Thursday, December 12, 2013

Baru lega....

Berminggu-minggu aku menanggung rindu... menanti-nanti panggilan darinya.... nak dengar suaranya... nak dapat mesej dan tahu perkembangan dirinya tika ini...

Rasa macam tak boleh buat kerja... Dua minggu sudah aku di PD tiga hari... menghadirkan diri untuk brainstorming. Entah! tumpuan aku tidak sepenuhnya pada meeting tu. Semuanya macam blur je.

Perjalanan balik ke KL aku memandu santai-santai sambil dengar lagu jiwang-jiwang...  Malaslah nak fikir pasal hal-hal yang dibincangkan masa brainstorming tu.

Aku singgah di R&R untuk sembahyang zuhur dan tapau yongtofu kat gerai Umi. Sesiapa yang biasa singgah di R&R Seremban menghala ke KL mesti tahu gerai Umi tu. Owner dia Umi tu dulu tinggal berjiran dengan aku di KL. Kami tinggal satu taman... tapi sekarang tidak lagi.

Bermalam di rumah semalam... lepas tu aku ke Arau. Jumpa YB tu lah...(hehe... sekarang aku panggil Ojet YB, lepas dia menang PRK tu. Ahli Majlis Tertinggi sekarang dalam MPP. Ojet pegang jawatan Setiausaha Agung.) Pun aku pandu kereta santai-santai je. Dah tak berani nak pecut laju-laju... takut kena saman lagi. Sementelah ketika sampai di Sungkai aku nampak kamera AES memancar-mancar flashnya mengambil gambar kereta-kereta yang di depan aku.

Ketika aku memandu melalui kawasan-kawasan sawah padi dari Sungai Petani ke Alor Setar (sekitar Pendang aku rasa) pemandangannya cantik sangat. Di kiri kanan highway sawah padi terbentang luas. Terkenang masa kecik-kecik dulu... hmmmm! Dalam hati berangan... seronok kalau dapat memancing di tali air di tepi-tepi sawah padi tu.

Pemandangan yang menyejukkan mata... aku 
berhenti sekejap di tepi lebuh raya untuk mengambil gambar 
dan menikmati pemandangan yang cantik ni.

Pertama kali aku melalui kawasan sawah di Alor Setar ni, ketika aku menghantar abang ke Kuala Nerang untuk mengikuti foundation di Kolej Mara sana tiga tahun dulu. Waktu tu aku betul-betul teruja dan terpegun dengan keindahan pemandangannya.

Sampai di Arau aku tidak terus berjumpa dengan Ojet... sebab YB tu sibuk sangat masa tu. Ada program di kampus... Muka pun nampak penat je bila aku jumpa dan ambik dia. Penat dan tak cukup rehat sejak dari hari kempen. Tak dapat berlama-lama dan berbual sangat dengan dia. Tapi kami sempat jugalah ke Padang Besar. Dua hari tu Ojet tidur dengan aku di homestay.

Sekitar homestay yang aku sewa. Di sebalik 
tembok pagar tu ada tali air dan sawah padi.

Balik semula ke KL kerja menimbun menunggu untuk di siapkan. Barulah fikir semula hal-hal yang dibincangkan masa brainstorming di PD. Lepas maghrib baru balik ke rumah. Suasana yang sunyi di rumah buat aku tertekan.

Sehinggalah malam tadi... aku dapat panggilan talipon...

“Mak buat apa tu!”

“Mak tengah mengemaskan rumah”.

“Pukul berapa ni, mak tak tidur lagi”

“Pukul sepuluh! Abang ok ke?” Gembira je nada suara abang aku dengar. Tengah exam dia sekarang ni. Dan dia begitu yakin sekali akan dapat markah 100. Menurut abang selama dua minggu dia berkurung di library mengulangkaji. Sebab tu dia tak talipon aku... dan hari ni, Jumaat, aku happy sangat. Ada macam2 berita gembira yang aku terima hari ni... selepas 'berkelana' dari selatan ke utara... InsyaAllah! akan aku update di blog ni nanti.

(nota mak: Doaku sentiasa mengiringi permata-permata hatiku... abang dan Ojet pada setiap perkara yang mereka lakukan dan meraih kecemerlangan lagi dalam exam semester kali ini...aminnnn!)

14 comments:

  1. Thanks for the recipe..will surely try it one fine day, InsyaAllah...

    seronok baca entry akak ni..takde yg lebih membahagiakan bagi seorang ibu melainkan bersama-sama anak2 tersayang..tautan hati, fikiran dan emosi..semoga anak2 akak berjaya dlm apa jua yg diceburi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Nohas... cubalah buat kek tu... senang je.

      Saat bersama dengan anak-anak itulah saat yang paling indah dalam hidup saya Nohas... Marah, merajuk dan bergurau itu sentiasa mengisi momen2 indah dalam catatan diari kehidupan saya.

      Delete
  2. gembiranya mendengar berita anak2 berjaya.

    bila kita bersedih @ ssh hati pandanglah ciptaan allah seperti bukit bukau , awan , pokok2 menghijau sure hati jadi tenang semula

    tengok awan berarak pun dah rasa sejuk hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguh Nieda... keindahan alam ciptaan Allah ini memang sentiasa jadi terapi kehidupan kita.

      Delete
  3. doa mak insyaAllah sentiasa dikabulkan.. ammiinnnn..

    ReplyDelete
  4. Semuga anak2 akan berjaya dlm apa jua yang diceburi.... seronok dapat dengar suara anak kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Zana, baru nampak namanya tertera pada screen talipon hati dah suka.

      Delete
  5. alhamdulillah syukur..tahniah utk kedua2 abang & ojet ye! moga mereka terus cemerlang..amin!

    ReplyDelete
  6. anak2 duk umah mil 3 hari pun sy dah rasa sunyi sgt rumah
    inikan pulak duk jauh mcm akak
    moga yg terbaik utk mereka
    # mesti seronok suasana homestay tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best duduk homestay tu Irfa... kalau Irfa nak tahu sayalah pelanggan pertama yang menginap di homestay tu sebaik saja ia siap dulu. Tuan punyanya pun peramah... bila saya call untuk booking saya akan ambik bilik no 12...

      Delete
  7. Alhamdulillah, punyai cahaya mata yang dapat menggembirakan hati..Moga-moga anak saya juga begitu nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Zila... didiklah mereka sebaik-baiknya...

      Delete