Perasaan terus jadi tak keruan sebaik mendapat tahu salah seorang anak saudara aku, Syada terperangkap oleh suasana banjir Kelantan. Tidak ada kata-kata yang terucap dari bibir saat mendapat tahu tentang itu.
Memikirkan tentang dirinya seorang remaja yang baru berusia 19 tahun... perempuan... jauh dan bersendirian menghadapi kesukaran yang tidak pernah dialaminya sebelum ini. Bagimanalah keadaan Syada agaknya... itulah yang terbayang dalam kotak fikirkan aku saat itu.
Namun syukurlah, Syada sudahpun selamat sampai ke pangkuan kami semalam.
Apapun banjir yang berlaku di Pantai Timur ketika ini, khususnya Kelantan sedikit sebanyak meninggalkan kesan dan kenangan juga pada seluruh keluarga aku. Terutamanya pada Syada pelajar tahun pertama di UMK, kampus Jeli Kelantan.
Walaupun kampus UMK, Jeli Kelantan tidak terlibat dengan banjir tetapi hubungan dengan tempat lain telah terputus dan bekalan makanan telah kehabisan. Bagaimana Syada menceritakan saat-saat cemas dan pengalaman menghadapi situasi yang menakutkan itu.
Menurut Syada tiga hari dia dan rakan-rakannya tinggal di kolej dan kehabisan makanan. Yang ada cuma sekeping biskut yang di kongsi dengan beberapa orang rakan untuk mengalas perut. Elektrik pulak terputus dan talipon kehabisan bateri. Mereka duduk bergelap dan berkumpul dalam satu bilik.
Selama tiga hari itulah kami semua di Kuala Lumpur tidak mendapat sebarang khabar dari Syada. Bayangkanlah bagaimana perasaan kami semua di KL. Sehinggalah pada petang Ahad lepas, Syada membuat panggilan dan memberitahu dia dan rakan-rakannya telah selamat sampai di Kuala Terengganu dan sedang menunggu penerbangan untuk pulang ke KL.
Dari cerita Syada, (aku pun tak pernah lagi ke Jeli, lebih-lebih lagi kampus UMK) kerana kelaparan dia dan rakan-rakannya nekad keluar dari kolej dan meminta bantuan dari penduduk kampung. Adalah sorang penduduk kampung yang sanggup membantu dan menawarkan lorinya untuk membawa mereka ke tempat yang ingin mereka tuju.
Tetapi ketika dipertengahan jalan, pemandu lori tiba-tiba mengubah fikiran dan memberhentikan lorinya... dan meminta RM50 ringgit setiap sorang jika mahu di hantarkan ke tempat yang selamat.
Kata Syada... kerana tiada pilihan lain dia dan rakan-rakannya terpaksalah membayar harga tersebut dan minta di hantarkan ke tempat yang boleh mereka mendapatkan bantuan. Dari tempat tersebut Syada dan rakan-rakannya menaiki trak tentera dan di hantar ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Bayangkan jauhnya dari Jeli ke Kuala Terengganu.
Cerita Syada lagi... ketika tiba di Kuala Terengganu semua mesin ATM tidak berfungsi. Aku pun belum sempat bertanya padanya dari mana dia dan rakan-rakannya mendapat duit untuk membeli tiket kapal terbang... dan sebelum dapat pulang ke Kuala Lumpur Syada dan rakan-rakannya terpaksa bermalam semalam di Kuala Terengganu kerana penerbangan dengan Air Asia ditangguhkan kerana cuaca buruk.
Tak tahu macam mana untuk menggambarkan perasaan kami saat menunggu kepulangan Syada di rumah kerana di waktu yang sama kita semua mendapat berita tentang kehilangan pesawat QZ8501 juga di sebabkan cuaca yang kurang baik di perairan Laut Jawa. Ini juga membuat kami semua risau memikirkan tentang keselamatannya.
Apapun kini kami semua sudah merasa lega... Syada dah selamat sampai di Kuala Lumpur pukul 1 pagi semalam. Kurang sihat dan demam. Mungkin trauma dengan suasana yang di laluinya. Dari kecil dia dibesarkan dan di sekolahkan dalam suasana selesa di KL. Tidak pernah menghadapi suasana banjir dan mencemaskan ini. Pengalaman yang di laluinya ini sedikit sebanyak memberi pengajaran padanya untuk mendepani hari-hari mendatang bila kami semua sudah tiada lagi nanti.
(nota mak: Syada ni panggil aku mak jugak. Masa bayinya dulu, mak dia (adik aku yang no. 4) pernah tinggalkan Syada dengan aku. Teringat lagi dia menangis kepanasan dan aku kipas dengan tudung periuk kerana bekalan elektrik terputus pada hari itu. Tetiba tudung periuk tu ‘terkena’ kepalanya. Apa lagi melalak bagai nak rak satu rumah!
