Hari ni ramai yang mengeluh harga makanan mahal di kantin sekolah. Kawan-kawan yang mana ada anak-anak sekolah semuanya bercakap pasal ni. Aku dengar je sebab aku dah tak ada anak yang bersekolah. Cuma sesekali tu menyampuk juga dan cuba memberi pandangan dan cadangan.
Tentulah ramai yang tak setuju dan beralasan bila aku cakap cadangan aku tu. Cadangan aku tu sebenarnya berdasarkan pengalaman... yang aku lalu selama 11 tahun anak-anak bersekolah... yelah dari tahun 1 sampai tingkatan 5. Sebelas tahun kan.
Cadangan aku, buatkan bekal untuk anak-anak ke sekolah. Bila aku sebut bekal je... ramai yang menyangkal dan memberi bermacam-macam alasan. Tak perlu aku sebutkan... semua tahu sendiri. Lagipun bukan susah sangat nak menyediakan bekal seperti nasi goreng, bihun/mee goreng dan kuih-kuih. Siapkan rempah ratus dan penyediaanya pada belah malam. Bangun pagi cuma tinggal goreng saja. Atau paling teruk sangat bekalkan roti. Di kantin-kantin sekolah pun itu juga makanan yang dijual.
Akupun isteri dan mak yang bekerja. Di rumah tidak ada pembantu. Semua aku lakukan sendiri. Kerja aku pun kadang-kadang tak tentu masa. Tapi aku masih cuba berusaha memperuntukkan masa untuk keperluan anak-anak. Hubby tidak membantu sebab dia jarang berada di rumah. Hal anak-anak semua lepas ke tangan aku.
Tidak terucap rasanya perkataan penat tu... dengan tugas di tempat kerja dan tanggungjawab sebagai mak. Nak menangis pun tak boleh. Setiap masa aku cuba mengingatkan diri, “itu tanggungjawab aku”.
Masa abang dan Ojet Tahun 1, aku tak beri mereka duit belanja. Tujuan aku supaya mereka faham, pergi sekolah bukan untuk berbelanja tapi untuk belajar dan bersungguh-sungguh supaya jadi orang yang pandai. Memang aku cakapkan begini pada mereka dulu. Mereka angguk.
Abang dan Ojet bersekolah sesi pagi saja sampai tahun 6. Dari tahun 1 sampai tahun 3 aku cuma bekalkan mereka roti yang di sapu dengan butter, sandwich, kuih-kuih yang aku buat sendiri atau paling teruk sangat aku bekalkan goreng kentang dan nugget. Bergantung pada permintaan mereka. Senangnya anak-anak aku terutamanya abang (Ojet ikut je), dia ada kuih-kuih yang dia suka dan kuih-kuih tu pulak senang nak buat. Dia suka kuih keria, jadi aku boleh sediakan pada belah malam sebelum tidur dan bangun paginya aku cuma goreng saja.
Masuk tahun 4 sampai 6 barulah aku beri anak-anak duit belanja. Itupun 50 sen saja. Sekadar untuk membeli aiskerim. Ini biasalah budak-budak. Nak juga jajan-jajan. Waktu tu harga makanan di sekolah untuk sepinggan nasi lemak biasa seringgit. Apabila menengah aku cuma beri satu ringgit. Adalah kadang-kadang adik aku beri dua tiga ringgit sebab biasalah bila dah remaja tu kadang-kadang nak lepak-lepak juga di warung minum air batu campur dengan kawan-kawan selepas waktu sekolah. Biasanya bila ada aktiviti belah petang di sekolah.
Mula-mula tu kedua mereka ke sekolah dengan bas sekolah. Tapi selepas aku membeli kereta, aku sendiri yang menghantar dan mengambil mereka di sekolah. Selain dari untuk berjimat aku lakukan juga demi mengingatkan diri sendiri... itu juga rezeki anak-anak. Mereka tidak perlu lagi berkejar awal pagi... berpanas dan bersesak-sesak dalam bas sekolah.
Selepas menghantar mereka ke sekolah dan sebelum ke tempat kerja aku memasak dulu untuk mereka makan tengahari bila balik dari sekolah nanti. Selalunya aku masak lebih untuk makan malam sekali. Ala budak-budak bukan susah sangat makanannya. Setakat ayam goreng biasa/kicap atau cili, ikan goreng dan sup. Lagipun bukan payah sangat nak masak tomyam, kari ataupun kurma. Tambah-tambah sekarang semua tu pakai pes saja. Dan aku pun boleh bawa bekal juga ke tempat kerja.
