Monday, January 6, 2014

'Berkejar' ke Arau....

Letih sangat hari ni... teramatlah letihnya. Seluruh badan rasa sakit-sakit. Pagi tadi subuh pun kelaut. Sedar-sedar dah jam 10 pagi. Dah berkira-kira dah nak ambik MC hari ni. Tapi memikirkan banyak kerja yang nak kena settlekan hari ini aku gagahi juga diri bangun dan bersiap.

Sabtu hari tu aku ke Arau. Bertemu dengan Ojet. Ada beberapa borang dan dokumen yang bersangkut paut dengan penajaannya yang terpaksa mendapat tandatangan Ojet.

Aku tak berani nak postkan... in case kalau apa-apa terjadi dalam pengeposan, rosak, lambat atau Ojet tersilap tanda dan isi. Lagipun semua surat dan dokumen ni nak kena hantar cepat. Sebelum tu aku kena dapat pengesahan dan saksi dari beberapa orang tertentu dan nak matikan stem hasil bagai.

Memang tak plan pun nak ke Arau sebab borang-borang ni semua dapat pagi hari Sabtu tu. Tengok-tengok semuanya kena hantarkan semula sebelum akhir bulan ni ke JPA. Bulan ni pulak aku sibuk dengan persiapan perkahwinan adik aku.... dan kerja yang bertambah di tempat kerja.

Kelam-kabut juga masa bertolak ke Arau. Baju persalinan pun aku tak bawa. Nak cepat jadi capai mana yang sempat dan teringat saja. Aku nak mengejar masa takut kemalaman di jalan raya. Aku memang ‘lemah’ kalau memandu malam. Begitu begini pukul 4 petang aku bertolak dari rumah sebab jiran sebelah rumah menjemput ke majlis akad nikah anak perempuannya lepas solat Zuhur.

On the way ke Arau aku talipon taukeh homestay... nak bilik dan beritahu aku akan sampai pukul 11 atau 12 malam. Yang menemani aku malam tu kakak, adik (bakal pengantin) dan anak saudara aku Along - (Yang aku ceritakan dalam n3 ni - link).

12 Disember 2013 (bulan lepas) padi-padi di belakang 
homestay yang aku sewa masih hijau lagi... tapi Sabtu semalam 
padi-padi ni dah mulai dituai.

Tengok pokok-pokok padi tu dah mula menguning. 
Ni dekat satu hentian sebelah area Alor Setar. Aku lupa pulak 
namanya. Berhenti di sini sekejap sambil menikmati rojak buah 
dan tiupan angin bendang yang nyaman.

Sepanjang perjalanan dari KL sampai Penang hujan. Lagilah menyukarkan penglihatan aku.  Suasana pulak dah gelab... aku sentiasa berdoa dalam hati agar semuanya di permudahkan dan selamat. Ngam-ngam pukul 11 malam aku sampai. Singgah di kolej ambil Ojet dan bawa dia ke homestay yang aku sewa. Malam tu sampai pukul 3 pagi kami berdua ‘mengerjakan’ dokumen dan surat perjanjian biasiswa tu. Siap!

Bila nak masuk tidur dan nak tukar baju baru sedar aku tak bawa baju salin yang ada cuma sehelai t-shirt untuk di pakai balik ke KL nanti.  Aku tak ada pilihan pakai saja t-shirt tu untuk tidur dan masa balik KL aku pakai t-shirt yang sama. Tak siapa tahu aku pakai baju tidur balik KL... nasiblah!

Ahad semalam, selepas makan tengahari di Anjung Keli (warung ni dah keluar dalam JJCM TV3 beberapa minggu sudah) aku hantar Ojet balik ke kolej... lepas tu aku pun memandu semula balik ke KL. Kali ni aku memecut 140 KM/jam di lebuhraya. Nak cepat dan dalam hati aku sentiasa berdoa agar hari tak hujan dan kamera AES tak berfungsi waktu malam dan polis traffic tak bertugas hari minggu. Badan rasa letih dan sesekali mengantuk juga. Untuk menghilangkan mengantuk dan 'meluruskan' pinggang boleh dikatakan aku berhenti di setiap R&R. Dan 10.45 malam tadi aku sampai di rumah. Letihnya hanya Tuhan saja yang tahu.

Hari ni semua dokumen-dokumen tu telah siap ditandatangani dan cop pengesahan dari Datuk KP. Esok atau lusa aku nak ke pejabat hasil untuk beli stem hasil dan matikan stemnya.... lepas tu postkan ke JPA semula... selesai!

16 comments:

  1. jauh tu driving pergi balik KL-Arau..tapi puashati dan selesai kerja...semoga Ojet tak lupa pengorbanan ibunya ini, aminn..saya pun tak suka driving malam2..fikir mcm2, selalunya yg negatif lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malam-malam banyak kenderaan berat di lebuhraya nohas... kadang2 tak perasan mereka di depan.

      Eh! masih di Kuala Kangsar lagi ke?

      Delete
    2. dah ada di KL, kembali stress dgn kerja..

      Delete
  2. Alhamdulillah..dah selesai semua urusan.semoga harii ni kembali bertenaga

    ReplyDelete
  3. kalau benda penting baik selesaikan awal. bila dah selesai otak dah rilek sikit...kalau tak siap asyik2 teringat2 saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Nieda, nak buat kerja lain pun tak senang...

      Delete
  4. aduh tabik hormat 10x pada Sweetie yg sanggup berkorban driving jauh2 demi utk mengisi borang anak2 jauh tu U driving, dah melimpasi kampong akak kt aloq staq tu,, mudahan anak Sweetie akan berjaya nanti macam abangnya jugak ya aminnnnn doa ibu mmg makbul INSYAALLAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Noor.. Kalau Brunei tu tak menyeberangi laut... pasti saya drive juga dari KL ke sana jumpa kak Noor.

      Aminnnn! Mudah-mudahan kak Noor... tapi setakat dua semester yang dah berlalu ni Ojet masih dapat 4 flat.

      Delete
  5. Tu la kasih ibu..sanggp buat apa saja untk anak2..letih pun x terasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tul kak Sarah... demi anak-anak kita ni sanggup buat apa saja... kalau anak-anak tak kenang juga tu tak tahulah...

      Delete
  6. Assalamualaikum kak. letihnya drive sorang. mujurlah perjalanan akak tak jadi pape kan.. semoga cepat sembuh dan fill in ur energy back kak sweetie :)

    *next week keluar review blog akak, maaf sheila lambat up. jangan lupa singgah dan baca ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. W/salam shiela, terima kasih nak buat review blog saya. Pasti saya singgah dan baca.

      Delete