tak perlu buat mcm tu komen tu terus masuk je... tpi sebab dah selalu jumpa yang terpaksa send 2 kali itu yang buat jari2 tu cepat copy and paste dan hantar.

      Delete
  7. alhamdulillah akhirrrrrrrrrr nya terjawab jugak kan, pasal minyak letak atas petiais, yalah kadang2 kita tak terpikir jugak kan benda remeh temeh macam ni tapi bila dah terjadi baru lah tercari2, biasa nya atas peti memang takde letak makanan pun hanya letak pisau stand je oklah tu kan, syang nya kek ygn dolo2 tu kan 2 biji bagi kat cikpah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayang dan rugi kak Noor... tapi nak buat macam mana... mmg dah tak boleh di makan... teruk sangat bau dan rasanya.

      Delete
  8. hoho...misteri dah terbongkar.....mck pernah buat(banyak tahun dahulu) chiffon ni 7x and setiap kali dia sink jd cam butterfly...yelah masa tu tak dak ms google mcm lani....tgk buku resepi je..rasa sedap, look...fail.....lani baru tau, keluar dari ove kena invertkan dia :))

    tu lah baca kat atas....eh nieda ni silap rumah ke?? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. McK, masa first time saya buat kek ni pun jadi mcm tu jugak. Lepas tu terjumpa dalam blog, lepas keluarkan dari oven kena terbalikkan dan biarkan sejuk baru keluarkan. Dan kali kedua buat tu dah ok!

      Saya pun pernah juga tersilap rumah McK!

      Delete
  9. Misteri terbongkar..dan dapat makan kek yang sedap tak berbau plastik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah acik! akhirnya tahu juga puncanya kek tu berbau dan rasa plastik.

      Delete
  10. sayang nya..kan?nampak lepas ni nak simpan bahan2 pun kena tengok tempat jugak la.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, dapat merungkai misteri ni...plastik memang tak bagus utk benda-benda panas..chemicalnya akan keluar..bahaya jg sebab cancerous..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok atas peti ais tu lapang dan kosong, dalam hati elok juga susun botol minyak kat situ. Tak terfikir pulak yang badan peti ais tu panas dan lama kelamaan boleh mencairkan plastik.

      Delete
  12. Hihihi...saya pun pernah buat kuih tepung pelita, tapi rasa pahit, tah dari mana pahit tu dtg, tak tahulah, misteri betul, saya syak dari daun pandan tu

    ReplyDelete