Ojet dah balik Arau pagi semalam walaupun cuti semesternya masih berbaki lagi seminggu... Cuti kali ni cuma dua minggu saja dia di rumah dengan aku. Sejak memegang jawatan dalam MPP ni aku tengok ada saja kerja dan program yang terpaksa di ikuti dan di hadirinya.
Dua minggu sudah dia di kem Tanjung Rhu, Sepang. Mengikuti kursus kepimpinan tiga hari. Habis kursus baru balik rumah... aku sendiri yang pergi ambik di Sepang. Kemudian Sabtu 8 Februari, dia ke PWTC. Ada conference dengan beberapa orang pemimpin negara.... habis pukul 6 petang... Ojet minta izin nak jalan-jalan dengan rakan-rakan ke Times Square. Walaupun hati berat untuk mengatakan 'ya' tapi tak sampai hati pulak mengatakan 'tidak'. Biarlah dia nak release tension... Pukul sepuluh malam baru dia sampai rumah. Rakan-rakannya yang lain balik ke tempat penginapan mereka di UiTM Puncak Alam.
Sampai rumah baru Ojet cakap, dia kena berada di UiTM Puncak Alam awal pagi Ahad sebab bas akan bertolak balik ke Arau seawal jam tujuh pagi. Katanya ada beberapa orang rakan MPP yang terpaksa mengambil exam sebelah malam sebaik saja mereka sampai. Dan rombongan MPP dari UiTM Shah Alam juga akan datang untuk membuat lawatan ke UiTM Perlis. Sebelum tu aku cadang nak hantar dia ke Puncak Alam petang Jumaat lepas. Biarlah dia pergi ke persidangan tu dengan wakil-wakil yang lain dari UiTM Puncak Alam dengan bas yang telah di sediakan. Tapi Ojet tak mahu... seboleh-bolehnya dia ingin aku juga yang menghantar dia ke PWTC pagi Sabtu semalam. Habis nak kata macam mana. Kang kalau aku beria-ia nak hantar dia ke Puncak Alam nanti kecik hati pulak. Macam aku tak suka je dia berada di rumah.
Bila Ojet cakap dia kena ada di UiTM Puncak Alam pukul tujuh pagi... aku terus buat keputusan untuk hantar dia ke UiTM Puncak Alam malam itu jugak... sebabnya aku takut esoknya aku terlambat bangun atau tersesat dalam perjalanan ke Puncak Alam.... sebelum ni memang aku tak pernah ke sana. Pakai redah je malam tu berpandukan pada papan tanda. Jalan yang aku tahu untuk ke sana cuma melalui Jalan Batu Arang dari Lebuhraya Guthrie, Shah Alam. Yang meneman cuma kakak dan adik aku bakal pengantin tu. Tapi dia tidur je sepanjang perjalanan. Ojet dengan kakak akulah tukang baca signboard.
Sebaik melepasi simpang ke Kem BTN Meru, suasana jalan Batu Arang gelap. Kiri kanan aku nampak hutan saja. Jalan pulak turun naik.. turun naik bukit. Kereta pulak tak banyak yang lalu lalang. Sesekali bila ada kereta mengekori di belakang aku jadi takut. Sungguh... aku takut perompak. Manalah tahu kan... tambah-tambah bila di lihat yang memandu cuma seorang perempuan dan dalam kereta pun semuanya perempuan. Waktu itu pukul 12 malam.
Aku rasa macam jauh sangat. Aku ingat aku dah sesat. Tapi kakak aku kata ikut jelah. Dalam hati Tuhan saja yang tahu... Bila nampak lampu-lampu dan kawasan perumahan baru rasa lega sikit. Bila melalui bangunan-bangunan tinggal dan tak berpenghuni... mula balik hati berdebar-debar. Ketika hampir ke simpang Jalan Meru Tambahan barulah nampak signboard untuk ke Puncak Alam. Dari traffic light simpang Batu Arang tu ingatkan dah dekat dah... rupanya kena memandu lagi sejauh 1.5 km lagi untuk sampai ke simpang masuk UiTM Puncak Alam. Rupanya dari simpang masuk tu jauh juga ke dalam baru jumpa pintu masuk ke kampus. Ketika itu jam dah menunjukkan pukul 1 pagi. Gate pun dah tutup.
