Thursday, June 26, 2014

Risau... Suka... Tak sabar... Bercampur baur...

Hari-hari aku tengok itinerary yang abang hantar 
pada aku ni... Aku lekatkan di peti ais supaya aku boleh 
tengok dan tak lupa tarikhnya.

Hai mengira hari pun dah tak betul... Hari ni Jumaat tapi aku sebut Sabtu... dan lepas Sabtu... Jumaat... pastu terpinga-pinga dan bengong kejap.

Empat hari lagi... Selasa depan abang sampailah ke M’sia... Abang naik penerbangan Etihad dari Manchester dan transit di Abu Dhabi tiga jam. Kemudian dari Abu Dhabi abang akan terus ke KLIA.  Kami semua pakat-pakat nak tunggu dia di KLIA. Seluruh keluarga dah tak sabar menanti kepulangannya... kakak aku sampai termimpi-mimpi.

Aku tanya kenapa naik di Manchester dan transit. Kenapa tak naik penerbangan terus dengan MAS. Abang kata kalau naik MAS dia kena turun ke London untuk ke Heathrow. Dari Sheffield nak ke London jauh. Kalau naik bas 4/5 jam perjalanan. Lepas tu ambik tube pulak untuk ke Heathrow. Payah katanya. Sebab tu dia naik penerbangan Etihad di Manchester... dekat. Jarak antara Sheffield dan Manchester lebih kurang satu jam perjalanan dengan keretapi.

Dalam gembira tu... ada juga terselit rasa risau. Entahlah! Emak mana yang tak risau mengenangkan anak akan travel merentas benua.... jauh-jauh bersendirian. Bergenang air mata aku. Mintak-mintak selamatlah perjalanannya nanti. Bukanlah aku nak menyinggung perasaan sesiapa... tetapi misteri kehilangan MH370 tu sedikit sebanyak terkesan juga di hati aku. Abang cakap “mak usahlah risau... InsyaAllah! tak da pa pe”.

“Mak ni bukan apa abang, kalau boleh kayuh basikal... mak nak suruh abang kayuh basikal je balik..”  Ojet bila dengar aku cakap begini terjerit dia, “heyai! bila pulak nak sampainya. Ong pun tak sabar... Dah lama betul tak jumpa abang ni. Nanti mak bawak abang jumpa Ong di Arau ya.” Sabar Dik Da... abang cuti lama... sampai bulan Sembilan nanti.

Sekejap ni tadi aku chating dengan abang. Abang cakap balik ni dia nak duduk rumah saja dan nak buat biskut raya... yang senang-senang jelah katanya. Macam honeyflake dan biskut kacang. Bila hujung-hujung minggu dia nak memasak... macam rendang tu semua... (Nota mak: Apa-apa jelah sayang! Buat Ojet, semoga sukses dan beroleh kejayaan yang cemerlang juga kali ini. Hati-hati dan tenang... jangan over confident.)

15 comments:

  1. Semoga Abang selamat sampai ke tanahair seperti yg dijadualkan..

    Salam Ramadhan Al-Mubarak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ramadan buat nohas sekeluarga. banyak shopping di s'pore

      Delete
    2. takde lah byk..yg personal beli jam tangan & perfume ..yg lain jajan & coklat..

      Delete
  2. Replies
    1. InsyaAllah Nieda. Banyak juga ke shopping di Bandung?

      Delete
  3. Semoga abang selamat sampai..in syaa Allah...doakan untuk abang

    ReplyDelete
  4. assalam sweetie sayang, oh rupa nya belum balik ke abang? anak2 kaknoor dua2 dah sampai rumah, dah menikmati masakan sedap2 di rumah hehee, selamat memasak utk abang, mesti ikut mummy jugak ni rajin memasak kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah saya tengok anak-anak dah balik... jeles I... hehehe...
      Abg balik lambat sebab katanya nak kemaskan rumah dan basuh baju-baju kotor sebelum balik ke m'sia...

      janjinya camtulah... kita tengok nanti....siapa yg kena.. heheheh..

      Delete
  5. InsyaAllah abang selamat sampai....seronoklah maknya dan keluarga nanti..abang bercuti lama kannn...

    Nanti bolehlah melepas rindu abis2...Salam Ramadhan Al Mubarak...

    ReplyDelete
  6. Insya Allah semoga abang selamat sampai dan juga selamat berjaya buat Ojet...... tinggal sehari ajer lagi kak....... sabar ya kak........

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak, in shaa Allah. semoga selamat perjalanan pulang anak ke Malaysia. Salam ramadhan buat akak sekeluarga ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. w/salam sheila. ya semoga selamat sampai ke pelukan maknya ni.

      Delete