Akhirnya jadi makanan tong sampah.
Jumaat lepas aku buat Chiffon Pandan. Cantik naiknya... gebu dan warna hijaunya pun menarik. Tapi baunya tak seperti selalu... Perasan aku macam bau plastik.
Selalunya kalau buat masa tengah mengadun lagi dah terbau wangi pandannya. Apa lagi ketika dalam oven. Semerbak satu rumah bau lemak-lemak telur dan pandan.
Sebaik keluarkan dari oven, macam biasa aku telangkupkan dulu kek tu dan biarkan sejuk. Lepas tu baru keluarkan dari acuan dan potong. Eeeee! rasanya pun tak sesedap selalu. Puas aku fikirkan... Entah mana silapnya.. Apa yang tak kena dengan kek tu. Resepinya sama saja dengan yang selalu aku buat.
Aku fikir mungkin berpunca dari tepung. Aku check balik bahan-bahan yang aku guna. Kot-kot dah ada yang expired. Ok je semuanya masih lagi dalam tempoh penggunaan.
Aku try buat lagi sebiji. Aku tak guna tepung yang sedia ada sebaliknya beli tepung dan cream tartar yang baru. Pun sama, bau dan rasanya sama dengan kek yang mula-mula aku buat. Kerana geram aku humbankan semua kek tu ke dalam tong sampah. Hari tu buat dua biji kek semata-mata untuk di buang. Sampai sekarang aku masih lagi tertanya-tanya sendiri... apa yang tak kena.
(nota mak: Aku guna telur jenama A1 king saiz, air daun pandan yang aku blend sendiri. Tapi masa aku petik daun pandan, baunya pun tak wangi. Mungkinkah puncanya dari daun pandan tu atau telur tu telur palsu. Ai! detektif Conan... tolonglah siasat.)
pelik tu kak, so macam mana tu?
ReplyDeleteNilah yang sedang di 'teliti' ni Irfa... Tengah menyiasat puncanya.
Deleteishhh musykil gak...nanti dah jumpa hasil siasatan update kt blog ya Sweetie :D
ReplyDeleteInsyaAllah Linda! Kita tunggu detektif Conan sampai dulu.
DeleteSIASAT SWEETIE NK TAHU KENAPA JADI GITU..PELIK.
ReplyDeleteTengah mencari-carilah puncanya ni Paridah. Ralat betul rasa hati buang kek-kek tu.
Deletesayang nya sweetie, tapi kalau dah berbau lain macam je nak mamam pun rasa was2 jugak kan, maybe telor kot sbb baru ni ada jugak dengar yg telor tu ada gak yg palsu, tak reti lah pulak nak siasat segala ni sbb tak pakar dlm bidang siasat ni tunggu latest update lah nak cerita apa sebenarnya.
ReplyDeleteDah nak buat camana kak Noor. Buang masa dan tenaga mengadun... last-last buang. Tak pasal-pasal dengan tepung yang tinggal lagi setengah kotak tu pun saya buang.
Deletetapi kenapa daun pandan tak berbau wangi...pokok kacukan kot...
ReplyDeletesuka kek chiffon, gebu je..
Ada ke pandan kacukan? Sebelum ni pandan tu jugak yang saya gunakan untuk buat kuih-kuih lain dan masak nasi lemak... tak da masalah pun.
DeleteSaya pun mmg suka kek chiffon. Kawan2 pun selalu order dgn saya kek tu sebelum ni dan guna air pandan dari pokok yg sama.
mak pun minat detektif canon rupanya ya...
ReplyDeletepokok pandan kat rumah saya pun tak wangi mcm pandan dulu2 ke jenis dia tak taulah...
Tak syak lagi Nieda, mak mmg minat menonton detektif conan dan Atasinci. Tapi dululah... masa anak-anak kecik. Suka duduk sama menonton siri tu.
DeletePokok pandan saya tu, daunnya hijau pekat, wangi dan kalau di blend, jus pandannya cantik. Tak tahulah kenapa kali ni jadi lain pulak.
waw sedap sekali bikin perut keroncongan saja... saya lagi konsumsi Jelly Gamat Gold G Obat Kanker Lambung Tradisional apakan tidak apa apa makan makanan ini???
ReplyDelete