Kebetulan sehingga tahun 2007 time kerja aku dari pukul 3 petang sampai malam. Balik selalunya tak tentu. Selepas tahun 2007 iaitu tahun 2008 hingga sekarang aku masuk kerja pukul 10 pagi sampai 6 petang. Tapi waktu balik tu selalunya tak tentu. Kalau banyak kerja kadang-kadang sampai malam. Hari-hari cuti pun kadang-kadang kena kerja juga... jadi aku sentiasa cuba sedaya upaya untuk 'dekat' dengan anak-anak. Cara yang paling mudah dengan memasak untuk mereka.
Dulupun masa anak-anak masih kecil dan sekolah aku jarang bawa mereka makan makanan segera dan melarang mereka minum minuman bergas. Semua tu sebab nak jaga kesihatan mereka. Sampai sekarang pun aku sentiasa mengingatkan mereka.
Rahsianya... menyediakan sendiri makanan untuk keluarga terutama anak-anak juga turut membantu perkembangan dan daya ingatan anak-anak. Apabila kita memasak sendiri kita tahu kebersihan, khasiat dan cara penyediaannya.
Bermula awal pagi, kita bangun mandi dan membersihkan diri. Kemudian sembahyang subuh. Lepas tu baru kita ke dapur menyediakan sarapan untuk keluarga. Seorang kawan bekas pelajar tahfiz pernah bertanya dengan aku, tahu tak kenapa pelajar tahfiz di sekolah-sekolah pondok memasak sendiri makanan mereka. Sebabnya mereka ingin memastikan si tukang masak sentiasa dalam keadaan ‘bersih’. Maksudnya tidak dalam berhadas besar, nifas atau haid. Kalau makan makanan yang disediakan oleh orang-orang yang begini, ketajaman dan ingatan si pemakananya akan kurang atau lemah. Cepat lupa apa yang mereka pelajari. Wallahualam! tapi kita berusaha untuk kebaikkan anak-anak dan keluarga.
(nota mak: Restu dan doa mak sentiasa bersama Dik Da (YB Ojet). Tenang dan mak pasti exam kali ni akan dapat 4 flat juga. - ... sekarang ni Ojet sedang exam dan setiap pagi sebelum melangkah ke dewan peperiksaan dia akan call dan sms aku mohon doakan untuknya. Abang pun macam tu juga sebelum exam beberapa minggu sudah... dia pun call aku minta aku doakan kejayaannya.)
Assalamualaikum awak. alhamdullilah. bagus awak ajar anak2 cara nak berdikari. betullah pergi sekolah nak jadi pandai bukan untuk berbelanja sakan ye dok. ehh abg sama dengan aciklah. suka kuihh keria :)
ReplyDeleteSheila tengah mengandung skrg... jaga makanan... elok minum susu, makan kekacang, jagung, kismis, kurma, ikan2 yang direbus atau kukus. Roti dan buah-buahan.. jangan lupa makan buah delima. - untuk anak jadi cerdik.
Deletesaya pun masak juga sweetie, tapi kalau tak sempat saya bagi roti atau susu...lebih baik masak kan?
ReplyDeleteBetul Zila, anak-anak ni memerhatikan apa yang kita buat untuk mereka... ada pengajaran di sebaliknya bila mereka lihat kita berusaha dan bersusah-payah untuk mereka. InsyaAllah sampai masanya nanti Zila akan tahu dan kesannya sangat manis...
Deletemasak sendiri lebih terjamin kebersihannya..hendak seribu daya, tak nak seribu dalih..lagipun hasil air tangan ibu, mengeratkan kasih sayang anak-anak..
ReplyDeleteYa betul tu Nohas, arwah mak saya dulu berpesan... kalau nak suapkan anak-anak jangan pakai sudu... elok pakai tangan... petuanya menurut arwah mak saya... supaya anak-anak sentiasa ingat dan kasihkan kita.
DeleteBetul tu Sweety...kita sebagai ibu lah yg sepatutnye menjaga makan minum anak sehingga disekolah. Walaupun saya ada pembantu Indonesia saya sendiri yg masak utk keluarga. Dia cuma membasuh & mengemas. Lagi pun my hubby nakkan air tgn isterinye je!
ReplyDeleteSaya tak ada pembantu Leez... semua buat sendiri... lagipun bukan ada apa sgt yang nak dibuat di rumah. Anak2 dah saya biasakan buat semua sendiri... membasuh kasut dan menggosok baju sekolah mereka sejak dari sekolah rendah ketika mereka dalam tahun 5... sebelum tu saya tolong2 juga.
Deleteibu yg hebat..
ReplyDeletesy masak jugak sarapan utk anak
dan malam juga masak wpun simple
penah sy goreng telur kicap je sbb itu menu kegemaran diorang
skrg saya berazam utk masak sarapan setiap hari
setakat tahun baru 2014 ni belum miss lagi.hihi
Cayalah Irfa... memang masa mereka kecik-kecik kita memang sibuk dan penat sikit melayan anak-anak... tapi sabar je... esok2 bila mereka dah lepas sekolah... masuk U... legaaa.
Delete