Selepas beritahu tujuan kami datang baru polis bantuan yang mengawal pintu membenarkan kami masuk. Tapi pengawal tu pesan, “ada empat roundabout untuk sampai ke kolej kediaman Reflesia... ingat! bulatan pertama... pukul tiga, bulatan kedua pun pukul tiga. bulatan ke tiga ambil pukul 12 dan bulatan ke empat pukul sembilan. Jangan silap, nanti lepas ke tempat lain. Luas kawasan ni!” Jadi aku pun set dalam kepala, 3... 3... 12... dan 9.
Memang luas dan jauh juga dari pintu masuk untuk sampai ke kolej Reflesia tu. Sebab waktu tu dah pukul 1 pagi, suasana amat sunyi dan hening... terus terang, aku takut sebenarnya. Cahaya lampu pulak suram je. Sepanjang jalan masuk tu ada je papan tanda yang tertulis, “Allahuakbar, Alhamdulillah...” dalam tulisan jawi. Ini je pun dah buat darah aku berderau-derau. Pada aku bila ada tulisan-tulisan peringatan begini, mesti tempat tu ‘keras’ (maaf ye anak-anak yang belajar di UiTM Puncak Alam, ini cuma andaian untie sweetie yang penakut ni je).
Dalam perjalanan untuk keluar dari kawasan kampus aku terlupa simpang mana yang harus aku ambik ketika melalui bulatan kedua. Lama juga aku berhenti di tengah-tengah dan berbincang dengan kakak aku. Dalam hati... duk... dak... duk... dak! Berpandukan gerak hati aku ikut je jalan yang aku rasa betul... Kalau silap aku u-turn! Huh! nasib baik betul... tapi pada perasaan aku, masa perjalanan keluar aku cuma melalui tiga bulatan saja...eh! entahlah! Kalau dah takut tu macam-macam kan!
Masa nak balik semula ke KL, kakak aku ajak ikut jalan lain. Dia tak nak ikut jalan Batu Arang. Tapi aku kata aku tak berani ikut jalan lain... kang di buatnya sesat tengah-tengah dinihari tu macam mana? Ndak tak ndak ikut je jalan Batu Arang tu untuk ke Shah Alam semula. Sampai di Bukit Jelutong baru kakak aku cakap, dia takut sebenarnya, takut hantu. Aku kata, takut hantu nombor dua... yang paling aku takut orang merompak.
Pagi ni aku cakap dengan sorang kawan yang memang tinggal di Puncak Alam. Dia cakap, “eh kak, bahaya lalu malam-malam Jalan Batu Arang tu sorang-sorang, memang ada je kes rompakan dan bunuh di kawasan tu.” Ha, kan!
Alhamdullillah....... semuanya selamatkan kak........ Saya pernah ke Puncak Alam tapi waktu sianglah........ jalannya turun naik bukit....... seram.....
ReplyDeleteItu siang... pun Zana dah seram... cer gi malam... lagi seram Zana.
DeleteRamai-ramai takpe, jgn sorang2 lalu kat situ..malam2 pulak..
ReplyDeleteya, betul..hantu tu takleh buat apa2, cuma menakut-nakutkan saja..tapi kalau manusia mcm2 leh buat..
One day saya nak pergi lagi tempat tu Nohas, nak makan di restoran McD tepi jalan Meru Tambahan. Nampak macam cantik tempat tu... tapi pergi sianglah... malam-malam dah tak berani dah... dah kalau boleh nak elakkan lalu tempat tu malam.
DeleteAcik pulak yang semput nafas..tu baru baca tu sweetie..sebab kita ni serupa..penakut.
ReplyDeletealhamdulillah sweetie dah selamat
Hari ni beberapa org kengkawan ofis cakap macam2 tentang jalan tu... ngeri saya acik! mereka kata dah jarang orang ikut jalan tu lebih2 lagi selepas 7 malam. Selalunya kebanyakkan pemandu yang nak ke Puncak Alam dan kawasan2 sekitarnya akan menggunakan jalan Lata.
