Tuesday, June 10, 2014

Meledani masa lapang....

Lama jugak nampaknya aku tak update entry di blog ni... Apa sajalah yang aku buat selama dua bulan ni. Entahlah... sejak kebelakangan ni... aku macam malas dan hilang punca. Ingin menulis tapi tak tahu dimana nak mula.

Di masa senggang sekarang ni aku gemar mendengar lagu sentimental dari drama-drama Korea dan muzik dari petikan piano Richard Clayderman. Khayal dan mengasyikan. Dan jika berkesempatan di sebelah malam seminggu dua kali aku akan ke gym... saja-saja buang masa... dan me'rayau-rayau' dengan kamera. Inilah hasilnya.

Mencuba skill (mengambil gambar)... tapi tak menjadi... 
rose yang di tanam di halaman rumah mak saudara di kampung.

 Roda kehidupan... berwarna-warni... sekejap kita 
ke atas... sekejap ke bawah. Ketika Ojet balik sempena 
cuti Hari Gawai baru-baru ni, kami berdua 
sempat ke ICT, Shah Alam.

On the way balik ke KL selepas menghantar
Ojet ke Arau dua minggu sudah.

Round-round kampus... terlihat poster barisan pemimpin 
pelajar (MPP) UiTM Arau ni. Sebagai emak aku bangga 
melihat wajah Ojet terpampang di situ.

On the way nak ke Arau... singgah di R&R Bukit 
Gantang dan beli buah lyche dan mangga ni. Sebab aku 
geram tengok besar-besar.

...tapi bila di kupas beginilah rupa di dalamnya... langsung 
tak boleh di makan walau pun sehiris.

Sempat juga melayani keinginan si Aideel ni jalan-jalan 
tengok laut, bot-bot nelayan dan feri di jeti Kuala Perlis.

Ini jari comel si Alisha yang telah di pakaikan 
henna. Nak kawin katanya.

Menemani adik menjenguk ke rumah 
yang bakal di beli oleh suaminya Daryl.

(nota mak: Tak sabar menunggu seseorang akhir bulan ni.)

12 comments:

  1. merahnya henna di jari si kecik itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Nieda... saya lupa plak brandnya... suka sangat dia bila di pakaikan dan duduk diam sabar menunggu henna tu kering.

      Delete
  2. Hati ibu mana yang tak gembira melihat kejayaan anak. Tahniah Ojet! Pasal buah tu, betullah kata orang, jangan menilai orang dari sifat luarannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Sal.

      Buah mangga tu sekilo RM16 kalau tak silap saya dan lychee tu RM23... tapi itulah rupanya... lychee tu pun tak manis. Betul, jangan nilai sesuatu berdasarkan dari sifat luarannya saja.

      Delete
  3. Abang nak balik ke?

    Enjoy your free time to the max...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya betul nohas... dalam hati sekarang tepu dan terasa masa amat lambat bergerak.

      Delete
  4. I feel that you do not seem to appreciate enough what a lucky mother, hence a lucky person you are. You ought to be in the mood to do anything well. I mean it

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ketikanya mood kita down juga... dan kita memerlukan masa juga untuk mengembalikannnya semula.

      Delete
  5. Assalam Sweety....macam you jugak saya pun agak malas nk update blog kebelakangan ni tambahan pula dh sibuk berinstagram pulak!
    Anyway...tumpang gembira for your "abang" to come back soon....

    ReplyDelete
    Replies
    1. w/salam Leez... betul ! saya sekarang ni macam hilang arah dan hilang mood kejap nak berblog.

      Delete
  6. geram dan terkilan,kan..bila beli buah..tp langsung takleh makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! tapi nak buat macam mana... nasib-nasib lah... dapat yang elok... alhamdulillah!

      Delete