Wednesday, July 17, 2013

Hari ini...

Buah tangan dari Felda Global Ventures Holdings 
Berhad (FGV) Beg purple tu pulak pemberian dari Kementerian 
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang 
menaja majlis berbuka kami di pejabat semalam. 

Hari yang kelapan kita berada di bulan Ramadan... bermakna akan lapan hari jugalah aku berbuka di tempat kerja. Beginilah rutin harianku setiap kali menjelang Ramadan. Sejak dari tahun 1995... sejak aku menyertai syarikat ini. Jarang aku dapat bersama dengan anak-anak di rumah. Berbuka puasa bersama-sama. Kalau ada pun cuma pada hujung minggu. Hari-hari lain mereka berbuka puasa di rumah kakak aku.

Bila aku balik mereka (abang dan Ojet) akan tanya dan antara pertanyaan mereka... “mak berbuka kat mana... mak makan apa... siapa yang sediakan tu semua.... mak beli ke? sedap ke?...

Aku akan jawab, ”mak berbuka kat tempat kerja... makan nasi je... ala nasi dengan ikan goreng dan sayur.... semua tu tempat kerja mak yang sediakan... percuma... ala biasa je... lagi sedap umi masak. (umi tu kakak aku tempat aku titipkan anak-anak bila aku keluar bekerja. Dialah yang mengasuk anak-anak aku selama ini. Anak-anak aku tu dah jadi macam anak dia.)

Setiap tahun itulah pertanyaan yang di ulang-ulang walaupun kedua-duanya dah dewasa sekarang. Dan jawapannya tetap sama... walaupun ada hari-harinya ada penaja dan majlis berbuka puasa di tempat kerja... dan menunya ‘grand-lah’ sikit... macam-macam ada. Ada kambing panggang, sate, nasi beriani dengan lauk-lauknya, kuih muih yang berbagai jenis, mee dan macam-macam lagi tapi aku tetap akan kata cuma makan nasi lauk ikan dan sayur juga. Dan setiap tahun dalam bulan Ramadan memang ada saja penaja dan buah tangan dari bank-bank atau syarikat-syarikat lain yang datang mengadakan majlis berbuka di tempat kerja aku.

Tak tergamak rasanya cakap tadi ada majlis berbuka di tempat kerja...  Dan menunya lebih dari biasa. Aku rasa macam tak tersuap makanan tu ke dalam mulut bila teringatkan anak-anak di rumah. Walaupun aku tahu kakak aku dah sediakan juadah berbuka untuk mereka di rumah... tapi entahlah... satu perasaan yang sukar aku jelaskan.

Lagipun bukan aku suka-suka nak berbuka di tempat kerja dengan kawan-kawan tapi dah tuntutan dan rutin kerja aku memang begini.Kalau aku balik pun kerumah tak sempat nak sampai di rumah sebelum maghrib. Tahu-tahu jelah keadaan trafik di Kuala Lumpur ni lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan. Jadi aku tak kuasa nak bersesak-sesak jika ada alternatif lain... berbuka saja di pejabat. Hubby pun sama. Dia juga berbuka di tempat kerja. Bidang kerja kami sama cuma lain syarikat saja. Anak-anakpun aku rasa dapat menerima situasi ni.

Meriah juga berbuka di tempat kerja. Makanan memang disediakan oleh majikan. Dan rasanya tahun ni lagi meriah. Dengan beberapa khemah yang telah dipasang dan dalam suasana di bangunan baru. Lepas berbuka kami semua akan solat berjemaah dan tarawih bersama-sama. Di bangunan baru ni ruang suraunya lebih besar berbanding dengan bangunan lama dulu. Alhamdulillah!

10 comments:

  1. PAHAM KAK, KALAU MAKAN MESTI TERINGAT KAT ANAK
    SEBAB TU SY SUSAH NAK MAKAN FASTFOOD KAT OPIS
    MESTI TERINGAT ANAK SUKA MAKAN TU ;)

    DAH KERJA NAK BUAT MACAM MANA
    ANAK2 PUN PAHAM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang Irfa, pernah sekali kawan belanja berbuka di hotel, saya lansung tak boleh suap makanan tu... bukanlah special sgt pun cuma suasananya almaklumlah kat hotel, banyak makanan berbagai jenis.. rasanya pun sama saja dengan yg kita masak kat rumah... tapi entahlah Irfa... mcm Irfa cakap anak-anak suka makanan2 tu.

      Delete
  2. Faham kak...... saya pun sama..... malam ni ada majlis berbuka kat kampus ni, tak sanggup nak pergi.... kesian kat anak-anak......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab perasaan ni memang payah nak diterjemahkan dengan kata-kata ya Zana. Betul! hanya yang melaluinya saja yang faham...

      Delete
  3. salam ramadan sweetie.
    cantik beg dan tupperware tu .
    kena pula sedondon warna.
    faham perasaan sweetie bila berbuka tanpa anak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ramadan Nieda! kita memang saling memahami perasaan berbuka tanpa anak-anak. Nieda pun ada sorang yang duk tinggal kat asrama kan!

      Delete
  4. Wah! Meriah nye you hari2 berbuka puasa dipejabat n ditaja pulak makanan nya.
    Tak payah nk susah2 memikir apa nk masak.
    Saya pulak sentiasa berbuka dirumah kecuali ada undangan diluar n adakala nye amat bingung nk memikirkn apa nk masak utk berbuka!

    ReplyDelete
  5. Meriah Leez! tapi hati I tak meriah! sedih ni.. sob..sob!

    I pulak masa sahur cuma masak nasi saja sebab kakak I akan beri lauk. Rumah kami dekat-dekat. Tahun ni cuma Ojet saja yang berbuka di rumah kakak I... lepas tarawih sebelum balik rumah kakak I akan bekalkan lauk pada Ojet untuk sahur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertuah you dpt kakak yg baik!

      Delete
    2. Kami dah tak ada orang tua Leez... jadi hubungan kami rapat... kakak I tu pulak tak ada anak... suami dah meninggal empat tahun sudah. Anak-anak I tu dia jaga sepanjang masa I bekerja. Dari sejak baby sampai dah besar panjang.

      Delete