Bukan saja-saja bergaya tau...
Meriah di tempat kerja hari ni. Dengan aktiviti memasak bubur lambuk di perkarangan bangunan pejabat... dan kunjungan para tetamu serta buah tangan dari Bank Pembangunan Malaysia Berhad.
Sebenarnya beginilah suasana di tempat kerja aku setiap bulan Ramadan... walaupun ada juga tetamu-tetamu dan pelawat yang datang pada bulan-bulan lain tapi ianya tidak semeriah di bulan Ramadan.
Memasak bubur lambuk ini adalah aktiviti yang memang diadakan setiap tahun di bulan Ramadan. Sepanjang bulan itu aktiviti memasak ini akan dibuat sekali dalam seminggu. Ianya adalah sukarela yang dianjurkan oleh Badan Keluarga dari bahagian agama. Tiada paksaan... sesiapa yang free boleh datang membantu dari mengupas kulit bawang hinggalah memasukkannya ke dalam bekas. Kadang-kadang aktiviti memasak bubur lambuk ini juga di taja oleh badan-badan atau persatuan tertentu untuk mereka ambil dan agih-agihkan kepada sesiapa saja.
Dan hari ini kami semua berbuka puasa dengan kakitangan GAMUDA yang datang melawat dan menyediakan makanan di perkarangan bangunan pejabat tempat kerja aku.
Kedatangan Doremon menggemparkan
rakan-rakan yang berebut-rebut nak
bergambar dengannya.
Juadah berbuka pemberian dari
Bank Pembangunan Malaysia Berhad. Dalamnya
ada nasi beriani dan lauk-lauknya. Sedap!
Enam puluh bekas bubur lambuk yang dah siap untuk
di berikan sebagai buah tangan kepada para pelajar UNiMAP
dari Arau Perlis yang datang membuat lawatan.
Sebahagian pelajar UNiMAP yang datang berkunjung
sedang diberi penerangan.
Assalam sweetie...seronok macam tu..buat secara gotong royong..
ReplyDeleteMemang acik... nanti 30hb nanti kami akan buat lagi sempena majlis berbuka dengan anak-anak yatim.
Deletebestnya Sweeetie
ReplyDeletebubur lambuk hasil dari gotong royong mmg sedap ni kan bak lah semangkok nak rase hee
Inilah antara kenangan manis sepanjang saya bekerja di tempat saya bekerja skrg ni kak Noor. Bukan setakat memasak bubur lambuk saja... bila tiba musim korban kami akan buat korban juga dan masak ramai-ramai...
DeleteSat..sat.. saya cari bekas noh!
seronoknya buat bubur lambuk ramai2.meriah dan dpt mengerat silatulrahim antara staff.
ReplyDeleteMemang Nieda. Beginilah kami setiap tahun.
DeleteAlhamdulillah rezeki. Menyumbang tenaga memasak untuk memberi makan kepada orang yang berpuasa besar pahalanya. Nampak kecil tapi bererti.
ReplyDeleteIni memang aktiviti tempat kerja saya dibulan Ramadan setiap tahun Jun.
Delete