Sunday, November 17, 2019

Sedapnya Bau Makanan...

(cop pasport - 3H2M - Hadyai - 3)

Suasana pasar terapung Khlong Hae.

Nikmatnya rasa bila dapat mandi dan berbaring-baring serta melelapkan mata sekejap di bilik. Rasa segar semula dan baru ada mood nak berjalan. Bayangkan semalaman dalam kenderaan di lebuh raya dari KL sampai Padang Besar. Mana selesa nak tidur sambil duduk dalam kenderaan.

Masuk saja ke Thailand terus 'meronda' ke sana sini. Satu hari tak mandi. Kulit rasa melekit-lekit dan berlengaih (pinjam kata orang utara) dan letihnya usah cerita. Petang baru sampai hotel dan masuk bilik. Malam ini mak dan kawan akan ke Khlong Hae floating market.

Perjalanan menuju ke Khlong Hae agak sesak dengan kenderaan dan mengambil masa lebih kurang 20 minit dari hotel penginapan mak. Ketika sampai... kawasan lapang yang disediakan untuk meletakkan kenderaan telah penuh. Dan hujan turun renyai-renyai.

Pertama kali sampai di floating market, mak tertarik dengan suasana dan persekitarannya. Walaupun hujan dan kawasan sekitar sedikit berlopak keadaanya tetap bersih dan teratur... Dari jauh sudah tercium semerbaknya bau makanan. Mak rasa teruja dan tak sabar melihat-lihat apa yang di jual.

Apabila melewati setiap gerai yang menjual makanan baunya begitu menggamit selera. Peniaga-peniaga makanan yang berjualan dari dalam sampan pula kebanyakannya beragama Islam. Bermacam-macam jenis makanan di jual. Tentunya mak mencari pulut mangga, miang kam, udang goreng dan merasai beberapa lagi. Boleh kata semuanya sedap-sedap.

Menariknya Khlong Hae floating market ini peniaga di sini menggunakan buluh, kelapa dan pot tanah liat sebagai bekas makanan dan minuman. Gerai-gerainya pula didirikan menggunakan buluh dan beratapkan nipah.

Pertama kali sampai di floating market ini 
mak tertarik dengan suasana persekitarannya.

Deretan gerai-gerai yang tersusun dan meriah 
dengan pelbagai jualan selain dari makanan. 

Peniaga makanan yang menjual makanan dari atas sampan.

Pondok-pondok yang beratapkan rumbia untuk 
pelanggan duduk menjamu selera.

Puas menjamu selera di floating market dan dalam perjalanan pulang mak dan kawan singgah di Lee Garden night market. Di sini terdapat ramai peniaga menjual udang goreng. Besar-besar dan menggoda selera. Tapi mak tak beli pun sebab dah kenyang.

14 comments:

  1. Selalu tgk kat tv... Pasai market sampan nie... πŸ˜†πŸ˜†

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya... floating market ni dah jadi satu trademark Thailand... tp floating market ni tak mcm floating market di Bangkok... pelancung boleh naik dan bersiar2 atas sampan... yg di Hadyai ni cuma peniaga berniaga dari atas sampan.

      Delete
  2. Hai sweetie... Cikbunga dah dpt dah magnet Paris ngan Songkhla 🌹🌹

    ReplyDelete
  3. Paling suka tgk bunga yang dijual dlm sampan 🌷🌼🌻🌺🌹🏡️🌷

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh yer ke? Tak nampak pulak ada jual bunga...

      Delete
  4. Terima kasih daun keladiπŸ€—πŸ€—

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Betul Nieda... Hadyai ni ibarat syurga makanan... sedap2 makanannya.

      Delete
  6. menarik floating market ni & bersih jg..teruja tengok makanan2 depa..beli kerabu megi je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya beli mana yg berkenan di hati... beli kuetiaw goreng dkt peniaga sampan tu dan minum air dlm bekas buluh... hehehe... kenyang.

      Delete
  7. FLoating Market ni mmg WAJIB..rasa semua nak makan hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... tak boleh tahan bau makanan... semua nampak sedap!

      Delete