Monday, November 18, 2019

200 Baht Untuk 30 minit...

(cop pasport - 3H2M - Hadyai - 4)

Deretan kedai body massage di hadapan hotel penginapan mak.

Tidak lengkap percutian ke Thailand atau Hadyai ini kalau tak buat urutan traditional Thai. Inilah masanya untuk memanja dan membelai tubuh badan.

Urut traditional Thai ini memang popular dan ke mana saja kita pergi di Hadyai ini kita akan jumpa banyak kedai-kedai urut dan spa.

Memandangkan dah sampai Hadyai, mak pun tidak melepaskan peluang untuk merasa urutan traditional Thai ini. Tapi mak tak buat di kedai-kedai urut yang terdapat di luar hotel penginapan... sebab agak mahal. Mak beritahu pihak hotel dan mereka yang uruskan dan bawa dua orang tukang urut ke bilik. Kenapa dua?... ialah kawan sebilik mak pun nak berurut juga... hehehe

Sebenarnya kalau kita panggil mereka datang ke bilik harganya lebih murah berbanding di kedai. Dan boleh tawar menawar.

(Pix from Google)

Mak minta urut minyak untuk satu badan. Mula-mula memang rasa takut juga. Macam menguli tepung roti badan kita di buatnya. Tapi lama kelamaan mak rasa best pula. Dan lepas berurut... badan rasa lega dan ringan. Hilang lenguh-lenguh dan sakit-sakit sendi.

Sebab puashati dengan khidmat urut yang dilakukan oleh tukang urut yang di hantar oleh pihak hotel mak beri sedikit tip untuk amoi si tukang urut. Dan malamnya mak tidur lena sampai ke pagi. Sedar-sedar hari dah tinggi.

16 comments:

  1. Wah seronoknya dapat berurut.... Legakan....
    Tapi kalau Zana, keesokkannya akan rasa sakit2 dan terus demam....

    ReplyDelete
  2. Kalau pergi thai rugi la kalau x berurut. Senang sikit klw berurut dalam bilik nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum berurut tu mandi siap2 lepas urut boleh terus tido... biarkan minyak urut tu kering dan meresap dlm kulit. Lena betul tido lepas tu.

      Delete
  3. Seronok nyer... Masa tue laaa. Nak memanjakan diri kan 😘😘
    Badan kita pon nK kena rehat juga 😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cik bunga... sesekali memberi keseronokkan utk diri.

      Delete
  4. Buat juga sekali masa ke hadyai dulu.
    Lepas gian org kata.
    Lepas tu tak nak buat dah..sebab pelanggan sebelah kerusi kekadang lelaki. Lebih baik upah org urut dlm bilik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu antara sebab kenapa saya taknak urut kat kedai...

      Delete
  5. Replies
    1. Cuba liynda... best. Lega dan terang mata lepas tu... hehehe...

      Delete
  6. ohoohoi sedap kena urut. lega urat2 semua..

    ReplyDelete
  7. BEST kalau dpt urut! lancar darah tau...paling penting tido nyenyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg... lepas urut ni... mlmnya saya tido nyenyak... sedar2 matahari dan tinggi..

      Delete