Semuanya menyesak dalam fikiran sekarang. Tak tahu di mana nak mula. Perbincangan secara formal belum dibuat... sekadar cakap-cakap saja dulu. Tapi tarikhnya sudah di pilih.
Aku kata tak boleh. Suntuk sangat masanya. Sebulan yang diberi tu tak cukup untuk aku menguruskan dan melaksanakan seperti apa yang dimahukan.
Katanya, jadikan dia seorang princess seperti dalam cerita-cerita dongeng Inggeris. Mahu pakai gaun kembang seperti Cinderella. Layahnya labuh menyapu lantai... Kelilingnya dipenuhi dengan bunga-bungaan persis taman Inggeris... ketika dia berjalan alunan muzik dari lagu-lagu Love Story mengiringi langkahnya berdua menuju ke lantai singahsana... hah! pengsan aku.
Kakak aku pulak cadang nak buat di rumah. Aku kata tak boleh... Aku tak ada masa nak tolong dia mengemas. Aku suggest buat kat tempat-tempat tertentu dan guna pakar perunding saja. Kalau nak buat juga di rumah sekadar majlis doa selamat dan akad saja.
Adik aku, adik perempuan yang bongsu nak kawin. Impian perkahwinannya macam yang aku cakap... dan dia dah minta aku uruskan. Tapi masa yang diberikan itu terlalu singkat bagi aku... mana lagi masuk tahun baru ni lepas brainstroming di PD beberapa minggu lepas dapat aku bayangkan macamana ketatnya jadual kerja di pejabat. Dalam perkiraan aku, agak susah juga untuk mendapat cuti nanti.
Tapi hal adik aku tak boleh nak ketepikan juga. Tambah-tambah lagi kami dah tak ada mak dan ayah lagi. Segala urusannya kami adik beradiklah yang settlekan. Kalau dulu ada juga abang, kini abang aku pun sudah tiada lagi. -(aku sedih bila teringat saat2 begini dia tiada. Kalau tidak dulu apa-apa hal pada dialah tempat mengadu).
Aku kalau boleh nak buat Malay Wedding saja. Aku suka tengok lelaki orang putih pakai baju Melayu, bersamping dan bertanjak. Nampak handsome pada pandangan mata aku. Tapi nak buat macam mana... tuan empunya badan ada impiannya... aku turutkan saja setakat mana yang mampu.
Oh ya lupa nak beritahu, pasangan adik aku itu seorang lelaki kulit putih. Bangsa Amerika. Bukan lelaki Inggeris seperti yang pernah aku beritahu dalam entry bulan Februari lalu...yang dia date ketika kami pergi ke UK tempohari. Itulah dah jodohkan... kita merancang tapi tuhan yang menentukan. Apapun aku bersyukur dia dah bertemu dengan empunya tulang rusuknya. Patutlah lambat... orang jauh rupanya yang punya... dari benua Amerika sana datangnya... haha!
(nota mak: Anak-anak aku pun belum di beritahu yang untie mereka nak kawin. Aku pasti apabila kedua mereka (abang dan Ojet) akan terkejut bila membaca post aku ini. “Acik dah nak kawin abang, dik Da”)
in syaa allah..adik sweetie akan jadi princess nanti..tapi untuk memenuhi impuian kakak..apa salahnya sewa baju songket..untuk dipakai..dapat juga bergambar dan kakaknya puas hati dapat tengok
ReplyDeleteTak terfikir pun nak sewa baju dan pakai untuk pre-weddingnya acik... saya tgh buntu ni... terima kasih kerana memberi cadangan.
Deletewah, perkahwinan dalam taman impiannnya ;)
ReplyDeleteharap dipermudahkan urusannya
sy mmbayangkan satu saat jika mak ayah dah tiada.. adalah saya akan menguruskan perkahwinan adik2 saya?
boleh je..sediakan ongkosnya.hihi
InsyaAllah saya cuba melaksanakan impiannya tu. Dah lama menunggu kan... tup tup jodoh sampai. Irfa, mak dan abah saya dah lama pergi... masa tu kakak saya yang sulung pun belum kawin... jadi kami adik beradiklah yang mengendalikannya... at lease saya dah lalu pengalaman jadi 'mak pengantin'... tau dah macam mana penatnya.
DeleteMalay wedding pun OK jg kan, boleh tunjukkan adat istiadat Melayu pd family pengantin lelaki...tapi garden wedding pun sweet jg..I like fresh flowers..
ReplyDeleteBetul ya Nohas, tapi saya kami belum buat apa-apa keputusan lagi... tunggu pengantin lelakinya balik dulu dari US... baru nak duduk bincang sama-sama.
DeleteWahhhh garden wedding, mesti hebat ni........ dan satu lagi mesti ada masakan istimewa dari kakak nya...... anak di London akan balik ker bila wedding untienya???
ReplyDeleteDia belum tahu lagi Zana. Untienya malu pulak nak beritahu pada abang!
DeleteTahniahla pada adik sweetie tu kan, semoga berbahagia sampai ke akhirnya dan diharap bakal suaminya mampu menjadi lelaki yang soleh. Moga dipermudahkan urusan ye..
ReplyDeleteInsyaAllah Zila... skrg ni dia belajar dan di bimbing oleh PERKIM. Mudah2an.
DeleteTahniah kepada pengantin...semoga semangat kekeluargaan bertambah utuh...
ReplyDeleteMudah2an KN... terimakasih!
DeleteBerkorban apa saja, demia adinda tercinta..pandai2 bahagikan masa ya..
ReplyDeleteIni adik perempuan yang bongsu che mid. Ni je satu2nya adik yang tak kawin lagi... umur pun dah banyak jugak...
DeleteTerlewat tiba. Maaflah. Untuk kenangan mereka 35 tahun dari sekarang perkahwinan ditaman mmakai baju kurung kain songket dar Terengganu akan membawa kenangan manis kepada mereka dan anak anak. Itu lebih penting daripada ke;puasan hati orang lain dari mereka sendiri. Pakcik bercakap dari pengalaman. Harapnya berjayalah apa saja yang dibuat nanti.
ReplyDeleteInsyaAllah! saya harap2 begitulah... semoga bahagia hingga keakhir hayat!
Delete