Wednesday, April 24, 2013

MC 2 hari...

Dua hari MC... sakit kat pangkal lengan. Nak buat kerja pun payah... serba serbinya jadi terbatas. Tarik nafas pun terasa sakit. Apalagi kalau terbatuk atau bersin. Tidur pun tak lena sebab sakitnya berdenyut-denyut. Kawan-kawan satu pejabat suruh pergi urut... tapi aku tak tahu di mana.

Semalam pergi klinik. Doktor cuma bagi ubat tahan sakit dan MC. Lepas tu cakap, jangan guna sangat tangan yang sakit ni... Habis macam mana. Apa pun kerja kena guna kedua-dua belah tangan. Dalam hati geram pun ada dengan doktor tu... Rasanya membazir duit saja pergi klinik... Kalau takat bagi nasihat macam tu tak perlu jumpa doktor pun tak pa. Berapa lama sangat aku boleh bertahan dengan ubat tahan sakit tu. Habis kesannya, sakit tu datang balik.

Kisahnya, hari Sabtu lepas, roda pintu gelongsor kat rumah terkeluar dari railnya... aku cuba angkat... dan-dan tu bunyi berderup kat pangkal lengan... bergulung-gulung aku menahan sakit sorang-sorang... Hmmm! sedihnya bila sakit... kesorangan dan bersendirian di rumah. Mujurlah Isnin lepas Ojet balik. Walaupun dia tak boleh buat apa, tapi sekurang-kurangnya boleh juga mengadu dan buat teman bercerita.

10 comments:

  1. as salam kak...dpt di bygkan kesakitan akak tu...take care kak!

    ReplyDelete
  2. La kesiannye Sweety....macam mana blh jadi gitu. TERUK sgt la tu. You must have exert your nerves badly!.You kene mengurut tu n i rasa ia akan ambil masa utk pulih!

    Take care n rehatkan lengan tu. Jangan angkat benda berat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Leez!

      Tak pastilah, samada saraf cedera atau otot yg terkoyak. Doc tak cakap apa-apa pun... Periksa pun tidak... setakat tanya2 sakit kat mana dan macam mana boleh jadi mcm tu. Lepas tu bagi ubat dan MC. Agaknya dia ingat, I ni sesaja je dtg jumpa doktor sebab malas kerja dan nak MC kot.

      Delete
  3. assalam sweeti..sapukan krim nama FLANIL..2..3.. kali sehari..ada difarmasi sweetie..moga cepat baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih acik... petang ni saya gi cari kat farmasi...

      Delete
  4. maang tak berbau. semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah nak buat mcm mana Nieda, kalau malang tu berbau, dah tentu saya tak angkat pintu tu...

      Delete
  5. Kak, sy ada eczema hands tau kak, bila jmp doc, doc pon kata sy jgn bt keja rumah.hihi... Mana la boleh tak buat kan kak... Kalau kita ada helper ok la.. saya ni helper pon xada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayapun tak ada pembantu di rumah... saya suka dan enjoy semua kerja rumah saya buat sendiri... lagipun saya tak percaya orang lain menguruskan rumah saya.

      Delete