Friday, January 10, 2014

"Abang akan jaga mak..."

 Mungkinkah..?

Minggu ini minggu yang sangat letih pada aku. Sepanjang minggu ni aku balik kerja selepas pukul sepuluh malam. Sejak balik dari Arau aku langsung tak cukup tidur. Mata dah jadi macam mata beruang panda. Bila berjalan terhuyung-hayang. Memandu pun tak fokus. Aku menangis kepenatan... sungguh!

Balik rumah fikiran lagi bercelaru. Keadaan dalam rumah dah macam tongkang pecah. Berhabuk dan berselerak. Kain baju bertimbun sana sini tak berlipat. Makan pun bila sempat dan rasa lapar. Dan yang paling sedih ikan-ikan yang aku bela di kolam dah seminggu tak di beri makan. Rasa bersalah sangat.

Aku jadi hiba dan sebak. Tiba-tiba saja rasa begini. Airmata bergenang-genang ketika aku memandu balik ke rumah. Dalam hati teringatkan itu... teringatkan ini... anak-anak sudah semestinya. Pada siapa ingin aku luahkan isi hati...

Sampai rumah capai laptop... on dan hantar message pada abang. Hanya pada dia aku boleh mengadu keresahan. "Abg busy ke skrg... kalau tak meh chat ngan mak jab... mak nak luahkan isi hati... sebak rasanya ni." Tak lama lepas tu dia call... kami berbual lama. Dan dia mendengar saja segalanya.

"Mak! abang dah fikir. Abang pun dah cakap dengan Aja (Ojet).." dan abang ceritakan tentang perancangan masa depannya untuk aku. "Abang akan jaga mak dan..." Indahnya bayangan masa depan yang abang aturkan untuk aku. Aku sesekali menyampuk dan kami gelak-gelak, Lenyap perasaan sedih. "Aik! macam tu bankruplah abang!" Bila aku cakap aku nak makan hari-hari di satu restoran di Sheffield. Harga makanannya agak mahal tapi sedap.

Kalaulah benar dan bila tiba saat itu alangkah sukarnya untuk aku membuat keputusan. Tak sangka abang berfikir dan telah pergi sejauh itu. Sedar dirinya anak yang sulung dan tanggungjawab yang tergalas di bahunya serta harapan aku yang tinggi menggunung terhadap dirinya. Terima kasih abang, moga impian dan cita-cita abang... cita-cita kita akan terlaksana.

(nota mak: sampai masanya nanti aku akan up-date n3 isi perbualan aku dengan abang ini! InsyaAllah!)

38 comments:

  1. kehendak sekarang kita terkejar2...akhirnya kita yg stress.sabar ye Sweetie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyalah Nieda... tambah di usia kita sekarang ni cepat sangat terasa penatnya...

      Delete
  2. Wah tak sabar nak menunggu entry seterusnya Sweety ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Linda.... bila tiba masanya akan saya ceritakan.

      Delete
  3. Take care Sweety .... i pulak sebak baca perenggan pertama n kedua...sama situasi kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih umisara... macamnilah kehidupan kan... adakalanya kita kalah juga.

      Delete
  4. semoga tercapai segala impian..jgn stress2..InsyaAllah, setiap kesukaran, akan ada kelapangan..

    ReplyDelete
  5. sedih pulak baca...sometimes we need someone utk `bercerita' kan sweetie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul eni,.. kalau tak rasa terbuku dan sebak saja dalam hati.

      Delete
  6. tahniah, mempunyai anak yang baik..doakan anak sayapun akan jadi macam tu sweety

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Zila, Syukur kepada Allah atas kurniaannya yang indah ini.... InsyaAllah, Zila jaga dan didiklah anak-anak tu dengan baik...

      Delete
  7. Bertuahnye u dpt anak macam abg....bijak & bertanggungjawab!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Leez, bila hati saya terluka dan sedih pandai dia merawatnya.

      Delete
  8. BANGGANYA KALAU SAYA JD MAK BILA DGR ANAK2 ADA PERANCANGAN UTK HARI TUA KITA
    #sekarang pun klu dgr anak2 berebut nak umie dan ayah duduk ngan sapa bila tua nanti..dah kembang2 rasa hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Irfa... rasa mcm nak beritahu satu dunia betapa bangganya... walaupun skrg cuma bayangan tapi cukup untuk mengubat hati dan buat kita happy!

      Delete
  9. bertuahnya akak dapat anak2 sprt abang and ojet...... doakan semuga anak2 saya seperti abang & ojet....... anak saya pun 2 org, yg tua lelaki and yang last perempuan.......... harap-harap dia orang sprt ojet dan abanglah hendaknya........

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Zana... kita yang didik mereka..., jadi macamana kita melayan mereka skrg macam tu jugalah nanti mereka melayan kita.

      Delete
  10. Be strong...insyallah everything's gonna be ok...ALLAH has his own plan for us..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cuba Azian, selama ini saya fikir saya seorang yang kuat... tapi tak sangka akhirnya saya kalah juga.

      Delete
  11. Sedih acik.baca....alhamdulillah ada abang yang memahami

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah acik! tekanan kerja di office dan persiapan untuk perkahwinan adik buat saya stress... Saya mengalami penat yang melampau...

      Delete
  12. Alhamdulillah.. Bertuahnya dapat anak yang bertanggungjawab seperti Abang. Moga segala perancangan Abang akan terlaksana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah-mudahan Sal.. tercapai dan terlaksana impian tu. Bila dengar dia cakap hilang rasa penat dan stress saya.

      Delete
  13. Sedihnye bace...semoga kak sweetie trus kuat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Mimi... Awal tahun baru ni saya menghadapi tekanan kerja yg teruk rasanya...

      Terima kasih juga kerana singgah di blog saya dan menjadi rakan saya.

      Delete
  14. Replies
    1. KN yang cuma baca kisah je pun turut rasa sebak.... saya yang mengharunginya lagilah hiba... beginilah sepanjang dua minggu dalam tahun baru ni... esok lusa pun mungkin sama... cuma anak2 dah tahu, jadi sekarang selang 2 hari mereka call saya...

      Delete
  15. Alhamdulillah semoga semuanya dipermudahkan...take care ya!!

    ReplyDelete
  16. salam sweetie...maaf terlebih dulu...rasanya ada tersalah faham sikit dkt entri eni tu...yg tulisan kecil tu not mine...anyway tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok eni,.. tok sahlah fikir yg bukan-bukan pulak. Itu hak tiap individu... apa yang mereka nak tulis dan tunjuk... Saya ok!

      Delete
  17. Wahh... Terharunya... Sejuk perut ibu mengandung dapat anak macam ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahlhamdulillah Wafee... hilang penat lelah mendengar janjinya...

      Delete
  18. saya dapat membayangkan kekalutan yg dihadapi...alangkah bertuahnya mempunyai anak yg begitu memahami dan meletkkaan kepentingan siibu diatas sekali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesungguhnya Kamsiah, rasanya saya antara ibu yang paling bertuah! Alhamdulillah atas anugerah yang tidak ternilai ini.

      Delete