Thursday, July 17, 2014

Doa saja yang mampu....

Sekali lagi kita semua tersentak... belumpun reda trauma insiden kehilangan MH370 kali ini kita dikejutkan pula dengan kejadian pesawat MH17 di tembak jatuh di Ukraine. Betapa kejadian ini berlaku di bulan yang mulia ini dan tinggal tak berapa hari saja lagi umat Islam akan menyambut kedatangan 1 syawal. Aku turut bersimpati dan seakan dapat merasakan kesedihan waris-waris ahli keluarga yang terlibat dalam kejadian ini.

Ketika menerima berita kejadian ini... abang berandaian dengan aku... "mungkin ada antara penumpangnya student yang belajar atau transit di Amsterdam dalam perjalanan pulang ke tanahair. Pasti di dalamnya penuh dengan rakyat Malaysia yang ingin pulang berhari raya." Bayangkan perasaan aku seorang emak yang ada anak belajar jauh di rantau belah sana... yang menggunakan pengangkutan itu untuk pulang semula. Risaunya aku... "

Sebagai emak memang aku tidak dapat menepis segala kerisauan ini. Ya Allah! kau lindungilah anak-anak aku dan kami semua dari segala bala bencana ini!.."

Menambahkan lagi kerisauan aku, penghujung bulan Ogos ini, Ojet akan terbang ke Indonesia sebagai wakil universiti (UiTM khususnya) untuk satu program yang di namakan... Indonesia, Malaysia, Thailand Growth Triangle (IMT - GT) di Medan. Dalam saat-saat yang pada aku amat getir ini... anak-anak pulak menggunakan pengangkutan udara... terbang ke sana kemari.

Hendak di larang atau tak benarkan dia sertai program tu tak boleh juga. Dia sudah di pilih sebagai salah seorang mewakili negara dan program tu besar manfaatnya pada dia nanti. Entahlah! Doa saja yang mampu aku panjatkan agar anak-anak aku sentiasa dilindungi dari sebarang kejadian yang tidak diingini. InsyaAllah!

(nota mak: Takziah buat waris-waris mangsa yang terlibat. Bersabarlah menghadapi segala dugaan ini. Hanya ini yang mampu aku titipkan walaupun aku sedar... ianya tidak semudah yang di ucapkan.)

15 comments:

  1. semoga anak2 kita selamat dah dlindungan Yang Maha Kuasa walau dimana saja mereka berada kan sweeti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah hendaknya acik! Risaunya hati saya tak dapat saya katakan... memikirkan abang dan Ojet bakal menggunakan pengangkutan tu pulang semula ke UK dan ke Indonesia hujung Ogos dan Sept ni.

      Delete
  2. Assalamualaikum kak.. Allahurabbi.. sedih baca berita tentang ni. semoga ahli keluarga mangsa tabah menerima pemergian org tersayang. Al-Fatihah. Semoga abg jua sentiasa selamat ke mana saja dia berada.. amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. W/salam Sheila... memang sedih Sheila dan turut menjentik kerisauan dlm hati saya..

      Terima kasih atas doa tu...

      Delete
  3. sedih sgt insiden yg berlaku saat ramadan bakal berakhir n hati mulai cuak dgn anak2 yg belajar jauh bakal pulang menyambut raya dgn penerbangan hati pasti xjemu2 berdoa...insya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedih Paridah... luka yg lama masih berdarah dan trauma kehilangan MH370 masih terkesan... dtg lagi ujian baru...

      Memang saya risau dan cuak utk melepaskan anak-anak tapi nak buat macam mana.... Doa jelah yang termampu kan...

      Delete
  4. sedih ...walaupun tiada saudara terdekat terlibat.
    semoga dijauhkan bencana selepas ini.
    alfatihah kpd semua mangsa dan salam kaziah buat semua keluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedih Nieda... lebih-lebih lagi 1 syawal bakal menjelang... bayangkan betapa kecewa dan pedihnya luka yang di hadapi oleh keluarga lebih-lebih lagi yg beragama Islam. Gembira menanti kepulangan org yang disayang... duka pulak yang dtg.

      Delete
  5. AlFatihah..sedih sgt kan. moga anak2 kita sentiasa dirahmati & dilindungi olehNya ye kaksweetie!

    ReplyDelete
  6. betul tu Sweetie, saya pun terfikir benda yg sama, mesti mangsa2 tu ada yg nak balik beraya :( tersentak dan lost for words...

    ReplyDelete
  7. If we have done what needs doing for our children to get a good start in education, we have to accept that the end results are beyond us and beyond their own ability. As human we strive hard with a clear belief that it is expected of us to do so; but success is His gift. In what way He chooses to reward is His prerogative. Life, death, accidents and so on are not ours,.Taking due care and precaution is our part but the safe ending is still His. This is my philosophy that I have wanted to impart to my children, and now to my grand children of your children's age group.I invite you to my latest posting to see how it was forty years ago.

    Terengganu witnesses almost daily road smash-up accidents, involving many innocent family members brought to abrupt ends by careless parties many of who survive. It hurts me to read about these deaths.

    ReplyDelete
  8. Assalam Sweety....turut gembira atas kepulangan abang ke pangkuan Sweety...tetapi merasa sedih & hiba pulak dgn tragedi ya berlaku keatas penerbangan MH 17.....tk blh nk bayangkan perasaan keluarga2 mangsa menghadapi bencana ini.....Innalillah......

    ReplyDelete
  9. Tak dilupa juga mints maaf zahir batin jika ada ter silap atau terkasar bahasa sepanjang perkenalan kita dialam siber serta Selamat Hari Raya Aidil Fitri.....

    ReplyDelete
  10. Moga anak2 kita sentiasa dilindungi Allah... bak kata org... musibah kalau nak jadi... kat mana2 pun boleh jadi... maka banyakkan doa... amin...

    ReplyDelete
  11. Selamat hari raya maaf zahir batin....jgn sedih2 insyaallah anak2 kita selamat dri bala..gmbr raya mna

    ReplyDelete