Tuesday, July 1, 2014

Berdoa untuk anak-anak....

Tak kerja hari ni... Aku cuti... cuti menunggu abang balik! Di luar cuaca gelap. Angin kuat dan hujan lebat dengan petir dan kilat. Hati aku berdebar-debar. Satu kerja pun tak jadi. Mata pulak tak lari dari mengerling jam di screen talipon. Dah pukul 5 petang tapi aku tak prepare apa-apa pun untuk berbuka petang ni. Cadangnya aku nak buat cekodok pisang dengan milo panas saja berbuka nanti.

Abang sekarang dah dalam penerbangan balik ke M'sia. Pukul 2 petang tadi abang sms beritahu dia dah transit di Abu Dhabi dan tengah tunggu nak boarding... dan aku balas smsnya "mak tak sabar nak jumpa dan peluk abang!"

Dalam hati aku sekarang hanya doa untuk anak-anak.... Semoga abang selamat sampai... dan semoga Ojet mendapat kecemerlangan lagi dalam exam Sem 4 yang sedang di hadapainya sekarang ini.

Pukul 10 malam nanti abang akan sampai di KLIA. Lepas berbuka dan Isyak nanti aku sendiri yang akan pergi menjemput dia di airport. InsyaAllah!

(nota mak: dalam buku-buku sastera klasik yang pernah aku baca, seringkali aku terjumpa kata-kata begini, "ibarat tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah...)

14 comments:

  1. Semoga abang selamat sampai dan ojet cemerlang..doakan yang terbaik untuk anak2 kan sweetie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul acik! kalau bukan kita siapa lagi... hanya yang sudah begelar emak/ibu/mummy/mama/umi... saja yang memahami perasaan2 begini....

      catatan saya ini sekadar meredakan sedikit debaran di hati saya sekarang ini...

      Delete
  2. semoga selamat dalam perjalanan.
    dan selamat tiba di tanah air agar terlerai rindu yang bertamu....eh bersastera pula.

    ReplyDelete
  3. Semoga dimudahkan urusan dan perjalanan yea.

    ReplyDelete
  4. It is fasting month. We should try to look outwards to those who are less fortunate. Of course charity begins at home but Islam demands that we care for others who are not blessed with clever children and good income. This is the month, when we abstain from excesses, offer zakat and spend some parts of the evenings in worshipping HIM, just HIM, the All-Compassionate.

    Selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak, semoga ojet selamat dalam perjalanannya bertemu keluarga. hehehe pasni lepas rindulah ye kak ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. abg dah selamat sampai? heee

      Delete
    2. Alhamdulillah Sheila! cuma lambat sikit dari jadualnya...

      Delete
  6. Rindu dan penantian juga harapan seorang ibu...samalah kita dan semua ibu2 yang lain..sentiasa berdoa yang terbaik untuk anak2..

    ReplyDelete
  7. wahhhh, penantian berakhir sudah, anak dah depan mata...mandi sure basah punya..hahaha

    ReplyDelete
  8. begitulah hati seorang ibu...

    ReplyDelete
  9. Begitu lah perasaannya... makin jauh anak2 dr pandangan, makin risau dibuatnya...

    ReplyDelete