Ketika Lembah Klang menghadapi putus bekalan air pada tahun 1998, aku ingat lagi dia menangis nak makan nasi. Teringat lagi rintihannya, "dah berapa hari 'nye' tak makan nasi". (Syada membahasakan dirinya "nye" bila bercakap dengan kami). Waktu itu umur dia 3 tahun. Apa yang aku buat, aku bawak seperiuk kecil beras ke Sungai Kemensah Hulu Klang dan cuci beras tu di sungai kemudian bila sampai di rumah aku bilas semula dengan air mineral. Hari itu dapatlah dia makan nasi yang cuma berlaukkan telur dadar.)
ADUI, KESIAN SYADA
ReplyDeleteALHAMDULILLAH SELAMAT BALIK PD FAMILY
MESTI DIA PHOBIA SGT TUH
Saya pun tak tahu nak cakap mcm mana bila tahu keadaanya yang kelaparan, Irfa. Tak boleh nak bayangkan dan kemana nak bercakap supaya adalah bantuan yg di hantarkan kepada pelajar2 di kolej tu termasuk Syada.
DeleteKesian kannn. Rasanya kat pantai timur pun mesti ada org2 mcm tu...masa awalnya ingat ok.....air tak naik. Then bila dah naik...kelam kabut nak pindah, pasukan penyelamat pulak mungkin dah kat tempat lain...bekalan pun susah nk hantar....
ReplyDeleteMcK, mmg awalnya pihak universiti tak benarkan mereka keluar alasannya kerana mereka tgh exam. Kawasan kampus Jeli tak kena banjir tapi seluruh Kelantan dah terputus hubungan jadi bekalan makan dan semuanya dah tak boleh sampai.
Deletekesiannya... sampai hati betul.. tp alhamdulilah, syada dah ada depan mata now.. syukur..
ReplyDeleteInilah yang di namakan menangguk di air keroh Yan, Apalah jadi kalau budak2 tu semua tak ada duit lansung dlm tangan tika itu... tapi tak boleh nak salahkan juga, dlm saat begitu, manusia sanggup buat apa saja.
Deletemcm2 hal ....tengok budak UMK mererdah air banjir dlm surat khabar. nasib dah selamat semuanya.
ReplyDeleteGambar dlm suratkhabar tu, pelajar di kampus Pengkalan Chepa Nieda. Kampus Bachok dan Jeli tak kena banjir tapi makanan pulak tak ada sebab seluruh Kelantan dan terputus hubungan jalan darat.
Deletesyukur alhamdulillah dh selamat pulang...pengalmn yg sgt mahal ditempuhinya tu...
ReplyDeleteBetul PI, harap-harap Syada tak trauma berpanjangan dan kembali semula meneruskan pengajiannnya bila banjir surut nanti.
DeleteDiana, walaupun pemandu lori tu minta duit di pertengahan jalan, tapi syukur juga... setidak2nya dia hantar jugak budak2 perempuan ke tempat selamat.. tidak di pengapa-ngapakan... Perempuan ni walaupun tak bawak duit banyak tapi ada barang yang lebih berharga lagi padanya kan...!
ReplyDeleteAlhamdulillah..baca cerita ni pun dah terasa peritnya keadaan masa tu, terputus hubungan, tiada eletrik,makanan...dgn pemandu lori yg mengambil kesempatan, ya Allah, kasihanilah mereka..
ReplyDeleteSemoga pengalaman ini memberi pengajaran dan kekuatan serta keberanian untuk anak saudara saya tu menempuh hari2 mendatang Nohas! Mcm yg saya cakap tu, selama ini dia di besarkan dlm keadaan selesa... walau ketika dia menempuh pengalaman ini... hati kami semua tidak tenang tapi fikirkan pulak apabila kami semua sudah tiada dan dia harus menguruskan kehidupan dia sendiri.
Deletealahai sweetie..sedih sebaknya acik baca ni/..Alhamdulillah syada dan selamat sampai rumah
ReplyDeleteAlhamdulillah acik, walaupun sepanjang malam menunggu kepulangannya tu hati kami resah.
Deletesalam kenalan
ReplyDelete#195
http://www.coretanhatiibu.com/
Salam CikAnie, terimakasih singgah diblog saya danv jadi rakan dunia maya saya. InsyaAllah saya akan berkunjung ke blogv cikAnie dan membaca apa yg ada di coretanhatiibu...
DeleteAzab menghadapi banjir, hanya orang yang terlibat sahaja yang tahu. dalam tahun 2003, pernah rumah sewa dinaiki air. habis segala buku. Mujur masa tu tak banyak barang. Tapi nak mengemas, punyalah siksa...Alhamdulllillah, merasa nikmat ujian
ReplyDeleteSaya teringat banjir besar yang melanda Kuala Lumpur tahun 70 dulu... rasanya waktu tu Zila belum lahir lagi. Dua minggu tak dapat makan nasi... mak cuma rebus ubi kayu saja untuk mengalas perut.
Delete