Sunday, May 11, 2014

Perasaan aku!...

Abang hantar gambar kenangan ketika kami bermain salji 
di Sheffield berserta ucapan Happy Mothers Day!

Menurut cakap sesetengah orang, tak usah di sambut dan di agung-agungkan sangat Hari Ibu. Sama juga Valentine Day, Hari Ibu di sambut kerana mengenang dan mengingati Mother Teresa. Tapi aku percaya apabila anak-anak memberi ucapan dan mengingati kita pada hari ini tiada apa-apa yang lain terlintas di fikiran mereka selain dari sebenar-benarnya mengingati dan mengucapkan serta salah satu cara menunjukkan sayang pada kita.

Ya, hari-hari adalah hari ibu dan kita memang sayang ibu/emak kita tapi pada aku ada ketikanya rasa sayang perlu juga di tunjukkan dengan perbuatan seperti memberi kad ucapan atau hadiah... mengucapkan kata-kata sayang, peluk atau cium. Dan kita pasti seronok kan dan kembang hati bila anak-anak buat begitu pada kita.

Dah hari ini diwartakan sebagai hari mengenang ibu... secara jujurnya aku memang menunggu ucapan dari anak-anak hari ini... aku memang terasa sedih kalau anak-anak tidak teringatkan aku pada hari ini. Tambahan di ketika ini mereka berada jauh dari aku. Seolah-olah mereka 'terlupakan' aku kalau mereka tidak menalipon dan cakap "Happy Mothers Day! - Ong (Ojet) sayang mak" atau "Abang sayang mak!... Rasa diri ini tenggelam dalam lautan kasih sayang mereka... itulah perasaan aku sebenarnya.

Dan aku sudahpun menerima ucapan-ucapan itu pada hari ini.

20 comments:

  1. Assalam sweetie betul kata sweetie..anak2 tidah terfikir kan perkara lain..cuma ingin mengucapkan kata2 yang dengan kasih sayang..setiap hari dan selamanya anak2 tetap ingat dan sayang..cuma jari ini.mereka rasa lebih bermakna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang acik... hari ini kalau ucapan tu tak sampai... sedih dan jauh hati sangat saya... walau tahu mereka sayangkan kita... tapi saya nak juga dengar mereka menyebut 'sayang mak' dari bibir mereka...

      Delete
  2. Sweety, anak saya bagi saya bunga mawar merah, cantik sangat..Saya tidak percaya langsung, sambut hari ibu kita jadi murtad, itu semua bagi saya mengarut. Bukan kita pergi ke gereja dan berniat untuk mother teresa tu. Kadang-kadang orang Malaysia terlalu berlebih-lebihan...Silap hari bulan, diorg kata, pakai kereta salah, guna duit salah, guna komputer salah..semua salah, sebab yahudi yang cipta. Kita manusia kan ada akal, gunalah akal kan...Agak melampau bila kenyataan, sambut hari ibu jadi murtad, rosak akidah dan sebagainya, atau lebih tepat, mengarut!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari Ibu Zila... tahniah kerana mendapat mawar merah...

      Betul! sesetengah orang kita ni terlalu berlebih2an... pokok pangkalnya niat... saya tak kisah... suka kalau anak-anak sambut dan ucapankan Hari Ibu pada saya... ianya salah satu cara mengeratkan kasih sayang...

      Delete
  3. bukan hadiah yang diimpikan tapi ingatan dr yg tersayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata-kata "sayang mak!" itulah 'hadiah' yang paling mahal sekali Nieda... bukan satu perkara yang mudah/lumrah bagi kita semua untuk mengucapkan kata-kata itu.

      Delete
  4. Assalamualaikum..
    Sememangnya kita menghargai ibu setiap hari. Tak pernah lupa menitipkan doa dan sentiasa berusaha membahagiakan mereka. Namun, tak salah rasanya utk melafazkan ucapan 'selamat hari ibu' dan memberikan hadiah pd hari tertentu dgn niat utk menghargai pengorbanan dan jasa mereka, ibu kita sendiri..
    Selamat Hari Ibu buat Sweetie juga..

    ReplyDelete
  5. selamat hari ibu..semoga kita sentiasa di sayangi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Bitt! Saya yakin sebagai ibu yang telah mendidik anak-anak dengan rasa kasih sayang dan ikhlas... pasti kita akan sentiasa di sayangi mereka.

      Delete
  6. Replies
    1. Terima kasih! Selamat Hari Ibu juga buat nohas.

      Delete
  7. Selamat hari ibu belated utk sweetie.
    Sambutan hari tertentu ni sgt subjective...n for most if us and our kids...we take that particular day as THAT day... tanpa apa2 ingatan. Wallahualam........we are as happy as mothers...happier if they wish on that special particular day kan...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul mckantin... saya setuju! bukanlah bermakna hari2 lain tu anak tak ingat kita... tapi anak-anak pun sibuk juga dengan kegiatan mereka... malah kadang2 ada hari2nya kita pun payah nak bertentang mata dan berbual-bual sesama... jadi apa salahnya kita ambik yg baik dan jadikan hari ibu ini utk kita luangkan masa bersama keluarga...

      Delete
  8. Semuanya atas niat...tapi anak2 kita ni hanya mengenang jasa kita dan nak tunjuk sayang mereka saja...takder niat apa2 yang tak baik tu...
    Kita sebagai ibu pun rasa gembira dan terharu kan.

    ReplyDelete
  9. Happy belated mothers day!....walaupun tiap2 hari adalah hari ibu.
    Saya rasa mengucap arau menunjuk cara perbuatan bagi mengingati penghargaan jasa ibu tak salah sebab....apa2 tujuan yg mana mengeratkan silaratulrahim adalah harus kecuali membuat sesuatu yg bercanggah hukum Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Leez... sesetengah org cuma nampak yg negatif je... saya pasti anak-anak kita tak fikir perkara lain selain dari mengingati dan menyayang kita... sebab bila tiba hari ibu... cer tgk kad2 yg mereka bagi... kalau mak tu di panggil ibu... anak akan tulis 'selamat hari ibu' kalau mak tu di panggil mama.. mereka akan tulis, 'selamat hari mama' kan...

      Delete
  10. hari2 adalah hari ibu...sayang mak biar ketat-ketat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang hari2 adalah hari ibu... tapi kita adakalannya terlalu sibuk dan tak sempat nak duduk dan berbual-bual dengan emak kita... apa salah satu hari ini kita luangkan masa sehari untuk bersama emak kita!

      Delete