DeleteHuh! memang seram dan takut bila dikenang2kan semula acik!
Salam,maaf menganggu..I'm noor..i nk tanya ttg malaysian hall in london..mcm mana i nk contact u ya?my blog haliqdiaz.blogspot.com | email : haliqdiaz@gmail.com |
ReplyDeleteW/salam Noor, U boleh hantar atau buat sebarang pertanyaan kat email I.
Deletenasib baik balik dgn selamat....
ReplyDeleteSampai saat ni bila dikenang-kenangankan kembali ngeri saya Nieda!
DeleteJalan ke puncak alam tu mmg banyak ceriteranya... jangan lalu sana setelah larut malam... mmg bahaya.. elakkan!... anak sy setahun buat Asasi di UiTM Puncak Alam... isteri saya orang Meru Klang sebelah sahaja dengan UiTM tu; kami pun tak berani lalu sana setelah 12 malam...
ReplyDeleteGangguan satu hal... perompak yang kita takut sebab di sana bukan lebuh raya yang selamat ketika malam.
Ha kan! kawan2 tempat kerja pun cakap macam tu... saya tak tahu begitu rupa jalannya... dan satu-satunya laluan yang saya tahu untuk ke Puncak Alam ialah melalui Batu Arang. Syukur! tiada apa-apa dan dilindungi Allah malam tu.
DeleteSweetie, jalan tu mmg gelap sgt2....pernah jugak dgr citer2 mistik kt situ hihi. Saya pernah lalu situ mlm sekali...tp dgn husband sbb nak riki jln ke uitm puncak alam jugak. Sekali tu je lah...pastu tobat x lalu dah. Kampus puncak alam tu mmh besar betul kan..
ReplyDeleteDemi anak2 kita sanggup merentasi segala susah payah...berkorban apa saja utk anak!
DeleteTapi Leez Jalan tu memang "kamikaze" ngeri... selepas 12 malam suasananya gelap pekat.
DeleteLinda, Saya pun, tak mo lagi lalu situ... kalau di kenang2kan balik... ngeri saya... betul memang besar kampus tu.
DeleteSaya pun pernah terlalu kat area batu arang tu malam sweetie. Tp dengan husband lah, Alhamdulillah ok. Tp memang betul, ramai yang cakap, tempat tu agak bahaya kalau bersendirian. Gelap dan sunyi.
ReplyDeleteSweetie emak yang baik..semoga semuanya dapat diharungi dengan tabah. Semoga mampu untuk terus tersenyum demi anak-anak. Semoga terus beroleh kekuatan
Terima kasih Zila atas kata-kata semangat tu! Saya bukan terlalu tapi memang nak lalu situ sebab tak tahu jalan lain... rupa-rupanya selama ni orang ramai kalau nak ke area Puncak Alam ikut lebuhraya Lata. Dah jarang orang guna jalan Batu Arang tu sebab sering berlaku rompakan dan cerita2 misteri di area tu. Alhamdulillah! mujur malam tu tak berlaku apa-apa.
Deletealhamdulillah tak jadi apa2... kalau boleh mengelak tak payahlah jalan kat situ...seram juga dengarnya..
ReplyDeleteSaya tak tahu jalan lain KN... Beberapa org kawan2 ofis dan blog cakap jalan tu memang bahaya dan orang dah jarang guna... kalau nak ke area sana lain kali guna highway Lata.
DeleteLaaa.. memang la jln batu arang tu gelap gulita dan senyap sunyi..memang ada jln lain..aduh kesiannya..lain kali singgah umah che mid kt meru k..
ReplyDeleteKalau saya tahu rumah ce mid kat area situ dah pasti saya singgah bermalam hari tu...
Deleteerkkk.meremang bulu roma sy yg membacanya
ReplyDeleteSaya pun sama Irfa... bila di kenang-kenangkan semula... ngeri! Tobat tak nak lalu lagi jalan tu.
Delete