Tuesday, October 16, 2012

Demi Anak-anak...


Tidak tahu apa yang mendorong aku hari ini, tiba-tiba buat keputusan untuk ambik dua polisi insurans. Setelah menyaksikan seorang rakan pejabat menerima sejumlah pampasan yang di ambil untuk isterinya yang ketika ini sedang menerima rawatan kanser.

Menyaksikan itu, aku terus terkenangkan anak-anak terutamanya Ojet yang ketika ini sedang menuntut di universiti tanpa tajaan atau biasiswa. Andai kata aku pergi dulu atau hilang upaya untuk bekerja dalam waktu Ojet masih belajar, bagaimana nanti. Aku tidak mahu pengajiannya tergendala di tengah jalan. Doaku padaNya, janganlah itu terjadi. “Lanjutkanlah usiaku, sihatkan tubuh badanku, aku ingin menyaksikan kejayaan anak-anak!.... Aminnnn!”


Sebelum ini pandangan aku terhadap polisi insurans agak ‘teruk’ dan berbagai. Agak negatif! Kenapa nak ambil polisi insurans sedangkan kita boleh menyimpan setiap bulan. Jika ada ejen insurans yang datang cepat-cepat aku kata 'tidak". Curiga dan fobia seolah-olah mengharapkan sesuatu yang buruk berlaku. Oh! minta dijauhkan semua itu.

Tapi keputusan hari ini bukanlah bermakna semua yang aku fikirkan selama ini tentang polisi insurans sudah positif. Tidak! Aku lakukan demi anak-anak! Ya, demi anak-anak!

2 comments:

  1. Saya juga berpandangan sama dlm soal mengambil polisi insuran ni.. Konon boleh menyimpan sendiri.. Tapi setelah ada rakan2 sebaya yg sakit dan ada yg telah pergi meninggalkan anak yg masih belajar, mulalah timbul kesedaran..

    ReplyDelete
  2. Sal! Saya takut ditipu oleh pihak insurans. Entah dari mana dtgnya 'idea' tu. Funny kan?

    ReplyDelete