Tuesday, December 17, 2013

YB tu turun Shah Alam...

Dah lama sangat kasut ni tersimpan dalam kabinet 
kasut. Akhirnya terkopak sendiri.

Baju sudah aku gosokkan. Aku gantung dalam almari. Kasutnya yang terkopak tu pun sudah aku gamkan semalam. Ada beberapa pasang kasut lagi dalam kabinet kasut yang tidak dibawanya ke kolej. Nanti semua tu akan aku bawak dan tunjukkan pada dia. Biar dia pilih sendiri yang mana sesuai dan dia nak pakai.

Malam ni YB tu (Ojet) akan turun ke Shah Alam. Habis kuliah tengahari nanti dia dan barisan kabinet MPP cawangan UiTM Perlis akan bertolak dari Arau dan di jangka sampai di UiTM Shah Alam malam nanti. Ada majlis watikah perlantikan MPP baru esok (Khamis). Sudah tentulah kesempatan ini peluang untuk aku berjumpa dengan Ojet.

Itulah baju dan kasut tu dia nak pakai untuk majlis perlantikan tu nanti. Aku dah cakap dengan dia dulu... kasut-kasut dia dalam kabinet tu bawalah ke kolej... pakai pergi kuliah. Kalau biar dan simpan saja dalam kabinet tu lama-lama nanti akan rosak jugak. Untienya (adik aku yang nak kawin tu) suka belikan dia kasut. Malah setiap kali bila mereka keluar bersama. Macam-macam fesyen. Semuanya tinggi-tinggi..

Aku pun tengah fikir-fikir nak bawakan apa untuk dia. Kalau nak masak-masak tu tentu tak sempat. Lately ni aku sampai rumah malam... lepas maghrib. Kakak aku pun fikir benda yang sama juga. Kakak aku tu tak ada anak. Anak-anak aku dah macam anak-anak dia. Sejak lahir dialah yang menjaga abang dan Ojet. Sanggup berhenti kerja semata-mata nak jaga anak-anak buah. Samalah dengan adik aku (bakal pengantin tu). Apa saja kemahuan anak-anak buah diturutkannya.

Dan aku tengah berkira-kira nak ambik cuti esok. Work presentation yang di bincangkan masa brainstorming di PD hari tu dah siap dan dah diserahkan pun. Tapi esok ramai pulak rakan-rakan yang nak cuti. Masing-masing nak menghantar anak-anak ke sekolah untuk ambik keputusan PMR. Aku nak cakap hantar anak ambik keputusan PMR jugak ke?... hehehe.

25 comments:

  1. yaaa alasan terbaik "untuk hantar anak ambil result PMR" hahaha....... sendiri taulah ya kak........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak de maknenya Zana... Sume kengkawan saya tahu... anak-anak saya tak de yang bersekolah lagi... Tapi ok, kengkawan sume sporting!

      Delete
  2. UNTUNG RAMAI YANG SAYANG :)
    seronok mak yg lebih ni ye
    kim salam kat yb

    ReplyDelete
  3. lepas la rindu dengan YB tu kan sweetie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah sikit-sikit Acik... Pepagi gelab sok saya nak tunggu dia kat pintu pagar UiTM tu... :)! Nak mintak cium je...

      Delete
  4. menerima watikah perlantikan..bestnya, event ni...

    ReplyDelete
  5. Thanks..tgh busy kat office..nk semput rasanya...nanti upload gmbar, nak juga tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni main ngajak je Nohas... Tak de jemputan pun untuk parent... tapi saya ni suka main terjah je... setakat ni alhamdulillah dibenarkan masuk... masa Ojet buat asasi tesl di Shah Alam dulu, pernah saya pergi tgk persembahan drama dia... persembahan tu untuk mengutip markah juga tapi saya datang bagi semangat kat dia... dalam dewan saya sorang je mak yang dtg tengok persembahan budak-budak tu.

      Delete
  6. seronoknya YB dapat makcik-makcik yang best...All the best juga kat dia ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makcik2nya tu tak ada anak... jadi perhatian tertumpu pada anak-anak buahlah Zila.

      Delete
  7. Replies
    1. Salam KN! semoga sihat dan cerita di hujung minggu.

      Delete
  8. kasut yg tersimpan dlm gobok pun boleh rosak ....sayangnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang Nieda... lama-lama gamnya tu mengering dan itu yang buat ianya terkopak sendiri... kasut ni pun ada jangka hayatnya jugak kot... tak boleh nak sayang2 sangat. Kalau sayang pakai!

      Delete
  9. ya..kasut...or beg..kalau simpan lama2 kat almari memng akan terkopet..mybe sbab suhu kot?? sayangkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang kata "ia makan diri". Mestilah sayang tapi sebab sayang nak pakai akhirnya rugi kan...

      Delete
  10. Hi Sweetie...semoga gembira jumpa anak & selamat menjangkau tahun baru 2014!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Tahun baru Leez! Banyak shopping di London?

      Delete
  11. AsSalam, SELAMAT TAHUN BARU 2014...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Tahun Baru 2014 KN! Ada seminggu lagi...

      Delete
  12. Mengapa tidak pinjam sahaja baju bakal pengantin itu? Senhang dan cantik pun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takkan nak pakai baju pengantin untuk majlis rasmi tu en. Hasan. YB tu minta saya gosokkan baju kemeja putih yang di pakai dengan 'blazer' hitam.. pakaian rasmi...

      Delete